Ibu kepada Ahli Parlimen, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berserah kepada Allah sekiranya anaknya bertemu jodoh dengan pelakon, Bella Astillah.
Beliau berkongsi demikian ketika ditanya netizen mengenai keakraban anaknya bersama Bella Astilah sejak akhir-akhir ini.
Ketika bersiaran langsung bersama pengikut di aplikasi TikTok, ibu Syed Saddiq nyata meletakkan segalannya kepada Allah Yang Maha Esa.
“Allah yang menentukan segala-galanya sayang,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu, Syed Abdullah merestui hubungan adiknya dengan penyanyi dan pelakon jika itu dapat menggembirakan adiknya.
“Setuju 100 peratus. Kalau mereka gembira, saya pun gembira.
“Comel gilakan (Syed Saddiq dan Bella),” katanya.
Bella pula enggan memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai status hubungannya dengan ahli politik tersebut kerana bimbang tersalah cakap.