Ibu Terkejut Anak Darjah Tiga Tanya Makna Persetubuhan, Ini Nasihat Pakar Motivasi Yang Kena Tahu

Share

Ibu ayah mana tidak risau apabila anak yang masih kecil bertanyakan soalan mengenai hubungan kelamin suami isteri. Lebih membimbangkan apabila anak yang baru berusia 9 tahun bertanyakan hal begitu.

Sebagaimana perkongsian pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang membuat pendedahan mengenai pertanyaan seorang ibu yang terkejut apabila anaknya bertanyakan soalan makna ‘persetubuhan’.

 

“Anak saya tanya apa itu persetubuhan. Sebab dia dapat tahu perkataan tu masa belajar tentang hadas besar. By the way, anak saya darjah 3.”

Jawapan saya :
Menarik soalan anak puan. Sebelum menjawab soalan anak, tolong sangat elakkan benda ini dari berlaku :

1. Marah anak. Siap nak cili mulutnya lagi. Kenapa tanya soalan macam tu? Kecil-kecil dah pandai!
2. Pass soalan pada pasangan. Pasangan pula pass kembali kepada kita. Akhirnya ubah topik yang lain. Siap pura-pura tidur lagi.
3. Diam je. Buat tak tahu. Buat-buat tak dengar soalan yang diajukan.
4. Anak tanya terus kata, awak kecil lagi. Dah besar nanti akan tahu sendiri.

Jika salah satu dari 4 perkara di atas mak ayah lakukan, ini biasanya akan berlaku kepada anak kalian :
1. Anak takkan tanya dah
2. Dia akan cari di google
3. Kawan dia akan ajar
4. Orang yang tak dikenali di internet ajar
5. Anak belajar dari pornografi

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Jadi, sekarang ni, nak pilih yang mana? Biarkan anak terkapai-kapai mencari jawapan hingga terjebak dengan porn atau kita selaku mak bapak menjadi guru pertama mendidik anak tentang ilmu seksualiti?

Ini tahun 2021 ya tuan puan. Segenap segi kelucahan ada depan mata anak, dalam televisyen, di youtube, iklan di fb, ig, video di tiktok, di telegram, billboard tepi jalan bahkan masa kelas online sebelum ni pun ada budak share video lucah.

Sebab itu saya selalu sebut berilah nama yang selayaknya kepada kemaluan anak. Jangan lagi kekalkan nama-nama objek yang merujuk kepada kemaluan seperti burung, bunga, belalai, siput, karipap, asam keping, nasi lemak, batang dan lain-lain.

Ini asasnya.
**Kiasan nama inilah yang akhirnya mengundang lawak double meaning zaman sekarang ni)**

Bila ibu bapa tak bersedia mengajar anak ini zakar/ penis, ini faraj/ vagina, maka perasaan malu, rasa lucah dan akward akan terus menebal dalam diri mak ayah sampai bila-bila.

Tuan puan tahu tak, seawal darjah 1 anak-anak dah diajar oleh guru mengenali nama kemaluannya di sekolah; zakar/penis, faraj/vagina. Term inilah yang digunakan dalam dalam subjek Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam serta Sains.

Baik, berbalik kepada soalan anak puan ni, pertamanya syukurlah anak bertanya soalan ni kepada kita terus. Ini menandakan masih ada trust dalam diri anak kepada kita.

Ia satu learning moment yang paling terbaik untuk ibu bapa terangkan dengan jelas, tidak melucah, tidak melawakkan ia dan paling penting berterus-terang.

(Tonton video ni ya untuk faham intonasi suara saat bercerita kepada anak :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3762022797198441&id=100001722723145)
*******

 

INI CARA NAK JAWAP

Anak : Mama, apa itu bersetubuh?
**Sebelum menjawab, tanya dulu anak dengar perkataan ni dari mana. Biasanya word bersetubuh ni dipelajari anak dari subjek Pendidikan Islam dalam topik akil baligh, wuduk, mandi wajib, berhadas.**

Mama : Betul ke kakak nak tahu? (Tanya anak dulu)
Anak : Ya, mama. Tu sebab kakak tanya Mama.
Mama : Ok, macam ni. Kakak tahu kan Allah ciptakan manusia ni berpasangan. Ada lelaki ada perempuan. Manusia pertama yang Allah ciptakan pun ada Adam dan ada Hawa. Apa yang membezakan lelaki dan perempuan ya kakak?
Anak : Suara. Tubuh badan. Kemaluan.
Mama : Ha, pandai. Yang membezakan jantina lelaki dan perempuan adalah kemaluannya.

Macam kakak kan perempuan, jadi Allah berikan faraj/vagina. Lelaki macam Papa pula Allah berikan zakar/penis.

Allah ciptakan kita berbeza jantina ni supaya sampai satu masa lelaki dan perempuan akan berkahwin.

Melalui perkahwinan, suami dan isteri ni Allah benarkan untuk bergurau senda, bertepuk tampar, bermesra, bercium-ciuman, berpelukan bahkan boleh melakukan hubungan intim.

Hubungan intim antara suami dan isteri inilah yang dipanggil sebagai bersetubuh atau hubungan seksual. Jika persetubuhan ini berlaku di luar perkahwinan, ia dipanggil zina. Ia diharamkan. Berdosa besar.

Hubungan seksual ini juga akan jadi rogol bila yang perempuan dipaksa melakukannya tanpa kerelaan.

Rogol ni satu perbuatan yang amat jahat dan jijik! Ia satu jenayah. Berdosa besar. Mangsa rogol akan trauma dan ketakutan sampai bila-bila.
Kakak faham tak sampai tahap ni?

Anak : Faham mama.
Mama : Alhamdulillah. Persetubuhan di dalam perkahwinan ni Nabi sebutkan ia adalah sedekah. Suami isteri akan dapat pahala. Allah rahmati mereka.
Melalui persetubuhan ini juga akan lahirnya seorang manusia ke muka bumi.
Anak : Macam mana tu mama?
Mama : Begini, setiap makhluk Allah di dunia ada cara untuk membiak. Sebagai contoh pokok, ada yang membiak melalui biji benih.

Binatang pun begitu juga. Ada jantan, ada betina dan ada cara mereka membiak. Baik kucing, lembu, gajah, harimau, kuda dan lain-lain. Cara mereka meneruskan spesis dinamakan proses mengawan (mating).
Manusia?
Anak : Tak tahulah mama.
Mama : Hehe. Begini. Dengar baik-baik ya. Benda ni penting sangat. Kakak pun dah tahu kan kemaluan lelaki bernama zakar, kemaluan perempuan pula bernama faraj.

Zakar lelaki ni bukan sekadar tempat keluar air kencing sahaja, bahkan ia akan mengeluarkan benih lelaki bernama sperma. Bentuk dia macam berudu. (Lukiskan)
Sperma ni dihasilkan di testis lelaki.

Perempuan pula Allah berikan ovari. Fungsi ovari ni sama macam testis lelaki. Ia berada di dalam, bahagian kanan dan kiri rahim.
**Tunjukkan posisi rahim ibu di mana. Jika boleh lukis, lukiskan. Jika ada buku panduan, tunjukkan**

Ovari ini akan hasilkan benih yang bernama ovum. Sperma macam berudu, ovum ni selnya macam telur.

Bila sperm ayah dan ovum ibu bertemu, maka ia akan membentuk zigot, kemudian jadi embrio, fetus dan akhirnya jadi bayi.
**Lukiskan atau rujuk buku yang ada. Rujuk surah Al-Mukminun ayat 12-14**

Begitulah cara bagaimana manusia boleh wujud di muka bumi.
Anak : Macam mana sperma lelaki boleh bertemu dengan ovum perempuan tu Mama?
Mama : Bagus soalan kakak tu. Sperm dan ovum ni akan bertemu bila persetubuhan itu berlaku. Zakar lelaki akan dimasukkan ke dalam faraj perempuan.

Akhirnya sperma papa pun boleh bertemu ovum mama. Inilah cara bagaimana kakak boleh wujud di muka bumi.

Tapi dengan syarat kak! (Tekankan kat sini)
Seperti yang mama sebut tadi, persetubuhan hanya dibenarkan oleh Allah bila lelaki dan perempuan itu berkahwin.

Jika tidak, berlakulah kes remaja hamil bawah umur, lahirnya anak luar nikah dan paling menyedihkan ada bayi yang akan dibuang di dalam tandas, tempat pembuangan sampah, masjid dan lain-lain tempat.

Sebab tu mama kena terus terang dengan kakak tentang bab ni. Kalau tak, kakak akan dapat info dari sumber yang salah.

Paling mama risaukan, kakak terjebak dengan video lucah. Sebab tu mama selalu ulang-ulang, kalau terakses video atau gambar orang seksi, tak berpakaian, cepat-cepat bagi tahu mama dan papa.

Private part kena jaga. Jangan bagi sesiapa pun sentuh mulut, dada, punggung, paha serta kemaluan kakak. Tak kiralah orang tu papa ke, mama ke, atuk, bapa sedara, sepupu, cikgu, ustaz, kawan-kawan atau rakan sama jantina sekalipun.

Apa-apapun, mama nak ucap terima kasih sebab kakak tanya mama soalan ni. Bolehlah mama bantu sikit-sikit.
(Peluk anak)

 

TAK PERLU SEGAN PADA ANAK, NIAT NAK MENDIDIK

Berkerut dahi nampak? Boleh ke jawab tu? Ingat, bila mak ayah cerita niatknya adalah untuk mendidik, bukan untuk melucah.

Nak anak belajar dari kita atau belajar dari google hingga mereka terjebak dengan video lucah? Yang selalu follow saya sejak dulu, mesti dah faham kan cara nak terangkan pada anak.

Namun saya yakin bukan senang nak mula bercerita bab ni pada anak. Membaca skrip yang saya sediakan dalam post ni pun dah rasa berpeluh, apatah lagi menjawab secara langsung depan anak. Mau pengsan dibuatnya.

Saya faham rasa kekangan itu, kejanggalan nak bercerita, rasa takut, tak tahu nak mula dari mana. Oleh yang demikian, izinkan saya membantu tuan puan menjadi perantara mendidik anak tuan puan tentang pendidikan seksualiti.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club