Di saat rakan sebayanya bebas berlari dan bermain ke sana ke mari, dia pula sibuk menggalas tugas seperti seorang suri rumah. Usianya yang baru menjangkan 9 tahun, namun dia sudah matang dan tahu akan tanggung jawab yang perlu dilaksanakannya.Menurut
Anak sulung kepada pasangan Mohd Ridzuan Che Mat, 32, dan Siti Khodijah Shaari, 30, ini sedikitpun tidak kekok melakukan kerja rumah, seperti memasak dan menjaga adiknya.
Tambahan pula, Nur Syasya Balqis yang menetap bersama keluarga di Kampung Panjang, Bukit Jenun, Pendang perlu melakukan semua itu bagi membantu ibunya yang sakit.
Alami tumpah darah
Menurut Siti Khodijah, anak perempuannya itu sudah belajar memasak sejak tahun lalu berikutan keadaan dirinya yang lemah akibat tekanan darah rendah.
“Saya mengalami tumpah darah tiga tahun lalu, namun akibat kesempitan hidup saya tidak mendapatkan rawatan di hospital, selain itu saya juga bimbang untuk meninggalkan anak di rumah jika saya dimasukkan ke wad.
“Suami saya hanya mengambil upah membaiki motosikal, kadangkala ada yang bawa motosikal mereka ke rumah tapi selalunya suami akan keluar baiki motosikal di rumah pemiliknya,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.
Ads
Sering ponteng sekolah
Bercerita lanjut, Siti Khodijah berkata, dia hanya mampu berdiri dan duduk sekejap sahaja, manakala selebihnya dia akan baring.
Disebabkan itu, katanya, dia perlu mengajar Nur Syasya Balqis atau lebih mesra dipanggil kakak untuk memasak dan menguruskan rumah serta adiknya Nur Syamimi Amani, 5, dan Nuraisha Raina, 3.
“Anak saya sering ponteng sekolah untuk menjaga saya dan adiknya, walaupun dia sangat minat belajar tapi keadaan tidak mengizinkan.
Ads
“Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pun dia ponteng, tambahan pula suami saya tak mampu nak bayar yuran berikutan pendapatannya hanya kira-kira RM400 sebulan.
“Pendapatan itu sekadar cukup untuk membeli barang keperluan, selalu apabila berbuka kami hanya makan nasi dengan ikan haruan yang dipancing suami pada sebelah petang, jika dapat makan sardin ia sudah dikira makanan mewah kami hari itu,” katanya.
Tidak buat persiapan raya
Ditanya mengenai persiapan menyambut hari raya, Siti Khodijah berkata, mereka sekeluarga tidak membuat sebarang persiapan mahupun membeli baju raya.
Katanya, dia kini lebih memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka yang sangat daif berikutan sudah reput dimakan anai-anai serta bocor.
Ads
Rumah pusaka itu juga tidak mempunyai sebarang perabot dan bilik untuk mereka tidur.
Teringin makan ayam goreng
Sementara itu, Nur Syasya Balqis berkata, dia sangat teringin makan ayam goreng sebagai juadah berbuka puasa.
Malah, katanya, dia juga teringin menonton televisyen seperti kanak-kanak lain, terutama kartun Upin Ipin.
“Setiap hari saya akanc,” katanya.
Bagi orang ramai yang ingin membantu keluarga ini, mereka boleh menghubungi Siti Khodijah melalui nombor 017-5042889 atau nombor akaun Bank Rakyat atas nama Mohd Ridzuan (221331081641).
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kelebihan bila mempunyai ruang tanah dilaman rumah selain bolehlah kita bercucuk tanam, malah ada satu lagi elemen menarik iaitu bolehlah dijadikan ruang santai dan bermain anak-anak di laman rumah.
Apatah lagi jika disiapkan sempurna dengan tanaman rumput hiasan menutupi tanah yang terlihat seperti permaidani. Tentu bukan sahaja anak-anak berasa teruja bermain di situ, malah kita sebagai orang tua juga berasa tenang melihat lanskap yang segar menghijau.
Untuk itu, bagi yang ingin mencuba menanam sendiri rumput hiasan di laman rumah. Di sini dikongsikan langkah demi langkah yang telah dilakukan oleh Puan Amira Syuhada sekeluarga untuk dijadikan inspirasi.
Ini perkongsiannya.
Hanya ingin berkongsi dan memberi semangat untuk kawan-kawan yang nak cuba tanam rumput sendiri.. nothing is impossible orang kata.
Kami pilih untuk tanam rumput jenis piliphine sahaja sebab paling murah. Walaupun katanya susah penjagaan rumput ni.Tak apalah..kita cuba.
Cabaran menanam dah berjaya..sekarang ni cabaran nak maintain (merumpai, memotong, dan membaja ) pulak.Mohon rakan rakan group bagi tips.
Awal-awal tanam kami siram sehari 3 kali.. sekali siraman sampai betul-betul basah tambahan kalau hari panas.
Ni saya korek sendiri sebab kalut sangat nak tanam.. husband masih outstation..dalam seinci-2 inci ke dalaman…. We can do it girls!
Lapiskan dengan pasir
Mula tanam..
Dah tumbuh subur..Masa untuk maintain lah pula..good luck kepada yang ingin mencuba
sumber : Amira Syuhada Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.
“Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali ulang tahun kelahiran benda pertama nak periksa semestinya kad lesen memandu! Mana tidaknya, kalau dah luput silap haribulan boleh kena saman kalau tak perasan!
Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada memaklumkan pengguna jalan raya kini boleh memperbaharui lesen untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, berkuat kuasa 8 Mei 2023.
Syaratnya, lesen memandu yang diperbaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah dalam tempoh sah laku tidak lebih setahun.
“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus,”
“Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30,”
katanya.
Cara renew lesen memandu
Kini korang sudah boleh memperbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Klik laman web rasmi MySikap.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...