Perkongsian menarik dari seorang ibu ini yang begitu selesa memberi pendedahan perkara baru dan cabaran kepada anaknya untuk menjadi lebih berdikari.
Jom kita baca perkongsian penuh ibu ini agar kita menjadi ibu yang lebih terbuka.
IT’S OKAY TO EXPOSE YOUR CHILD TO NEW THINGS, NEW CHALLENGES, AND SOME DANGERS.
Saya selalu dapat keluhan dari young parents yang paranoid nak bagi anak exposed to new things.
Contoh macam–
Jiji, takpe ke bagi anak saya pijak rumput tak pakai kasut? Nanti masuk duri.
Jiji, anak saya nak main roller blade. Tapi saya tak bagi. Takut jatuh.
Jiji, takpe ke bagi anak main hujan? Kalau demam macam mana?
Jiji, saya selalu marah anak saya sebab dia suka memanjat. Takut jatuh.
Jiji, takpe ke mak mertua saya nak bawa anak saya mandi pantai. Takut lemas.
Semua pun nak takut.
It’s okay to have that fear.
Tapi jangan sampai menyekat hak anak-anak.
They have the rights to explore, to experience new things.
Let me share with you satu cerita.
Sebelum tu, sila maklum yang saya adalah seorang ibu yg agak “gangster”, sebab saya memang consistently exposing anak saya kepada new challenge.
CONSISTENTLY.
Dia bersedia atau tidak, lantak.
Kena cuba dulu la baru tahu dia sedia ke tak sedia.
Kan?
Kat mana ada danger,
kat mana ada stress,
kat mana mak mertua kata jangan,
kat situ la saya bubuh anak saya.
Memang menantu hantu sangat ni.
So cerita nya,
beberapa minggu lepas,
saya bawa Haikal untuk experience ice-skating for the first time.
As usual, banyak lah suara-suara dan thoughts yang menghalang.
“Blade kasut tu tajam, kalau Haikal terpegang boleh luka.”
“Lantai ais tu licin, kang jatuh tersembam biru dahi.”
“Skaters kat situ laju-laju. Kang takut accident terlanggar haikal, macam mana?”
“Tempat tu sejuk. Kang demam.”
“Haikal belum sesuai. Kecik lagi. ”
Bla bla..
Well, because i am positive and optimistic,
i still bring him there okbaii.
So saya pun bawa Haikal pergi ice-skating.
The first 30min tu memang tough.
Haikal takut nak bergerak.
Haikal tak boleh berdiri.
Haikal sejuk.
Haikal jatuh dan menangis.
Haikal stress.
Haikal marah-marah.
Apa saya buat?
Saya biar.
I gave him time to feel and experience those emotions and struggle.
Dalam masa yang sama I keep encouraging him.
I know he can do this, because he can move on roller blades before.
Saya percaya dia sebenarnya boleh,
cuma dia TAKUT DAN TAK YAKIN.
So saya bagi Haikal masa to break that fear.
Biar dia stress.
Anddddd after half an hour full of drama,
Haikal dah boleh meluncur mengelilingi ice rink tu sorang-sorang,
tanpa menghiraukan saya!
He even started to make friends dengan minah-minah arab yang sebaya dia kat situ.
See!
Imagine apa jadi kalau masa Haikal stress tadi, saya pun turut sama stress dan takut-takut nak expose dia.
He will never break that fear dan takkan pernah tahu yang dia sebenarnya boleh ice skate!
Betoi dak?
Habih yang dia duk berdrama menangis memula tu apa?
Well, bagi saya, that’s how Haikal learn to adapt to his new environment and develop his surviving skills.
Dalam hal ni, saya sentiasa berpegang kepada tiga ni-
1) ALWAYS ALLOW SOME ADVERSITY.
Bagi sedikit “kesengsaraan” is good sometimes.
Surviving skills atau resiliency skills hanya boleh dibentuk bila ada cabaran dan stress yang menduga emosi dan fizikal.
Betul?
Membenarkan sedikit adversity (kesengsaraan) atau dugaan kepada anak-anak akan membantu develop problem-solving, confidence dan independence dalam diri mereka.
Bagi saya, allowing our children to experience stress sometimes, is healthy.
Sebab bila anak terhalang dari sebarang stress atau cabaran, ia tidak equipped with resiliency skills yang akan membantu dia survive dalam menghadapi macam-macam challenges as they grow up nanti.
Kita yang dewasa ni pun lebih banyak belajar melalui kesusahan instead of kesenangan, kan?
2) TO DEVELOP RESPONSIBILTY, CHILDREN NEED TO BE BRAVE & CONFIDENT FIRST
Macam mana nak dapat ni?
Dengan beri anak-anak sedikit cabaran, sedikit tugas atau aktiviti yang dia tak tahu yang dia sebenarnya boleh buat.
Responsibility tak datang tiba-tiba.
Ia datang selepas keberanian dan keyakinan.
Dan ia dilatih setiap hari,
MELALUI CABARAN.
Dan bila beri anak cabaran, jangan tengok pada hasilnya.
Tengok pada effort yang diberi oleh anak.
Berjaya atau gagal, belakang cerita.
Raikan effort dan kesungguhan yang mereka tunjukkan. Because that is how self-confidence developed.
Lama-lama anak akan sukakan cabaran dan willing to take responsibility dengan sendiri.
Baru boleh jadi imam muda bila besaq nanti. Gicuu.
3) ALWAYS ALLOW THEM TO FAIL AND MAKE MISTAKES.
Bukan la maksudnya mak bapak boleh goyang kaki tahap tengok anak gagal seploh kali pun tak kisah.
Kalau dapat parents yang macam ni,
balunkan aje dengan kayu hoki.
In terms of mendedahkan anak kepada new things atau challenge ni,
it’s okay if they fail atau buat silap pada mulanya.
Kita semua belajar daripada kesilapan. Kan?
Teruskan menyokong, dan puji effort mereka.
Dan jangan terlalu fokus kepada failure atau mistakes yang dilakukan.
It will turn off your child’s spirit and effort.
Terus menerus encourage mereka.
Last but not least, bagi saya exposing children to new things adalah sangat powerful in developing their self-values.
Dalam membentuk surviving skills, especially.
Bahaya sikit-sikit,
jatuh sikit-sikit,
luka sikit-sikit,
TAKPE.
No pain, no gain.
Kan?
Jangan paranoid and never underestimate children’s capabilities, dear parents.
Jadi ibu bapa yang menjahit sayap anak,
bukan ibu bapa yang mengoyakkan sayap mereka.
Semoga anak-anak kita akan jadi survivors yang boleh terus berjaya dan berjaya walaupun selepas ketiadaan kita nanti.
Kerana di akhirnya nanti, kita hanya mahu mereka terus hidup kukuh, walaupun selepas kita mati.
Kan?
Sumber : Adlil Rajiah