Ibu Ni Siap Ada Jadual Untuk Pastikan Semuanya Kemas Tersusun. Terbaik Idea Ni, Boleh Follow!

Share

Melihat posting puan Emi Erdayu Jasmi ini berkenaan salah satu ruang bilik yang dijadikan bilik pakaian di kediamannya memang mampu membuatkan ibu-ibu berasa cemburu dengan tahap kerajinannya. Maklumlah Puan Emi bukanlah suri rumah sepenuh masa, bahkan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil namun mampu mengurus pakaian keluarganyanya begitu rapi dan tersusun kemas tanpa terjadinya lambakan dek kerana tidak dilipat.

 

Mengetahui lanjut bagaimana dia boleh lakukan itu semua, jom kita cungkil rahsia dan tip daripadanya. 


Pengurusan baju sebenarnya saya lakukan secara berjadual.  Setiap Rabu dan Jumaat adalah hari membasuh dan menjemur. Manakala pada hari Ahad memang saya khususkan untuk melipat dan menyusun baju dan juga major cleaning, lap habuk, vacuum dan mengemop lantai.

Setiap anak saya limitkan berapa saja tshirt, seluar dan pakaian tidur supaya tiada lambakan pakaian tak diuruskan dan tak digunakan. Bila anak ramai ni kalau kumpul lagi banyak, jadi setiap anak saya hadkan sehari 5 pasang lebih kurang sebab hantar taska dan pengasuh.

Jadi saya dan suami decide 2hari / 3hari sekali kena basuh. Manakala melipat menyusun dihujung minggu sambil terus iron baju kerja dan sekolah.

Saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil, iaitu dari usia 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Sebab saya susun ikut susunan menegak memang takkan bersepah, selalu anak yang besar saya minta ambikan baju di bilik baju. anak anak kadang ada citarasa sendiri, ibu ambik tak kena… memilih..hehehe.. sudahnya saya minta ambil sendiri.. setakat ni memang dia tau ambik mana baju tshirt seluar atau baju tidor sebab dah ajar mana rak sendiri.

sumber : Atam Ayue