Ibu Sedih Anak Tunggal Dijaga Pengasuh Baru Sebulan, Pergi Buat Selamanya!

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Seakan tidak mampu untuk dibayangkan kesedihan yang ditanggung oleh Puan Lilis Handayani Sukran, 24 apabila menerima perkhabaran daripada pengasuhnya mengatakan anaknya sudah tidak bermaya lagi.

Difahamkan anak perempuannya itu baru berusia 4 bulan yang diberi nama Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, ibu bayi berkenaan sangat sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.

Diminta Segera Datang

“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.

“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.

Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.

“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.

Wajah Anak Pucat & Tiada Tindak Balas

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.

Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Sumber : Utusan Malaysia

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club