Pisau adalah sebahagian alatan yang wajib ada di ruang dapur. Tanpa menggunakan pisau, tugas-tugas untuk penyediaan makanan seperti memotong, menghiris atau pun mencincang ayam, daging dan sebagainya tidak dapat dilakukan dengan mudah.
Hakikatnya, pisau tersebut cukup tajam dan jika tidak disimpan dengan sebaik mungkin boleh mendatangkan bahaya. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah.
Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan pisau ini, selain untuk keselamatan anda boleh juga menyuntik gaya yang tersendiri di ruang dapur. Bolehlah dipraktikkan sempena raya nanti agar ruang dapur bukan sahaja selamat untuk anak-anak malah nampak bergaya dan menarik dipandang.
Jom semak!
Blok pisau di atas kaunter top
Satu cara penyimpanan yang sangat umum, blok pisau diletakkan di atas kaunter top. Di datangkan dengan pelbagai pilihan warna dan material yang berbeza. Sebaiknya pilihlah yang bersesuaian dengan binaan kabinet untuk menampakkan keserasian gaya.
Ads
Esen Dekorasi
Menyuntik gaya yang lebih unik, peletakan pisau juga boleh diilhamkan di dalam balang yang diisi dengan kekacang atau pun lidi sate yang digunakan untuk tujuan dekorasi ruang dapur. Kombinasi ini secara tidak langsung berfungsi secara total dua dalam satu.
Laci berkompartmen
Aturan pisau yang disusun kemas di dalam laci berkompartmen ini tampak begitu moden dan kemas. Malah apa yang lebih penting cara penyimpanan sepertinya ini lebih difikirkan selamat kerana anak kecil tidak mudah mencapainya.
Ads
Rod magnet
Penggunaan rod magnet sebagai cara penyimpanan pisau kelihatan sungguh praktikal. Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, hanya di satu sudut dinding sudah memadai. Menyuntik keserian di ruang ini, pilihan pisau pelbagai warna boleh juga mengundang gaya dekorasi di ruangan dapur secara tidak langsung.
Ads
Sistem Dalaman Kabinet
Terdapat begitu banyak aksesori kabinet dapur yang dicipta dengan pelbagai kegunaan dan gaya yang tersendiri. Ini menjadikan ruang penyimpanan pisau lebih teratur bersistematik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan.
Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau.
Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang.
Apakah punca nafas atau mulut berbau?
Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.
Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.
Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.
Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?
1.Merokok
2.Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
3.Penggunaan gigi palsu
4.Penyakit gigi dan gusi
5.Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
6.Pembengkakkan tonsil atau adenoids
7.Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
8.Penyakit diabetis yang tidak terkawal
9.Penyakit kegagalan fungsi hepar
10.Penyakit kegagalan fungsi ginjal
Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur
Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants , antidepression, antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering
Punca kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan gigi.
Semasa tidur, rembesan air liur adalah kurang menyebabkan mulut berbau apabila bangun tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
Bercakap terlalu banyak contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dan lain-lain ini akan mengurangkan pengaliran / perembesan air liur
Berpuasa: mengurangkan perembesan air liur.
Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, ubat untuk menghalang selera makan dan mengakibatkan mulut kering daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut.
Pengambilan minuman beralkohol boleh mengeringkan mulut
Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol boleh mengeringkan mulut
Kekurangan air dalam badan (dehydration) boleh mengurangkan pengaliran air liur
Stress juga mengurangkan pengaliran air liur
Bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri menyedari masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.
Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti ibu bapa, adik beradik atau kawan rapat. Janganlah merasa kecil hati apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu, ada juga sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi (halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Penyelesian : Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
1.Membersihkan gigi dan mulut setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.
Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut.
Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda. Gunakan benang flos untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.
2.Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi.
Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner).
Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
3.Minumlah air
Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari.
Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.
Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut boleh membuatkan suasana mulut kurang sesuai untuk pembiakan bakteria anaerob.
4.Elakkan mengguna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara.
Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
5.Mengunyah gula getah tanpa gula
Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.
6.Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.
Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
Gusi yang bengkak dan merah
Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
Gusi yang sakit
Nanah keluar dari gusi yang bengkak
Gigi bergoyang
Gigi sensitive
Sakit pada gigi ketika mengunyah
Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda daripada plak dan karang gigi dan seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala sekurang kurangnya setahun sekali. Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.
Jika gigi berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
Sejak akhir-akhir ini sudah menjadi trend bila seseorang ingin memberikan kejutan kepada insan tersayang bersempana sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya akan memberi kek atau jambangan bunga berserta ‘duit tarik’.
Buat yang menerima tentunya berasa dihargai dan seronok . Apa taknya, dapat duit tak putus-putus bila ditarik. Memang mengujakan!
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk hasilkan sendiri jambangan bunga berserta duit tarik, jom lihat perkongsian video oleh @bungalasyaballoonflorist di aplikasi TikTok ini. Video tersebut telah menarik perhatian warganet hingga 1.8 juta tontonan.
Langkah 1 : Masukkan duit dalam plastik dan gunakan mesin sealer
Langkah 2 : Lakukan satu persatu.
Langkah 3 : Ambil loytape dan sambungkan satu persatu secara memanjang.
Langkah 4: Gulungkan duit yang telah digamkan tadi dengan kemas. Ketepikan.
Langkah 5 : Ambil span dan lubangkan mengikut saiz gulungan duit seperti ini.
Langkah 6 : Masukkan gulungan duit ke dalam span tersebut.
Langkah 7 : Cucukkan lidi ditengah-tengah gulungan duit, dan buang lebihan lidi di kiri dan kanan span.
Langkah 8 : Lekatkan hujung gulungan plastik dengan topper untuk memudahkan ditarik. Kemudian hias mengikut kreativiti
Nak lebih faham, boleh tonton video tersebut di sini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Jika dahulu, kehidupan kanak-kanak begitu aktif tanpa adanya gajet. Mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor kasar dan halus di persekitarannya.
Namun ekoran kecanggihan teknologi, segelintir ibu bapa alpa mengenai impak negatif apabila membiarkan anak-anak terlalu lama terdedah dengan persekitaran begitu. Perkongsian Penggiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Nik Eliani Nik Nawi begitu manfaat bagi mendidik anak-anak dengan persekitaran yang sihat.
GAYA HIDUP KITA SEKARANG BANYAK MENYEBABKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL ANAK KITA DELAY.
Banyak masa anak kita habiskan dalam car seat, dalam stroller, depan skrin tv, tab dan fon.
Rumah kita di atas langit. Taska tadika anak kita di dalam shop lot.
Tak puas anak nak berlari!
Maka sekarang banyak kanak-kanak yang ‘clumsy’ ( cemerkap ) dan mudah penat untuk fokus belajar kerana tidak banyak bergerak aktif pada tahap 0 hingga 6 tahun.
Ibu ayah yang bijak, walaupun life style kita moden canggih, kita WAJIB pastikan anak kita mendapat peluang untuk aktif fizikal. Nah saya kongsi idea untuk anak-anak kita bermain aktif di dalam rumah.
No excuse anak kita tak ada tempat untuk bermain di rumah.
Seminggu sekali bermainlah di luar untuk anak kenal dan mesra alam.
IDEA AKTIVITI DI RUMAH
Semoga dapat mendidik anak secara natural agar seimbang kehidupan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.