Selain mendapatkan rawatan moden, tidak dinafikan kaedah tradisional sering juga dijadikan sebagai salah satu cara ikhtiar bagi menyembuhkan penyakit.
Sama ada berkesan atau tidak, hanya yang pernah mencuba dapat rasainya. Dan atas pengalaman itu juga, seorang ibu yang mana anaknya ada menghidap asma telah berkongsi petua yang diamalkan olehnya untuk merawat penyakit tersebut dan terbukti serasi.
Apakah petuanya itu, jom baca perkongsian ini.
Assalamualaikum saya nak share petua(mak saya sendiri) petua orang tua-tua kadang boleh pakai jugak tau sebab anak saya 3 orang kena asma (penat).
Bahan-bahan dia ada kat bawah saya insyallah dengan izin allah jugak kita cuma ikhtiar jew kan…
Bahan;
Telur ayam kampung (guna telur kuning dia sahaja tau)TELUR MENTAH
Madu lebah (1@2sudu teh jew sebab diakan panas sikit…kalau dewasa lebih tak apa..
Campurkan kedua-dua bahan tadi kacau sehingga sebati.. sebelum bagi minum selawat 3x berserta niat.. bagi satu biji satu hari 3 hari berturut…lepas tu stop dulu…nak buat 3 4 bulan 1kali pon dah cukup…
Alhamdulillah dengan petua nie anak-anak saya tak ada dah penat dah…insyallah..
Kanak-kanak boleh dewasa pon boleh..(untuk orang dewasa kalau boleh campur air gamat sama 1 sudu besar)
(TAKE NOTE YE TELOR KUNING BILA DIMASUKAN MADU LEBAH DIA BUKAN MENTAH LAGI YEW DIA SEAKAN-AKAN TELOR SEPARUH MASAK)
sumber : Fara Cecite via MAHN
Pakar ENT Ini Jelaskan Sebabnya, Air Garam Legakan Sakit Tekak. Rupanya Memang Mudah!
Jangan buat main bila sakit tekak. Ini petanda disebabkan ada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Kebiasaanya, jika tidak serius akan pulih dengan cepat (biasanya selepas tiga atau empat hari). Tetapi jika ada komplikasi yang serius tetapi jarang berlaku ialah demam reumatik yang memberi kesan kepada jantung dan sendi. Jika keadaan seperti ini segera berjumpa doktor untuk rawatan segera.
Namun, menurut Pakar Telinga, Hidung Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, jika mengalami sakit tekak yang tidak serius atau melakukan pencegahan, amalkan seperti berkumur dengan air suam dan air garam. Katanya ia mampu menjaga kebersihan dalam mulut serta mencegah masalah lebih serius. Ikuti pandangannya mengenai hal ini.
BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?
Ramai antara kita yang kerap mengalami masalah sakit tekak. Sama ada ibu, bapa atau anak-anak kecil. Berbagai-bagai cara dan petua yang yang diberi, tetapi amat sukar untuk dilakukan.
Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik.
Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.
Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?
Air garam dan air suam elak jangkitan serius pada tekak
Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.
Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.
Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.
Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sila SHARE dan kongsi kepada orang yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
sumber : FB drezairy
“Allah Jentik Hati Dengan Dugaannya, Tapi Dia Beri Penyelesaian Yang Tersusun Rapi Dan Kemas”. Subhanallah Sebak Baca!
Hari-hari yang dilalui oleh pasangan Encik Hyzer Habeeburrehman, 37 tahun dan Puan Sherin Mohd Yasin, 40 tahun bersama dengan 3 puteri kesayangan mereka cukup membahagiakan.
Anak sulung diberi nama Heidi Hasmine, 14, anak kedua Heizeh Jasmine, 11 tahun dan paling bongsu Heily Jasmine, 4 tahun.
Namun tanpa siapa menduga, ujian yang diterima oleh anak kecil seperti Heily ini memberi kesan cukup hebat buat keluarga ini.
“Dalam sekelip mata semua ini terjadi. Allah jentik hati kami dengan dugaannya, namun Allah juga memberi penyelesaian dan kelancaran untuk kami mengharungi detik cemas tersebut. Tersusun cukup rapi dan kemas, Subhanallah,” ujar puan Sherin di awal bicara dan turut hadir selain pihak Majalah Keluarga ketika sesi temu ramah ini adalah wakil pihak Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.
Diagnos Ketumbuhan Otak
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya.
“Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini,” ujarnya lagi dengan tenang.
Kerap Demam Serta Muntah
Rentetan daripada itu, ibu mana yang tidak risau dengan keadaan permata hati yang dilihat menyusut tahap kesihatannya. Lalu Sherin dan suami mendapatkan rawatan kesihatan dengan membawa anaknya ke hospital Avisen berhampiran.
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke Avisena memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada Sabtu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke Avisena sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Nyawa galang ganti
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeiksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Ketika itu saya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kami ini. Jika nyawa saya galang gantinya, saya rela agar anak saya tidak merasakan kesakitan tersebut.
“Begitulah andaiannya yang boleh saya gambarkan bila saya melihat keadaan Bubu. Jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkesima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan.
“Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak Hospital Pakar Avisena yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Cara Mudah Untuk Ibu-Ibu Halau Tikus, Lipas Dan Semut. Hanya Guna Kulit Telur Ayam Sahaja!.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi. Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut.
Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman.
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu