Membina keluarga Sakinah, dapat hidup bahagia dan tenang pastinya menjadi impian kita semua. Pun begitu apa cara yang perlu kita lakukan?
Melalui perkongsian daripada seorang ibu yang berpeluang menghadiri seminar Keluarga Sakinah ini semoga ilmunya dapat diserap.
Biarpun posting ini telah lama, namun inti patinya sangat hebat. Wajar untuk terus dibaca oleh kita dan dipraktikkan untuk manfaat bersama.
Nak tahu lanjut, jom semak.
Pernah sekali buku saya tersenarai dalam carta BESTSELLER di MPH, bersebelahan dengan buku “Isteriku Bidadariku” oleh Ustaz Ebit Lew.
Masa tu dah happy gila dah.
Terus tergopoh gapah keluarkan phone, sebab nak bagitahu satu kampung.
Dan Sabtu lepas, saya berpeluang dengar seminar Ustaz Ebit secara live dan berkesempatan berbual dengan beliau.
Kalau buku tercalon sebelah buku ustaz pun dah riuh sekampung, boleh bayangkan tak camane bila dapat berdepan dengan Ustaz Ebit?
EXCITED tahap sesak nafas oii.
Nak-nak bila Ustaz Ebit cakap (berkenaan buku saya)–“Tahniah puan. Semoga Allah terus sayang puan sekeluarga.”
Allahhhhh terus aminkan 800 kali lalu meninggal dalam iman. Hahah.
Memang lain betul auranya bila berdampingan dengan orang-orang yang tinggi ilmu ni.
Mungkin ini lah salah satu kekuasaan Allah yang ditunjukkan melalui hambaNya.
Kuasa ilmu.
So hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
Baca, dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik. Kita usaha sama-sama, ok?
? Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
Ads
? Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
? Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
? Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
? Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
? Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu– penyayang dan pengasih.
? Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
? Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
? Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
? Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana-mana majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
? Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
Ads
? Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
? Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati–
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
? Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak–
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
? Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
? Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
? Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
? Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
? Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
? Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
? Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
Ads
? Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
? Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
? Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
? Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
? Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
? Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
? Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan-suami, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
? Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
? Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
? Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
? Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
Ini cuma perkongsian. Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah, dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah. Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan?
Baru-baru ini tular di sosial media tentang perkongsian seorang isteri yang telah hilang perasaan cinta dan sayang kepada suaminya, tetapi masih taat dan setia. Perkongsian tersebut telah menjadi bualan ramai dan meninggalkan tanda tanya apakah pasangannya itu berdosa berkelakuan sebegitu?
Nak tahu, jom ikuti perkongsian dari Ustazah Sharifah Zahidah yang menjawab semua persoalan di minda orang ramai tentang status wanita tersebut.
KAKU DALAM BERPERASAAN…
Dalam bahasa Inggeris, kita panggil ‘stillness’.
Kekakuan. Kaku dalam berperasaan.
Perasaan tidak lagi terjentik sama ada untuk ambil berat, bermanja, bermesra atau bergaduh pun. Lost interest untuk buat apa jua aktiviti yang mengusik emosi baik secara sihat atau tidak sihat.
Untuk pasangan yang sedang melalui fasa ini, hampir tiada apa yang boleh dilakukan lagi kecuali jika ALLAH berkenan berikan ‘miracle’ dalam rumah tangga kalian untuk spark sekali lagi.
Jangan berharap lagi pada pasangan, tapi bersedialah dengan segala kemungkinan.
Ingat, hati dia, ALLAH yang pegang.
Bila hati dia dah hilang, jangan minta lagi dari dia, tapi mintalah dari ALLAH. Itu saja option yang kita ada.
WASPADA DENGAN ‘RED FLAG’ PASANGAN
Tindakan yang sebetulnya adalah, jangan sesekali biar fasa ini melewati rumah tangga kita. Sentiasa alert dengan red flag yang paling buat pasangan terluka.
Ada orang tak kisah pasangan dia jadi wanita bekerjaya, tapi dia cukup pantang isteri dia senyum dengan rakan kerja lelaki sambil mengucap secara formal assalamualaikum dan selamat pagi bila isteri masuk pejabat.
Ada orang tak kisah pasangan dia kaki motor, asalkan jangan lepak malam-malam atau tidur berasingan tak kiralah sepenat apa sekalipun mesti kena tidur bersama.
Senarai-senarai ni semua BERBEZA bagi setiap pasangan. Kenalilah pasangan kita. Buat ‘senarai semak kita sendiri.’ Kalau dah 5 tahun bernikah tapi benda ni pun kita tak boleh jawab tentang pasangan kita, payah.
ELAK DIRI DARI BUAT PASANGAN TERLUKA LEBIH PENTING DARIPADA KONSISTEN BUAT PERKARA DIA SUKA
Mengelakkan diri dari benda yang buat pasangan TERLUKA adalah lebih penting dan kritikal daripada terus konsisten buat benda yang dia SUKA. Ingat pesanan ini dalam-dalam.
No.1, jangan kacau zon sensitif dia. Jika part ni kena kacau – ‘stillness zone’ akan diaktifkan dan rumahtangga bakal bertukar menjadi hambar.
Jauhi. Jauhi.
Kosnya terlalu besar untuk kita tanggung bila ambil mudah dan sengaja trigger stillness zone dalam diri pasangan kita.
Marriage is not a magic, kawan. Marriage is a constant hard work to love the same person again and again.
Meninjau di ruangan komen, masing-masing berkongsi pendapat tersendiri tentang perkara ini. Antaranya perkongsian dari puan Wawa Shauqi yang berkongsi contoh situasi yang beliau pernah hadapi.
Bila Isteri tawar hati, dikata tak bersyukur. Pandahal, tak pernah ambil tau atau cuba audit diri dari suara pasangan.
Saya kenal satu pasangan ni. Dari luaran, si suami nampak sangat soft spoken. Peramah. Dan Isteri nampak agresif. Kalau ada berlaku masalah, orang memang mudah nampak ‘ini sebab binilah ni, kasar sangat.’ Tapi hakikat, mereka dan Allah je tau.
Si Isteri mengadu perangai suami. Kuat main game. Setiap hari kalau tak stay up mengadap benda tu, tak sah. Sampai sanggup berkurung dalam bilik berjam-jam. Anak bini langsung tak diambil kisah. Kerja rumah, satu pun tak tolong.
Part ni, Depan mata saya sendiri benda ni berlaku. Ternganga saya. Keringnya hati suami. Pernah beberapa kali juga kantoi jumpa mesej dan gambar mesra dengan wanita lain. Padahal Isteri pun kerja. Itu belum masuk kisah nafkah. Suami hanya bayar rumah dan kereta. Bil, makan, pakai, semua ihsan isteri.
Saya kata, tabahnya kamu. Katanya, Tak ada apa rasa dah dalam hati ni. Puas sakit, puas nangis. Tak larat dah. Hadap je la.
Mungkin itulah stifness yang ustazah maksudkan. Lebih sengsara, bila minta dilepaskan, si suami rasa dia yg pegang power. Taknak lepaskan. Dibiar isteri tergantung. Diri sendiri tiada perubahan. Serius saya tengok pun rasa sakit.
Semoga yang berdepan dengan situasi begini segera selesaikan dengan cara baik dan dipermudahkan urusan mereka.
Gelagat anak-anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, yang menyanyikan lagu sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah begitu comel dan menghiburkan.
Pada mulanya, isteri Tomok, Siti Rahayu Abas memuat naik video dua cahaya matanya itu menyanyi di laman Twitter.
Siapa sangka, gelagat dua kanak-kanak itu mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG…..Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah..
DAULAT TUANKU… pic.twitter.com/LWiMPBHzmD
Perkongsian terbabit mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong yang memuji anak-anak mereka.
“Cute nya. Dari mana ni?” titah Raja Permaisuri Agong.
Seorang pengguna Twitter membalas dan menjelaskan yang dua orang kanak-kanak comel itu merupakan anak kepada Tomok.
“Kuala Lumpur rasanya, Tuanku. Anak kepada penyanyi Tomok,” balas pengguna Twitter yang bernama @SoldatenV.
Menariknya, Raja Permaisuri Agong membalas ciapan terbabit serta memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menjemput anak-anak comel itu ke istana.
Dalam pada itu, Tomok juga berkongsi paparan skrin tweet Raja Permaisuri Agong di laman Instagram miliknya.
“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara,” tulis Tomok.
Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan berita terbabit dan berharap agar anak-anak Tomok berpeluang untuk bertentang mata dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Suka kan tengok wanita-wanita jepun, semua cantik-cantik. Badan pun kecil molek. Agak susah nak jumpa wanita Jepun yang berbadan gemuk dan kelihatan tua.
Apalah rahsia orang Jepun ni ye? Menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding masyarakat di negara lain.
Selain itu mereka mengamalkan cara hidup yang sihat. Secara tidak langsung menjurus kepada kekal sihat, awet muda.
Masih belum terlambat buat wanita yang sudah berusia 30 tahun ke atas. Masih belum terlambat untuk kekal cantik biarpun sudah berusia.
Makan ikan mentah
Tetapi hairannya, orang Jepun tidak akan memasak makanan mentah termasuklah hidangan ikan mentah yang dikenali juga sebagai sushi atau sashimi. Mereka percaya ikan mentah ini mempunyai beberapa khasiat untuk badan. Ikan merupakan sumber protein yang mengandungi omega tiga yang dapat membantu meningkatan kecerdasan anak dan bagi wanita untuk menjaga kecantikan dan mencegah penuaan.
2. Makan sedikit tapi kerap
Negara Jepun terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat. Mereka makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Malah mengamalkan makan sedikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul untuk memudahkan sistem pencernaan. Namun cara ini juga yang disarankan dalam Islam supaya makan cara sederhana dan berhenti sebelum kenyang.
3. Urut wajah
Secara tradisional, urutan meremajakan kulit. Amalan ini menjadi rahsia wajah orang Jepun yang berseri. Urutan pada wajah boleh menghalang timbulnya kedutan pada kulit.
Selalunya orang Jepun akan mengurut bahagian wajah mereka setiap kali mengenakan produk kosmetik dalam gerakan bulat. Cara ni boleh meningkatkan peredaran darah dan melegakan otot-otot.
4. Minuman teh hijau
Orang Jepun minum teh hijau sekurang-kurangnya satu hingga dua kali sehari. Amalan minum teh hijau setiap hari bukan saja menyihatkan tubuh badan, tetapi pada masa sama menjadikan wajah awet muda. Teh hijau turut mampu mencerahkan kulit dan merawat jerawat.Teh hijau mempunyai lebih tinggi vitamin C dan anti-oksidan berbanding buah-buahan.
Serbuk Kolagen Ikan
Selain itu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat seperti orang Jepun, apa kita cuba anda boleh mengambil produk makanan tambahan kesihatan. Kolagen adalah satu keperluan bagi kecantikkan terutamanya kepada kulit dan juga anti penuaan.
Produk Nutribear Essential Fish Collagen ini merupakan serbuk kolagen ikan yang tidak berbau ini menjadi pilihan ramai terutama wanita yang berusia 30 tahun ke atas. Produk minuman kesihatan ini dikatakan membantu menguatkan tulang dan sendi yang mendorong gaya hidup yang lebih sihat, menghidrat kulit yang melambatkan penampilan kedutan dan garis-garis halus, membantu penyembuhan luka dan mengurangkan pigmentasi, mencegah kerapuhan kuku, menyuburkan folikel rambut untuk rambut yang lebih sihat dan bersinar dan menjaga kesihatan mata dan saluran darah.
Apa yang pasti, untuk kekal cantik dan awet muda, kena displin dan komited menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...