Bila kita bertandang ke rumah jiran-jiran atau sanak saudara, sering kali juga mata kita ‘tertipu’ dengan kecantikan bunga orkid yang menghiasi rungan meja makan tuan rumah. Jambangan bunga orkid tersebut nampak begitu segar berbunga, sekali gus cantik ‘meletop’ dan cukup berseri terlihat.
Dan kalau hendak tahu, harga jambangan orkid yang siap digubah itu memang boleh tahan harganya mengikut kualiti orkid yang berbeza-beza. Jadi apa kata, dalam merias kediaman ini, kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan.
Pasti anda ingin tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menggubah bunga orkid tersebut bukan?
Dan alangkah beruntungnya kita kerana Puan Zaza Zalina sudi kongsikannya untuk manfaat bersama, jom semak.
Ni harga barang-barang yang digunakan:
Orkid sebatang RM14.00 (guna 5 batang)
Daun sebatang RM5.00
Ranting RM7.50 (pakai sebahagian)
Pasu RM 35.00 beli di bandar Muar
Yang lain-lain tu harga ada di peket dalam gambar
Kalau total semua RM150.00
Ada yang akak beli di kedai barang kahwin di perling jb
Langkah-langkahnya :
1
Pasu ni boleh tahan besar jugak la….jadi bawah tu saya sumbat surat khabar bagi mampat, pastu bubuh span atas tu. Guna span 2 setengah pcs.
2
Mula-mula saya guna gam putih tu…tapi kena tunggu kering pulak. Nak cepat saya guna hot glue untuk tepek-tepekkan lumut palsu.
3
Cucuk semua orkid dulu. Selepas itu baru cucuk buluh dan ikat dengan dawai.
4
Hiaskan ikut kreativiti.
5
Siap
sumber: Zaza Zalina via Kelab Kaki Deko
Tarik Minat Anak Suka Belajar, 8 Cara Wanita Ini Kongsikan, Memang Menjadi!
Memaksa anak tekun belajar pada waktu yang sepatutnya di rumah teramatlah sukar pada ibu ayah. Penat dipaksa tetapi anak hanya belajar sekejap dan kemudiannya alihkan perhatian pada perkara lain. Sukar.
Kurang minat untuk belajar mungkin menjadi sebab anak-anak tidak mahu fokus dan inilah yang menyebabkan ada segelintir anak-anak kita masih tidak boleh membaca seperti rakan-rakan lain.
Sebenarnya memupuk minat anak untuk belajar perlu bermula di awal usia lagi. Walaupun anak-anak masih tak faham ketika usianya masih kecil, cara ni membiasakan dirinya dengan buku dan ilmu.
Wanita ini, Diyana Jamal berkongsi cara dan tip yang dilakukannya untuk mendidik anaknya, Damia yang kini berusia 5 tahun.
Ketahui tip dan caranya. Mulakan dari sekarang adalah satu cara yang paling bijak buat anak kita. Jom baca apa yang wanita ini buat!
Seperti yang di janjikan, ibu nak share cara ibu didik Damia untuk tarik minat dia rajin belajar. Ni adalah berdasarkan pengalaman ibu.
Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu, boleh baca dan cuba buat untuk anak-anak korang ya.
1. Belikan alat tulis
Sejak Damia berusia 3 tahun lebih lagi, ibu dah mula belikan dia alat tulis. Belikan dia alat tulis yang basic je. Contohnya : Pensel, buku.
Pernah juga kami belikan dia warna magic, water color, dan cryon untuk dia berkreativiti.
2. Biarkan anak buat sepah/conteng buku dan dinding
Pada mulanya ibu pun geram juga. Bayangkan, dinding rumah baru di cop dan di conteng dengan pelbagai warna, di sini sana. Mahu tak bertukar hijau!??
Tapi, lama kelamaaan, ibu tahu cara ibu yang salah. Kanak-kanak seusia 2-3 tahun, mindanya sedang pesat berkembang. Mereka ni akan bermain & membuat sepah di rumah macam tongkang pecah.
Dan menconteng itu adalah cara mereka mengexpresi kreativiti mereka. Jika bimbang dinding kotor, korang boleh beli kertas khas untuk di lekatkan di dinding atau boleh juga cat dinding dengan cat minyak. Part yang bersepah tu, kau redha je lah ?? hahaha
3. Be with her
Cari masa untuk bersama-sama dengan anak-anak untuk berkreativiti dan belajar. Kehadiran kita di sisi mereka ni boleh menyuntik semangat dan mood mereka. Dan semestinya, JANGAN pegang handphone semasa sesi tersebut. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
4. Rancang jadual
Walau pun anak kita berusia 3 tahun, kita seharusnya ada jadual untuk dia bermain dan belajar. Tak perlulah sampai nak buat time table.
Cukuplah sekadar meluangkan masa sekitar 1-2 jam untuk belajar. Jika dapat 10 minit sesi pun okey. Bila dia dah suka, lama-lama nanti automatik dia leka untuk belajar.
Posted by Diyana Jamal on Sunday, 29 October 2017
5. Jangan paksa
Anak-anak ni dia mudah bosan. Bila kita buka je buku atau suruh dia belajar, memang payah nak fokus dan adakalanya dia memberontak.
JANGAN PAKSA. Biarkan dahulu. Perhatikan dahulu cara dia. Seperti Damia, dia suka belajar bila buka tv. Kena sabar dan selalu lihat perkembangan dan minatnya.
6. Have fun
Jangankan budak-budak. Mak bapak budak pun malas nak belajar kalau tak kena cara ? Tapi, kanak-kanak ni lebih mudah di lentur minatnya.
Caranya, kita ibu bapa ni kena kreatif semasa sesi pelajaran. Korang boleh bawa anak-anak pergi ke taman untuk belajar.
Mereka ni lebih mudah mengingat bila melihat benda yang real. Sebagai contoh, kita tunjukkan bunga. Kita ceritakan bunga tu warna apa, berapa kelopaknya, berbau wangi dan sebaliknya.
7. Elak perkataan JANGAN
“Jangan malas belajar”, “Jangan tengok tv”, “Jangan main benda tu”. Sebaliknya TUKAR kepada, “Kakak, jom kita lukis bunga”, “Kakak, jom kita
baca buku”, “Jom kita nyanyi”. Ingat tau korang. Kata-kata yang baik, akan menghasilkan result yang baik.
8. Pillow talk
Ni istilah orang putih. Dalam bahasa Melayunya “cakap bantal”. Bukan cakap dengan bantal tau. Hahaha. Maksudnya, sebelum tidur, ibu akan ulangkaji secara lisan tentang apa yang telah kami lalui dan pelajari siang tadi.
Dan waktu ini, memang sangat membantu untuk kita sebagai ibu untuk jalinkan hubungan yang akrab dengan anak. Ketika dia sedang mamai nak tidur tu, korang ucap dan DOA yang baik-baik untuknya. Jika boleh, peluk dia sekali. This one yang ibu JARANG miss sejak Damia berusia 3 tahun.
Sekarang dia dah 5 tahun. Alhamdulillah dia sangat suka bila di ajak untuk belajar dan ulang kaji.
Selamat mencuba!
Hidung Anak Kerap Berdarah, Dr Ini Jelaskan Sebabnya.
Mesti ramai yang masih tertanya-tanya, apa punca hidung kerap berdarah?
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.
Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :
1. Cuaca yang kering : persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.
2. Kerap mengorek hidung : ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.
3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray: ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.
4. Ubat-ubatan : hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.
5. Penyakit hati: sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.
6. Alahan dan resdung : masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.
7. Darah tinggi : masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.
8. Penyakit dalam darah : kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional : ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis… namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.
10. Kanser : untuk mereka yang berusia khususnya(walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
“Sampai Biru Kecut Tangan Kaki,” Isteri & Anak Kecil Lalui Detik Cemas Terkunci Lebih 7 Jam Dalam Bilik Air, Suami Jadi Penyelamat!
Malang tak berbau, itulah perumpamaan yang sesuai untuk diungkapkan dengan kejadian yang menimpa keluarga ini.
Detik yang pastinya takkan dapat dilupakan oleh ibu ini apabila terkunci di dalam bilik air bersama anak-anak lebih 7 jam lamanya.
Itulah yang di alami oleh ibu bernama Safra Hussain yang berkongsi pengalaman mencemaskan itu.
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat🤲🏻
.
Semalam terkurung dalam bilik air dgn anak3 selama 7jam lebih.
.
Paling risau kan anak2,sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita org nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
.
Masa tersedar terkunci dari dlm, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak2 main bubble.
Macam2 usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol.
Segala usaha sia-sia🥺
Bila Mikayla cakap lapar,kita suruh dia minum air heater, Maleeqa plak menyusu je…..sampai tahap kita dah hypo… dh lemah rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup je mata.
.
Hanya Allah je tahu, masa awal2 cuba nak alihkan perasaan panik, kita basuh lah toilet, bila dah hujung2 tak tau masa tu pkul berapa dah rasa x kuat tp tngok anak2 cuba kuatkan diri dan ketuk2 tombol…. masih sia2.
Bila Mikayla cakap “Im cold” sbb mikayla sejenis kalau tidur dlm aircond taknak selimut sbb dia suka sejuk… tp kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati…. dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih….. tangan kaki dia dah kecut……
.
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen wassap & tak jawab phone…. pukul 4.30 dia tergerak hati nak pergi skolah Mikayla, bila cikgu ckp mikayla tak pergi sekolah, terus cepat2 balik rumah.
.
Alhamdulillah 🤲🏻
Pengajaran untuk kita dan juga semua.
Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone kemana sahaja🙏🏻
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati2, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sadis sbb dalam bilik air…. kalau dlm bilik mungkin lah kita boleh terajang.
.
Maaflah ayat bercelaru sbb anak2 bangun tidur pun menangis je.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster