Dianugerahkan anak istimewa bukan membataskan pergerakan suami isteri ini, Mohd Azrul Abdul Wahid,31 dan Nur Shahira Gulam Rasul, 30 untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga kecil mereka.
Meskipun mengakui anak bongsunya itu yang diberi nama Muhammad Hamka Hanaqi atau mesra disapa Hamka memerlukan penjagaan rapi, pasangan suami isteri ini tidak membiarkan anaknya terus terperap di dalam rumah sebaliknya membawa anak syurganya itu bersiar-siar malah berkhemah.
Difahamkan pasangan suami isteri ini telah diuji dengan anak bongsunya yang mempunyai masalah tumbesaran yang kini sebenarnya telah pun berusia empat tahun sebulan, namun masih seperti bayi keadaannya.
Disebabkan masalah genetik itu menyebabkan Muhammad Hamka Hanaqi perlu menyusu menggunakan saluran tiub dan tidak dapat membesar dengan normal seperti kakaknya, Nur Hana Qarina, 5.
Terbaru, kisah Hamka mendapat perhatian warganet selepas ibunya memuat naik gambar anaknya berbaring dalam khemah di Facebook (Fb).
Menerusi perkongsian itu, Nur Shahira turut menceritakan pengalamannya dan suami membawa Hamka berkhemah tanpa sebarang masalah.
Bercerita lanjut sebagaimana memetik di myMetro, Nur Shahira, 30, yang menetap di Setiawangsa, di sini berkata, dia dan suami gemar melakukan aktiviti riadah seperti mendaki sebelum berumah tangga lagi.
“Bagaimanapun, selepas berkahwin dan dapat zuriat pertama, kami perlahankan aktiviti dan ingatkan dapat teruskan semula aktiviti selepas anak membesar.
Ads
“Belum sampai setahun, saya hamil anak kedua pula jadi memang tidak dapat jalankan aktiviti riadah memandangkan perlu beri perhatian kepada Hamka.
“Ikutkan, saya dan suami ada bawa keluar Hamka sebelum ini tetapi setakat ke taman permainan dan kolam renang saja bersama kakaknya, ” katanya lagi.
Katanya, awal bulan lalu, baru datang keberanian untuk membawa Hamka beriadah jauh sedikit daripada rumah.
“Pada awalnya setakat berkelah saja tetapi kali kedua saya dan suami cuba bermalam di dalam khemah.
“Sebagai persediaan, kami membawa keperluan serta ubat Hamka dan agak mengejutkan apabila tidak meragam sepanjang malam.
“Saya perasan ketika mendukungnya, Hamka tengok saja pokok di sekeliling dan nampak macam nak bermain dan suka walaupun dia belum boleh bercakap,” katanya.
Menurut Nur Shahira, hantaran dimuat naiknya di Fb kelmarin sekadar untuk berkongsi pengalaman membawa anak syurganya beriadah.
“Sebenarnya, tujuan saya kongsi kisah itu adalah bagi mengetahui pengalaman ibu bapa lain kerana daripada situ, mungkin saya boleh belajar sesuatu.
Ads
“Tak sangka, banyak maklum balas diterima dengan rata-ratanya memberi komen positif dan mendoakan kami sekeluarga.
“Sebak pula dibuatnya apabila baca satu persatu komen dan terima kasih diucapkan.
“Mesej saya cuba sampaikan menerusi perkongsian itu adalah ibu bapa yang ada anak istimewa juga tidak seharusnya bersedih saja sebaliknya boleh bahagia serta teruskan minat mereka cuma kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya yang merancang membawa lagi Hamka beriadah nanti.
Berkongsi perihal Hamka, Nur Shahira mengakui emosinya tidak menentu selepas bersalin kerana agak sukar menerima ujian dikurniakan anak istimewa.
Bagaimanapun, katany, sokongan keluarga dan orang sekeliling memberinya kekuatan untuk menerima ketentuan Ilahi.
“Kebetulan, ada beberapa rakan hamil sama waktu dengan saya jadi emosi agak terganggu apabila melihat mereka bersama anak ketika berpantang manakala Hamka ditahan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selama 44 hari.
“Apa yang berlaku membuatkan saya mempersoalkan takdir tetapi dapat terima ujian selepas melihat ramai lagi anak kurang bernasib baik di NICU.
“Boleh dikatakan, emosi saya turun naik dan jujurnya risau berdepan masalah kewangan jika berhenti kerja demi menjaga Hamka tetapi syukur Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus.
Ads
“Daripada situ, saya belajar untuk terima semua ujian dengan lapang dada dan jangan takut kerana Allah tidak akan uji di luar kemampuan hamba-Nya,” katanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tukar video mengenai seorang anak perempuan sedang meluahkan rasa tidak puas hati kepada bapanya.
Dia kelihatan sedang duduk di atas kerusi sambil berkata-kata dengan yakin kepada ayahnya (dalam bahasa mandarin).
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dengan nada sedih, anak perempuan ini berkata dirinya penat aoabila asyik disuruh belajar namun tidak mempunyai masa untuk bermain. Meminta supaya ibu bapanya memahami perasaannya yang memerlukan masa bermain.
Selain kata-kata luahan perasaan itu, intonasi percakapaan anak perempuan itu turut meraih perhatian wargamaya
Kata-katanya disampaikan dengan penuh yakin dan ada ‘point’ membuatkan ramai yang kagum. Ada yang mengatakan anak perempuan itu seorang yang pintar dan bakal bergelar peguam.
Malah ada yang memuji bahawa ia merupakan contoh perbualan yang baik antara ayah dan anak.
Tidak diketahui tujuan sebenar video berkenaan dirakam, namun ia menjelaskan bahawa zaman kanak-kanak adalah masa yang indah untuk dinikmati seperti bermain bersama rakan-rakan yang akan dikenang apabila dewasa nanti.
Kini telefon bagaikan ‘nyawa’ buat kita. Hilang alat komunikasi ini habis data peribadi termasuk ‘password’ bank dan maklumat penting lain. Bahkan ada yang menjadikan smartphone ini sebagai medium untuk bekerja.
Ia bagaikan ‘robot’ peribadi bergerak untuk kita. Namun selalunya akibat penggunaan ‘over load’ menyebabkan ia kerap kehabisan bateri telefon.
Namun akibat kesalahan ketika mengecas telefon mengakibatkan daya tahan bateri menjadi kurang dan mudah rosak.
Nak tahu empat kesalahan itu, ikuti lanjut perkongsian ini.
4 kesalahan ketika cas telefon
1. Guna Pengecas Sembarangan
Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ianya tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat. Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.
2. Terlalu Bergantung Pada Power Bank
Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.
Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih beri siko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.
3. Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan
Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasan ini! Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.
Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.
4. Tidak Segera Mengecas Telefon
Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya. Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.
Natijahnya, s31-se1 ma ti dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Justeru, anda disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.
Sumber: akakpesan.com via dnews
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Jahit dekat sini (bahagian pipi) lagi sakit dari jahit beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib tak kena di mata.’
Itu luahan yang dirasai isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada selepas ditumbuk sebanyak tiga kali dan perlu menerima 10 jahitan Khamis lalu.
Memetik laporan Melodi, Shuhada ditanya respon Hafidz selepas melihat dirinya sudah berlumuran darah dan adakah sudah membuat permohonan maaf selepas melakukan keganasan rumah tangga?
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Hanya Allah yang tahu.” katanya.
Shuhada juga menjawab soalan sama ada pernah kena lagi teruk selain daripada kejadian ditumbuk.
“Rasanya dia lagi tahu. Saya tak nak komen sangat, benda dah lepas. Saya harap perkara ini boleh dijadikan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, saya serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan.” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan dia sudah menyerahkan segala bukti kepada pihak polis dan menegaskan kepada pihak ketiga untuk tidak berasa takut sekiranya bukan menjadi punca berlaku pergaduhan.
“Saya sudah serah segala bukti-bukti kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Saya memang di pihak yang benar.
“Saya sudah tujuh tahun berkahwin dengan Hafidz. Saya tahu perangai dan nak handle dia. Daripada pengalaman-pengalaman lepas, apa yang berlaku, kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi kepada dia, memang saya bodoh untuk dapatkan luka macam ini.
“Orang luar di sana, korang tak kenal saya macam mana. Saya dan Hafidz masih bercakap baik. Saya juga tidak akan menjatuhkan maruah untuk pergi tarik rambut orang ketiga. Nak kata saya sengaja menyebarkan aib, selama ini pun saya tak ada media sosial.” tambahnya
Selain itu, Shuhada menekankan dia tidak akan memburukkan pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi kepada anak-anak kerana mereka memerlukan kasih sayang dari seorang ayah.
Dalam pada itu, anak kelahiran Perlis ini turut menitipkan ucapan sekiranya ditakdirkan Hafidz berkahwin dengan ‘penyondol’ iaitu Athira Yuhada.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...