Tidak dinafikan ada sahaja ibu ayah yang suka untuk menyimpan rambut anak lelaki sedikit panjang. Bagi mereka ia kelihatan cukup comel ditambah pula dengan pipi anak yang tembab, merasakan gaya tersebut cukup sesuai dan sepadan.
Jadi tidak hairanlah bagi ibu muda ini yang dikenali sebagai Madam Ain mengambil keputusan untuk membiarkan rambut anak lelakinya sedikit panjang. Apa yang pasti, rambut anaknya dilihat lebat, lurus dan siap ada ‘bang’ yang menutup bahagian dahi. Sekali pandang memang buat orang geram, Aydan seperti kanak-kanak Korea.
Pun begitu baru-baru ini Ain dikejutkan dengan penampilan anaknya sendiri tatkala datang menjemput dari rumah pengasuh.
Perubahan ketara dapat dilihat apabila rambut di bahagian hadapan telah dipotong dan ini membuatkan ibu ini sedih dan sukar untuk menerima gaya rambut baharu anaknya itu.
Ads
Apatah lagi pengasuh anaknya itu tidak meminta sebarang persetujuan daripadanya terlebih dahulu.
Mama Dah Move On
Walau bagaimana pun, dalam muat naik video yang dikongsikan di akaun tiktok miliknya, dia menjelaskan sudah reda dengan apa yan terjadi dan meminta netizen tidak terus berbalah mengenai apa yang telah berlaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku namun tetap bersangka baik dengan tindakan pengasuh tersebut. Mungkin apa yang dibuatnya itu adalah seperti melayan anak sendiri.
Maklumlah rambut sudah panjang, lalu ambil keputusan untuk memotong sedikit rambut untuk memberi keselesaan pada anak tersebut.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi. Kalau dah besar agak sukar untuk berbuat demikian. Persekitaran dan gaya hidup masa kini banyak mempengaruhi anak-anak terutama dalam penggunaan gajet.
Selain itu, cara membesarkan anak lelaki dan perempuan tak sama. Ada pendekatan masing-masing. Saudara Taufiq berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja. Take note ye!
.
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri – contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita 2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility – ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
.
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness – banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness – personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
.
4. Ajar anak lelaki Coping Skills – coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke – Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak 5. Ajar anak lelaki tentang Empathy – bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu – amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? “ – bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Trending mengenai minyak masak naik harga. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai keperluan barang paling utama ini.
Setiap hari pasti minyak masak akan digunakan untuk memasak juadah keluarga. Cakna mengenai hal ini, Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi pandangan solusi memasak tanpa menggunakan minyak yang banyak.
Ikuti lanjut mengenai coretan beliau dari aspek sains mengenai cara masakan yang lebih selamat menggunakan perkakasan masak modern.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik aka air fryer. Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan. Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Gambar sekadar hiasan
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
– Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Tip Cara Masak Lebih Selamat
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Perasan tak dengan perangai anak-anak kita ini. Bila hendakkan sesuatu atau mengadu mesti orang pertama yang dicari, kita sebagai ibunya. Menurut Parenting Influencer Mohd Fhais Salim, ada sebabnya dan ini dikongsikan di dalam facebooknya untuk info bersama.
Ada sebab kenapa anak-anak ni suka mengadu pada ibu berbanding ayah!
Bila ada masalah je mengadu meluah pada ibu. Bila ada buat salah je mesti cari ibu dulu.
Nak meminta apa-apa pun, ibu la tempat pertama dia cuba nasib. Ini kerana cara ayah nak tenteramkan anak jauh berbeza dengan ibu!
Si ayah suka gunakan logik akal
Itu la bila anak datang mengadu, si ayah akan cenderung untuk bagi solusi dan teguran terus kat batang hidung. Apa yang logik di akal, itu la dia beri pada anak.
Si ibu penuh emosi
Berbeza dengan ibu. Dia prihatin dan penuh emosi.
Pertama sekali dia akan mendengar dengan teliti. Eye-contact sepanjang masa. Empati dengan luahan hati anaknya.Dia tak terus bagi teguran sebaliknya, dia bagi anak rasa tenang dahulu. Ini la sebabnya anak-anak suka meluah pada ibu.
Sebab ibu buat anak rasa tenang dan senang hati.
Sama juga kalau anak nak meminta sesuatu, mereka pasti akan bagitahu pada ibu dulu sebab ibu cepat memahami isi hati anaknya berbanding ayah.
Kalau dengan ayah meminta, pasti akan tanya macam-macam soalan. Penting ke benda tu, apa manfaat benda tu dan macam-macam lagi. Ini betul, bab berbelanja untuk anak-anak ni ayah memang cerewet sikit tapi kalau ibu dia sanggup berhabis duit untuk belanja anak-anaknya asalkan mereka happy.
Bagi ibu, buat anak happy itu la happiness dia!
Sumber : Mohd Fhais Salim
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.