Ibu Ni Sediakan Nasi Dan Bubur Dengan Sekali Masakan. Terbaik Idea Ni!

Share

Menyediakan hidangan bubur untuk anak yang  belum tumbuh gigi memanglah mudah sahaja, hanya biarkan mendidih hingga nasi menjadi lembut.

Pun begitu tidak dinafikan, biasanya kita akan masak nasi untuk hidangan keluarga dan bubur secara berasingan. Senang cakap, kena masak beras dua kali.

Tapi berbeza dengan idea yang dikongsikan oleh Puan Musyahadah ini bilamana dia hanya masak sekali sahaja untuk sediakan dua hidangan ini.

 

Menarik bukan? Jimat masa dan yang penting cukup mudah disediakan. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

2 in 1….NASI & BUBUR

Masa anak baby dulu saya buat macam ni jimat masa…ikut ukuran umur nak lembek/keras…kita perisakan ikan bilis dan sedikit minyak sayuran…

Kalau 6 bulan saya tukar tepung beras buat sendiri cuci jemur blend kering…

Biasa cawan stainless tu saya buang tangannya…saya tak suka guna plastik bahaya….jadi macam ni la saya buat…

Mudah…baby boleh makan 2 kali…Tak
perlu buat bubur asing susah sikit…
Insyaallah senang buat macamni….

Boleh tambah  ikan/ayam  dan sayuran ikut suka.

Step 1 : Sediakan periuk dan cawan

Step 2 : Cuci beras dan masukkan 1/3 ke dalam cawan.

Step 3 : Bentukkan lubang di tengah periuk untuk menempatkan cawan.

Step 4 : Letakkan cawan berisi beras dan air ditengah periuk.

Step 5 : Masukkan sayur-sayuran, ayam, ikan sebagai perasa dengan sesudu minyak sayuran.

Step 6 : Masak macam biasa.

 

Step 7 : Gaulkan bubur dan bubur akan menjadi lembut.

Sumber : Musyahadah Oo via MAH