‘Ibu ‘Pergi’ Kerana Kanser Rahim, Saya Pula Telah Setahun Detect Kanser Payudara’. Wanita Ini Cukup Cekal & Kekal Positif!

Share

Seorang isteri bernama Atie ini jika dilihat dari luaran tiada siapa menyangka dirinya sedang bertarung melawan penyakit kanser. Begitu tabah dan cekalnya dia menjalani setiap ujian yang mendatang.

Walau diuji  sebegitu, namun hatinya tidak pernah lekang mengucapkan syukur pada Ilahi. “Syukurlah Atie hanya perlu amalkan pil hormon ni selepas habis melalui kimoterapi and radioterapi. Berbanding orang lain, ada yang kena buat Herceptin, ambil Zometa dsbnya. Syukur…Syukur, nikmat mana lagi kita nak nafikan.”

Semangat dan aura postif yang ada di dalam dirinya, wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain untuk bangkit andai senasib dengannya.

Ayuh kita ikuti perkongsian daripadanya.


Okey Atie story ye. Just to share experience masa Kimoterapi dijalankan. Lain orang, lain yang dia dapat kan. Ni pengalaman Atie untuk kimoterapi yang Atie lalui.

Semalam lepas nurse drip air, dlm 30 min lepas tu nurse masukkan ubat alergik sebab Atie ada dapat rashes sikit masa Kimo Cycle 4 Ubat Taxo. Tapi lepas cucuk 2 injection naik gelembung pada kulit Atie menunjukkan something wrong pada salur darah jarum yang ada. So nurse decide tukar jarum sbb ubat kimo tak cair sangat kan. Risau lg worst.

Tapi percubaan nak dapatkan salur darah yang sesuai agak susah memandangkan urat banyak dah keras, sempit and pendek. 4X cubaan masuk jarum sampai ada yang bengkak teruk. Akhirnya last choice kena guna kat bhg pelipat lengan juga. Harapnya Kimo Cycle 6 nanti tak terjadi lagi dan urat Atie boleh bekerjasama dengan baik.

Then drip air dalam 30 min lagi barulah drip masuk ubat kimo Taxotere 2 Tablet. Ini dos dah dikurangkan memandangkan badan Atie sangat low produce darah putih. Tak sampai 10 min drip ubat kimo, apa yang terjadi masa kimo cycle 4 terjadi lagi. Atie sesak nafas dan perut terasa panas. Kali ni memang dah standby button alarm kat tepi katil so terus tekan je and nurse meluru datang. Stopkan drip and check BP. Doktor datang checkkan kondisi badan Atie. Gas oksigen diberikan untuk menstabilkan kembali pernafasan Atie. Ini hanya reaction ubat pada badan.

Actually ianya tak membahayakan sangat. Sebab pengalaman Cycle 4 Atie memandai kontrol sendiri je sebab time tu 1st time experience jadi perkara tu and Atie panik. Memandangkan nurse pn busy uruskan patient lain untuk masukkan ubat kimo, jadi Atie cuba duduk je and rakan bed sebelah kebetulan tanya soalan pada Atie. So Atie jwb je dalam keadaan macam xada apa2. Then automatically Atie ok lps tu.

Tapi kali ni dah dapat pesanan nurse lepas diorg tahu apa terjadi ms cycle 4. So atie follow procedure.

So Atie kena drip 1 hrs lagi air, masukkan lg 300mg ubat alergik then drip ubat kimo secara perlahan ambil masa 3 jam berbanding 2 jam normal procedure.

Suami Peneman Setia

Husband belikan lunch, Atie mkn. Tgk telemovie kat TV. Siap habiskan tonton Ysabel dulu. Then baru Atie tidur jam 1600-1730. (Tak sedar dah ubat kimo habis, nurse dah drip air balik, nurse tak sampai hati nak kejut utk check BP). Husband temankan kat hujung kaki dengan setianya tanpa tidur apa semua. I love you abang. Peneman setiaku ingat akhir hayat, doakan ye. Aamin.

Balik kimo Atie sihat je. Tak ada alami apa-apa kesan lain lagi. Semalam pun ada kawan datang htrkan hadiah badal haji yang Atie buat utk arwah Ma. Layan je wife & anak-anaknya berbual. Kebetulan ayah ada, panjang pula ceritanya tentang Makkah and Madinah ni kan. Orang lama banyak pengetahuannya. Alhamdulillah. Tumpang dengar, terus tahu. Selera makan masih Ok. Cuma mengah tu adalah. Kena banyak2 rehatkan diri.

Pesanan Atie : Jangan takut Kimoterapi. Just laluinya dengan tenang. Doktor lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Just let doktor know what happen to us within the process and side effect yang kita alami. Doktor know what to do and apa action need to be taken.

Satu lagi cerita Atie nak share. Semalam ada makcik Bed sebelah. Umurnya dah 60 lebih. Dia tahu dia ada kanser since last 8 years ago. Masa tu baru Stage 1. Makcik just buat rawatan alternatif. Yes, Makcik mampu bertahan. But at last badannya mula sakit, payudara mula berubah bentuk, kanser dah merebak ke tulang, paru2 dsbnya. Skrg stage 4. Jalani kimo macam Atie. Kata makcik lepas Kimo, badannya dah kurang sakit. Alhamdulillah.

Usaha, Tawakal & Doa

So yang diluar sana, kalau dah CONFIRM CANCER, jangan lengahkan perubatan hospital ye. Ke hospitallah kita dengan ikhlasnya. Baru kita boleh baik tau. Alternatif tu boleh, tapi pilihan ke 2. Atie sendiri Arwah Ma memang ada kanser. Dulu Arwah Ma pn ke hospital tapi dalam masa yang sama kami buat alternatif juga. Jadi kacau bilau dan nak fokus mana satu pun dah tak tahu. Cuma apa yang Atie boleh simpulkan kanser arwah Ma terlalu aktif untuk dilawan pada tika itu. Asbab je kematian arwah Ma disebabkan kanser. Ye kanser, kanser yang sebabkan semua fungsi badan gagal. Jadi meninggal disebabkan sistem badan tak berinteraksi lagi. Arwah Ma kanser pangkal rahim, merebak ke usus kecil dan last sekali merebak ke tulang belakang.

Kanser akan menemui kegagalan dan tak kurang kejayaan. Apa yang kita boleh lakukan adalah berusaha. Usaha, Tawakal dan Doa. Melawan penyakit juga adalah satu jihad. Jadi kenapa kita perlu bersedih. Lalui hidup kita dengan cekal & tabah walau apapun dugaan & cubaan yang mendatang dan pastikan kita lebih dekat dengan ALLAH, bukan semakin menjauhiNya. Dugaan yang ALLAH beri maknanya Dia sayang pada kita. Terlalu sayang pada kita sehingga Dia nak kita mengingatiNya selalu. Betapa kita Patut Bahagia kan

Ini perkongsian daripada Atie pada tahun lalu di akaun fb miliknya dan Alhamdulillah hari ini  bila dihubungi ini responnya, “Alhamdulillah Atie skrg menjalani hidup seperti biasa. Masih bekerja dan aktif menjalankan jualan online pelbagai produk. Ujian mamogram ada buat selepas setahun detect kanser, and ulangan 6 bulan utk kepastian result tersebut. Alhamdulillah. Setakat ni x ada apa-apa yang merisaukan. Skrg doktor bekalkan tamoxifen iaitu ubat hormon bagi membantu mengurangkan simptom kanser berulang.”

Selian itu untuk jaga kesihatan,  Atie kena banyak makan sayur and buah.
Atie kurangkan makan ayam dan fast food shj. Pastu Atie ada ambil Vit Tri.e, Vitamin C and Minyak Ikan. Juga ada amalkan Olive Oil sekali sekala. Bab bersenam tu Atie belum buat. Sepatutnya kena buat” – Atie Nesh

Ini pula perkongsian di fbnya baru-baru ini.

Dah setahun amalkan rupanya. Rutin pengambilan pun setiap appointment dengan onkologi dapat/beli 2 kotak. Sekotak lagi balance IKN suruh dtg ambil after 2 months. So selalu ambil kat Hospital Shah Alam je. Time kerja pun boleh lari kejap gi ambil ubat. 5 tahun kena amalkan and Atie tak boleh preggy bila amalkan Tamoxifen. Kalau termengandung, ubat ni memang kena stop terus sampailah bersalin. 5 tahun di dalam pengawasan doktor . Pray that they will do the best for me.

Masa awal-awal ambil tamoxifen ni, kesan hot flush tu hanya tuhan je tahu. Tidur mesti dalam air-cond . Sakit lutut sebelah kiri memang sampai banyak bulan. Kalau siapa perasan, Atie sekarang memang pakai sport shoe. Bukan nak bergaya, tetapi tu je cara Atie jaga lutut and kaki Atie. Alhamdulillah, sekarang semua tu dah hilang. Makan tamoxifen dah macam makan vitamin. Dah tak rasa apa-apa kesan pun. Melainkan ianya bekerja kat dalam “fight for me “.

Syukurlah Atie hanya perlu amalkan pil hormon ni selepas habis melalui kimoterapi and radioterapi. Berbanding orang lain, ada yang kena buat Herceptin, ambil Zometa dsbnya. Syukur…Syukur, nikmat mana lagi kita nak nafikan.

Andaikata kita rasa dugaan kita ni berat, pandang ke hadapan. Pasti kita nampak bahu org lain lg rebeh dengan dugaan yang lebih berat. Ada yang diduga dengan sakit2 biasa…tetapi kerap. Ada yang diduga dengan sakit berat…tetapi sekejap. Ada yang juga sihat walafiat tetapi diduga dengan kesusahan yang lain. Itu semua berlaku kerana ALLAH Nak. Jadi senyumlah. Sebab kita sedang melakukan semuanya ini hanya kerana ALLAH.

SENYUMLAH DAN TERUS TERSENYUM. PASTI KITA AKAN TENANG DENGAN SETIAP DUGAAN DAN CABARAN DALAM HIDUP KITA DI DUNIA INI.

sumber : Atie Nesh