Ibu Perlu Tahu Cara Simpan Pisau. Bukan Sahaja Elak Bahaya Dicapai Anak Malah Untuk Terlihat Bergaya!

Share

Pisau adalah sebahagian alatan yang wajib ada di ruang dapur. Tanpa menggunakan  pisau, tugas-tugas untuk penyediaan makanan seperti memotong, menghiris atau pun mencincang ayam, daging dan sebagainya tidak dapat dilakukan dengan mudah.

Hakikatnya, pisau tersebut cukup tajam dan jika tidak disimpan dengan sebaik mungkin boleh mendatangkan bahaya. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah.

Sebenarnya  terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan pisau ini, selain untuk keselamatan anda boleh juga menyuntik gaya yang tersendiri di ruang dapur. Bolehlah dipraktikkan sempena raya nanti agar ruang dapur bukan sahaja selamat untuk anak-anak malah nampak bergaya dan menarik dipandang.

Jom semak!

  1. Blok pisau di atas kaunter top

Satu cara penyimpanan yang sangat umum, blok pisau diletakkan di atas kaunter top. Di datangkan dengan pelbagai pilihan warna dan material yang berbeza. Sebaiknya pilihlah yang bersesuaian dengan binaan kabinet untuk menampakkan keserasian gaya.

 

  1. Esen  Dekorasi

Menyuntik gaya yang lebih unik, peletakan pisau juga boleh diilhamkan di dalam balang yang diisi dengan kekacang atau pun lidi sate yang digunakan untuk tujuan dekorasi ruang dapur.  Kombinasi ini secara tidak langsung berfungsi  secara total dua dalam satu.

 

  1. Laci berkompartmen

Aturan pisau yang disusun kemas di dalam laci berkompartmen ini tampak begitu moden dan kemas. Malah apa yang lebih penting cara penyimpanan sepertinya ini lebih difikirkan selamat kerana anak kecil tidak mudah mencapainya.

 

  1. Rod magnet

Penggunaan rod magnet sebagai cara penyimpanan pisau kelihatan sungguh praktikal. Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, hanya di satu sudut dinding sudah memadai.  Menyuntik keserian di ruang ini, pilihan pisau pelbagai warna boleh juga mengundang gaya dekorasi di ruangan dapur secara tidak langsung.

 

  1. Sistem Dalaman Kabinet

Terdapat begitu banyak aksesori kabinet dapur yang dicipta dengan pelbagai kegunaan dan gaya yang tersendiri.  Ini menjadikan ruang penyimpanan pisau lebih teratur bersistematik.