Kasih sayang ibu itu memang tanpa batas. Biarpun anak telah melakukan kesilapan tetap dimaafkan, malah dipeluk dengan penuh kasih sayang. Kata-kata nasihat sentiasa dimain dibibir waima anaknya telah mendirikan rumahtangga.

Begitu juga kesejahteraan buat anaknya, tanpa pernah jemu menitipkan doa buat anak-anak. Begitulah kasih seorang ibu yang tiada penghujungnya hingga akhir hayatnya.

Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini jelas membayangkan kasih ibu itu tiada galang ganti. Biarpun dirinya disahkan dijangkiti Covid-19 akibat kecuaian anaknya sehingga dirinya dijangkiti semasa berada di rumah.

Ibu ini tetap tidak menyalahkan anaknya. Malah memaafkannya. Juga memberi nasihat supaya jangan menyesali jika dirinya tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga lagi.

Ikuti perkongsian seorang pegawai perubatan,timothylau_qs menerusi  Instagram miliknya yang meruntun jiwa mengenai pesakitnya yang kritikal setelah dijangkiti Covid-19.

Ads

SEORANGN IBU YANG YANG SENTIASA MEMAAFKAN ANAKNYA

“Ibu Tak Salahkan Kamu. Jangan Kesal Jika Ibu Tak Bangun Lagi.” Anak Bawa Virus Ke Rumah, Pesanan Ibu Ini Sungguh Meruntun Jiwa.
Gambar sekadar hiasan

Hari ini kisah bagaimana saya bercakap dengan pesakit COVID ini sebelum saya intubasi atau menidurkannya.

Biasanya saya akan berikan masa untuk pesakit menelefon orang yang mereka sayangi atau membantu mereka menghubungi seseorang. Selalunya pasti ada orang akan bercakap dengan mereka.

Ads

JANGAN KESAL JIKA IBU TAK BANGUN LAGI

Kali ini seorang wanita tua menelefon anak lelakinya. Dan mengatakan bahawa “Ibu tidak akan menyalahkan kamu kerana membawa pulang Covid-19. Jangan salahkan diri kamu sekiranya Ibu tidak bangun lagi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Timothy Lau (@timothylau_qs)

MERUNTUN JIWA

Ads

“Ibu Tak Salahkan Kamu. Jangan Kesal Jika Ibu Tak Bangun Lagi.” Anak Bawa Virus Ke Rumah, Pesanan Ibu Ini Sungguh Meruntun Jiwa. “Ibu Tak Salahkan Kamu. Jangan Kesal Jika Ibu Tak Bangun Lagi.” Anak Bawa Virus Ke Rumah, Pesanan Ibu Ini Sungguh Meruntun Jiwa. “Ibu Tak Salahkan Kamu. Jangan Kesal Jika Ibu Tak Bangun Lagi.” Anak Bawa Virus Ke Rumah, Pesanan Ibu Ini Sungguh Meruntun Jiwa.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen mendapati rata-rata warganet melahirkan rasa sebak mengikuti kisah yang dipaparkan.

Moga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua agar kekal menjaga SOP untuk memutuskan rantaian covid 19 yang makin mengganas ini.

Sumber: timothylau_qs

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI