Menyediakan ramuan sendiri untuk dijadikan herba atau jamu bagi tujuan kecantikan dan kesihatan wanita memang diakui banyak manfaatnya. Pun begitu, ada juga merasakan agak leceh untuk menyediakan ramuan tersebut, lebih-lebih lagi jika hendak menyediakan rebusan herba untuk diminum.
Maklumlah, bukan sekejap proses merebus itu harus dibuat. Selalunya daripada air seperiuk perlu dimasak sehingga menjadi secawan air. Bayangkan berapa panjang masa yang diperlukan dan kita terpaksa menunggu di dapur untuk mengawal api bagi memastikan ramuan yang dimasak tidak menjadi kering kontang!
Pun begitu bagi ibu solid anak empat ini, sedikit pun tidak membebankannya untuk menyediakan air minuman herba untuk diamalkan sentiasa. Memandangkan dia mempunyai kaedah dan cara selamat malah menjimatkan masa dengan memasak menggunakan periuk nasi!
Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
[su_highlight background=”#fbfbd8″ color=”#193cd4″]Tip Rebus![/su_highlight]
Step 1 : Gunakan saja Rice Cooker dan biar saja penutup dibuka. Kemudian tekan COOK.
Step 2 : Kemudian biar sehingga rebusan surut pada sukatan yang anda mahukan. Setiap no.yang ada periuk mewakili 1 cawan. Jadi lebih mudahkan.
Tip ini sangat sesuai pada yang lalai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan sangat menjimatkan gas. Boleh saja rebus tidak kiralah rebusan serai halia atau rebusan akar kayu dan lain-lain herba.
[su_highlight background=”#fbfbd8″ color=”#193cd4″]REBUSAN SERAI DAN HALIA[/su_highlight]
Bahan-bahan:-
3 batang serai
4cm halia
2cm kunyit (wanita sahaja & ibu kunyit lagi power)
Cara penyediaan:-
[su_highlight background=”#fbfbd8″ color=”#193cd4″]Ekstra info :[/su_highlight]
Kunyit terdapat dalam rebusan sesuai di campur hanya sebulan sekali sebelum/selepas datang haid. Mak pantang boleh campurkan seminggu sekali. Sangat elok merawat rahim dan mengecutkan.
Khasiat : Rebusan ini seeloknya dibuat sekali seminggu atau bila perlu sehingga badan sihat. Sangat sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih, lenguh badan, kolestrol tinggi, sakit urat-saraf,membuang toksid dan lemak. Amalan penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan.