“Ibu sangat mengaguminya sampaikan anak pertama…”-Siti Sarah Kongsi Kenapa Pilih nama anak sulungnya, Uwais Al Qarni.

Share

Setiap ibu pasti pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan. Apa lagi anak tersebut dikandung selama 9 bulan dengan pelbagai kesusahan dan ujian.

Kelahiran anak sulung pastinya momen yang cukup indah dan diingati. Kerana itu anak sulung cukup istimewa. Begitu juga dalam bab memilih nama untuk anak. Setiap nama yang diberi mempunyai  maksud tertentu.

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin  baru-baru ini ada memuat naik gambar bersama anak sulungnya. Di dalam  perkongsian tersebut, Sarah memberi ucapan selamat hari jadi buat anak sulungnya.

Rupa-rupnya ada sebab kenapa Sarah memilih nama anak sulungnya, Uwais Al Qarni.

“Kisah Uwais Al Qarni yang sangat taat pada ibunya dan segala doanya dimakbulkan Allah, wali Allah yang tidak dikenali di muka bumi tapi sangat terkenal dilangit.

“Ibu sangat mengaguminya sampaikan anak pertama ibu, diberi nama Uwais Al Qarni… Moga Wais terus menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai nyayian yang selalu dinyanyikan yang tak akan lekang dari bibirmu dan dirimu…

“Terus taat pada Allah, Rasul, ibu dan daddy… Menjadi manusia yang memberi manafaat pada orang lain, diberi kebaikan dunia akhirat… Happy birthday anak,” tulis Sarah.

Sarah dan pelawak Shuib Sepahtu mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Selain Uwais, Shuib dan Sarah turut mempunyai dua anak iaitu Dzakira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.

Di dalam perkongsiannya yang lain, Sarah sebelum itu memuat naik gambar yang sama.

Menurut Sarah, baju kurung tersebut pertama kali dipakai ketika anak sulungnya itu masih di dalam perut lagi. Kini anaknya sudah berumur 7 tahun.

Sumber: IG sitisarahraissuddin