“Ibu Tanya, Tak Panas Ke Pakai Tudung?” Kini Tampil Berhijab, Warganet Titip Doa Maryam Kekal Istiqamah

Share

Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya mengenakan hijab.

Malah, menerusi perkongsian di Instagramnya itu, Maryam memaklumkan, sejak dia berjinak-jinak memakai hijab timbul rasa risau sekiranya dia berasa panas namun, sebaliknya pula yang berlaku.

“Hari ini saya buat face call dengan ibu saya. Ibu saya tanya ‘tak panas ke pakai tudung?

“Sebenarnya saya pun selalu risau bila pakai tudung rasa lagi panas. Tapi sampai sekarang saya tak rasa panas sangat bila saya ikhlas pakai tudung bukan terpaksa. Alhamdulillah, Allah makes everything easy,” tulisnya.

Perkongsian Maryam itu mendapat respons positif dalam kalangan warganet apabila rata-rata mereka memuji penampilan dan mendoakan agar dia kekal istiqamah mengenakan hijab.

Terdahulu, perkongsian Maryam di TikTok juga mendapat pujian ramai apabila tampil mengenakan busana dan hijab berwarna putih sekaligus menyerlahkan lagi keayuannya.