Dia cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berlawak. Jenaka yang dilontarkan cukup bersahaja namun mengundang lucu dikalangan netizen. Berasal dari, Cebu, Filipina, Mark menceritakan kehidupannya terdahulu sebelum bergelar penyanyi.
“Kehidupan saya dari kecil hingga besar memang ada kena mengena dengan muzik. Ada yang bermain saksafon, trumpet dan sebagainya. Adakala mereka bermain muzik, keluarga kami amat mencintai muzik dan itu yang membuatkan saya sukakan bidang ini.
“Waktu umur 5-6 tahun ayah selalu dodoikan saya satu lagu Filipina yang bertajuk ‘Ombak’. Saya selalu menyanyi lagu itu hingga umur 8 tahun. Waktu itu ayah cakap saya boleh menyanyi dan membawa saya ke gereja dan di situ saya belajar banyak benda termasuk harmoni dan teknikal.
“Sampai umur 10 tahun, ayah bawa masuk pertandingan menyanyi dan memperoleh tempat ketiga. Ayah cakap ini sahaja dia mampu beri dan dia cakap kalau hantar ke sekolah belum tentu saya dapat belanja atau tidak. jadi ayah minta saya jaga suara dan bakat saya,”ujar Mark lagi yang bangga kerana dapat memenuhi impian ayahnya untuk melihat dia berjaya menjadi penyanyi.
keluarga yang saya tinggalkan
Cerita Mark lagi, ayahnya selalu memberikan kata-kata semangat untuk dia menjadi kuat.
“Ayah selalu cakap jangan menangis, dia tak nak tengok saya menangis dan suruh kuatkan diri. Pertama kali saya menaiki kapal terbang, saya menangis kerana walaupun dapat lihat bangunan yang cantik tetapi tak dapat lihat keluarga yang saya tinggalkan.
“Saya tidak tahu tentang Islam dan agama. Di Malaysia saya dapat lihat kepelbagaian agama. Saya peluk Islam kerana percaya dengan agama yang saya lihat hari-hari bermula pada kawan saya Zul yang baik orangnya.
“Saya pergi ke Perkim dan belajar tentang Islam. Isteri ajar saya tentang memberi salam tetapi adakala saya tersasul suka cakap terbalik Waalaikumsalam bukannya Assalamualaikum.
Ads
“Waktu pertama kali ke rumah mentua, dan ketika bersua muka di depan pintu saya bercakap waalaikumsalam. Memang kelakar bila diingatkan kembali, patutlah mereka tidak menjawab,”cerita Mark lagi.
Ibu terkejut dan menangis
Tersentuh hati melihat mendengar kisah penyanyi dan pelakon, Mark Adam tatkala bercerita penerimaan ibu bapanya ketika dia mahu memeluk Islam.
Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah kini sudah hampir 16 tahun menjadi saudara baru. Suami kepada Norazah Redzuan ini mengakui pada awalnya, ibunya agak terkejut sehingga menangis apabila mendapat tahu bahawa anaknya mahu memeluk Islam.
“Satu soalan yang ayah tanyakan pada saya, awak gembira tak?
“Saya cakap gembira. Lepas tu ayah cakap okay u pergi sana.” Cerita Mark yang berkongsi cerita tersebut menerusi rancangan Al-Hidayah.
‘Jenaka’ Tuhan dahsyat
Waktu pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci, akui Mark tidak sangka dalam hidupnya dia mampu berdiri di depan kaabah.
Ads
“Waktu di sana saya dapat pegang Kaabah dan cium, tapi ada kisah kelakar ketika itu. Waktu depan kaabah, saya selalu pegang kain tetapi waktu pegang kaabah saya cium dan menangis bila teringat semua benda. 15-20 minit di situ, saya berpusing untuk beredar dan nampak Shuib.
“Ketika nak ambil kain untuk lap hingus dan air mata, Shuib cakap itu bukan kain kepunyaan saya. Barulah saya sedar kain tersebut berwarna merah. Rupa-rupanya itu adalah kain seorang mak cik tengah menarik kainnya.
“Terus saya lepaskan. Shuib cakap, Mark awak pelawak kan, suka buat jenaka kan. Tengok ‘jenaka’ Tuhan, dahsyat kan. Memang kami gelak sampai menangis di situ,”ujar Mark lagi yang mengakui rindu untuk kembali lagi ke sana.
Mengulas mengenai keputusan isteri memakai hijab, Mark memberitahu banyak perubahan yang berlaku atas isterinya. Sejuk hatinya bila isteri kesayangan memakai tudung.
“Isteri yang ambil keputusan untuk berhijab. Dia sangat cantik pada pandangan mata saya. Memang saya tak ada cakap apa-apa dan itu adalah satu pilihan yang betul. Saya sangat suka dia bertudung. Sejuk hati apabila memandang isteri memakai tudung.
“Dalam dunia ini dua sahaja yang kita kena fikir, elok dan tak elok. Mana satu pilihan kita, Kenapa nak susah-susah, pilih yang elok lah supaya hidup kita menjadi elok. Kena kuatkan iman dan percaya. Kena teruskan usaha. Dugaan kena terima dan reda. Dugaan diberi kerana akan ada kebaikan selepas itu, ungkap Mark lagi.
Tahun 2019 kebanyakan orang dah mula beli kasut hitam untuk anak-anak kan. Walaupun tahun 2020 baru diwajibkan, tetapi bermula tahun ini, ramai ibu bapa yang membelikan kasut hitam.
Cara ini dapat membantu mengelak masalah kasut mudah kotor dan sebagainya. Tetapi awal-awal ini, pasti anak-anak terkeliru bila kasut bercampur dengan kawan-kawan yang lain.
Ikuti perkongsian ibu bernama Farrah Mazliana ini cara bagaimana dapat mengelakan kasut tertukar dengan kawan. Cara yang cukup. mudah dan menjimatkan.
Cari paint marker di kedai Eco Rm2.10.. Cari yang warna putih kat line yang saya bulatkan sebab pen ni ada warna lain seperti grey,merah tau.
Sebelum nak tulis hampa kena goncang² dlu.. bak kata org putih shake-shake gitu.. sebab nya paint ni tak keluar dakwat lagi.. bila muncung dia dah kluar warna baru la hampa boleh tulis
So tulis la kat mana² tempat yang hampa suka.. macam saya tulis kat tepi ni..kalau nak pekat hampa double 2 ka..double 3 ka.. ikut suka hampa la ☺☺
Siap !!
Saya share kan pd yg xtau lg..klau hampa dh tau diam-diam dah la na..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya satu video yang menunjukkan dia bersama isteri, Anissa Faizul dilaman sosial. Ini kerana, mereka dilihat sedang berniaga air di bulan puasa.
Sikap mereka ketika berniaga juga menerima pujian oleh warganet apabila Syahmi Sazli juga digelar sebagai Youtuber paling humble meskipun kejayaannya kini bukanlah rahsia lagi.
Menerusi perkongsian video tersebut ditiktok, kelihatan bapa kepada seorang cahaya mata ini bersama isterinya dirakam sedang sibuk menjual air. Malah difahamkan, air yang dijual juga dalam pada masa yang sama telah viral.
Perkongsian video oleh akaun bernama, Milobenggg_ di aplikasi tersebut dihujani dengan ratusan reaksi memuji sikap Syahmi Sazli dan isterinya disamping hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka yang setakat ini sahaja sudah meraih lebih 55,000 tanda suka.
Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal timang anak ke lima, dijangka lahir awal Oktober. Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal dikurniakan anak kelima. Bayi itu dijangka dilahirkan awal Oktober ini.
Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Bakal Timang Anak Ke Lima, Dijangka Lahir Awal Oktober
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Almy berkata, dia dan Fizz bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah itu selepas pulang menunaikan umrah hujung Disember lalu.
“Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah.
“Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.
“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan.
“Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya.
Mengenai jantina pula, Almy yang kini hamil lapan bulan berkata, dia tidak mahu berharap untuk memperoleh anak lelaki dan hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.
“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi kerana tak nak berharap untuk dapat anak lelaki kerana takut kecewa nanti.
“Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya.
Ditanya kenapa merahsiakan kehamilan, Amy berkata, ramai yang tidak tahu dia mengandung kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana diet diamalkan.
“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan.
“Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” katanya.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...