Ibu Sedih Lihat Anak OKU Kena Marah, Bapa Rakan ‘Serang’ Sebab Botol Air.

Share

Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anaknya tersayang dimarahi oleh orang lain tanpa usul periksa.

Lebih menyedihkan ada yang tidak faham dengan kondisi anak yang merupakan anak oku yang punya emosi yang tidak stabil.

Begitulah insiden yang berlaku kepada anak seorang ibu apabila anaknya telah dimarahi oleh seorang bapa murid lain.

Difahamkan bapa itu marah setelah dikatakan anaknya dicekik oleh murid oku berkenaan. Bagaimanapun wanita berkenaan menafikan anaknya berbuat demikian.

Apa yang menyedihkan, wanita itu dalam kapsyennya di Tiktok menasihatinya bersabar bahawa orang yang memarah itu tidak tahu anaknya oku.

 

Hal ini dikongsikan satu akaun TikTok dikenali sebagai Azura Abdullah apabila memuat naik video anaknya yang dikategorikan sebagai OKU sedang tantrum selepas dimarahi oleh bapa kepada murid kelas lain.

 

@zuera282 ye..anak sy oku yg selalu tantrum. terima kasih cikgu tlg tenangkan dia. jgn la lepaskan ego n kemarahan pd dia..benda boleh bincang..#ppki #jagaadabkita ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

 

 

 

NETIZEN SIMPATI

Dalam pada itu, rata-rata para netizen meluahkan rasa sedih melihat situasi itu. Mereka turut bersimpati apa yang berlaku kepada murid berkenaan. Antara komen netizen seperti berikut:

“kesiannya awak dik 🥺 sebak nyaa tengok cara dia melepaskan kesakitan dia rasa . saya doakan awak dirahmati allah ya dik . spread love.”

“kenapa ibu bapa masuk campur. sepatutnya bincang dgn guru dan ibu bapa budak ni dulu. kesian budak ni.”

“mcm ank sy,org lihat mmng normal,sb xder ccat,tapi dieorg bkn boleh pkir mcm kita,ckp 10 kli bru dieorg pham,lembam,org xder ank cmni mmng xkan phm”

“Anak saya di PPKI. Speech delay, mild adhd dan dyslexia. Bila tgk ni, teringat kt anak sy. Org npk dia normal, tp dia…

Sumber: Azura Abdullah

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club