Keadaan cuaca yang tidak menentu, amat mudah untuk kita dijangkiti penyakit terutamanya demam dan batuk.
Menerusi satu posting di Facebook, Puan Norarfina Fatini, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Sha, berkongsikan satu petua menghilangkan batuk dengan buat sendiri ubat batuk homemade menggunakan bahan semulajadi.
Assalamualaikum..
.
Kat sini kaksha nak share sikit ubat batuk yang Doktor sendiri bagi resepi. Kalau batuk tak sebulan bukan kaksha la. Dah tu sampai terkencing,satu masalah bila nak solat.. ubat batuk hospital ,klinik ,farmasi memang tak jalan.
.
Last doktor bagi resepi ni , memang kaksha berurusan dengan dia sejak 18 tahun lalu. Dah tau masalah kesihatan kaksha anak-anak & family. Memang bagus Doktor ni. Ok la kat sini kaksha sharekan ubat batuk cara tradisi ..
.
Bahan-Bahan:
3 cawan air
3 batang serai diketuk
Halia biar banyak sampai rasa pedaq2
2 helai daun pandan
1 ketul gula batu @ gula kerek
7 bunga cengkih ( ini kaksha tambah )
2 btg kulit kayu manis ( ini kaksha tambah )
5 hiris lemon.( Kira setengah biji la )
.
Cara- cara
========
Rebus kesemua bahan kecuali lemon selama setengah jam.
Tuangkan air rebusan dlm tumbler dan perah hirisan lemon.
Minum ketika suam.
Jika ada balance air rebusan td blh simpan dlm peti sejuk. Nak minum panaskan balik,perah lemon.
Resepi doktor bagi ni bukan untuk hilangkan batuk saja tau. Tapi boleh juga kuruskan badan jika diamalkan hari-hari. Kulit cantik badan wangi..
Hanya bahan-bahan kat dapur ja tau..
Sihat dapat ..
Cantik dapat..
Sharelah, jika ia bermanfaat bagi sahabat-sahabat kaksha kat luaq sana. Bagi kaksha sihat itu penting cantik itu bonus. Kalau tak sihat macamana nak cantik.
.
Kredit: nurafrina Fatini
Jual Minyak Masak Terpakai Secara Sambilan, Ayah Anak Lima Ni Boleh Dapat RM3,000 Setiap Bulan!
Boleh dikatakan hari-hari kita akan menggunakan minyak masak untuk menyediakan hidangan dan umumnya kita tidak akan menggunakan minyak tersebut berulang kali demi menjaga kesihatan.
Jika dahulu lebihan minyak masak akan dibuang begitu sahaja, namun kini tahukah anda minyak masak tersebut boleh dijual dan mendatangkan sumber rezeki yang lumayan untuk diusahakan dengan serius. Selain boleh di kitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, ia juga boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.
Ini sebagaimana memetik berita di Bernama yang berkongsi kisah seorang ayah yang berkerja sebagai pekerja kilang elektronik Mohd Rosdi Abu Bakar,48, yang menetap di Butterworth dan menjalankan perniagaan minyak masak terpakai secara sambilan sejak enam bulan lepas.
“Sebelum ini saya hanya lihat kawan yang buat jual minyak masak terpakai ini. Ada yang sudah 20 tahun lakukan perkara ini.
“Saya cuba tetapi separuh masa sahaja iaitu pada setiap hari Ahad. Pada hari itu saya akan ambil minyak masak terpakai ini dari pelanggan dan beli dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Bantu Ekonomi Keluarga
Meskipun hanya dibuat secara sambilan iaitu sewaktu beliau cuti dari kerja, Mohd Rosdi tidak menyangka pendapatan yang diterima agak lumayan sehingga boleh mencapai sekitar RM3,000 setiap bulan.
Minyak masak terpakai yang dikumpulnya kira-kira setan sebulan dibeli oleh syarikat Airil Global Resources yang beroperasi di Kulim, Kedah.
Berkongsi tentang pembabitannya dalam perniagaan itu, Mohd Rosdi berkata beliau memperolehi pelanggan menerusi iklan untuk membeli minyak masak terpakai di laman Facebook.
“Ramai yang menghubungi dan bertanya memang boleh ke jual ke minyak masak terpakai ini. Tidak dinafikan ramai yang tidak tahu minyak masak yang sudah diguna ini boleh dijual semula dan ada kegunaannya.
“Saya pergi sendiri ke rumah pelanggan yang mahu menjual minyak masak mereka. Setakat ini, pelanggan saya adalah dari kalangan suri rumah, peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam, ” katanya sambil menambah, pelanggannya adalah dari seluruh Pulau Pinang, Sungai Petani dan Padang Serai, Kedah.
Menurut Mohd Rosdi yang berasal dari Terengganu, harga bagi minyak masak terpakai yang diambil dari pelanggannya adalah antara RM1.50 untuk satu kilogram hingga 49 kilogram(kg), RM1.60 bagi 50kg ke atas dan RM1.80 untuk 100kg ke atas.
Optimis dengan penjualan minyak masak terpakai yang dapat membantu ekonomi keluarganya, bapa kepada lima orang cahaya mata itu berkata, sasarannya kini adalah untuk mendapatkan 100 pelanggan tetap yang terdiri daripada kalangan peniaga.
Sasaran tersebut akan membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM9,000 sebulan dan jika tercapai, beliau berhasrat mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan berkenaan.
Kelebihan Minyak Terpakai
Terdapat banyak faktor yang membuatkan ramai tidak menyedari akan kelebihan minyak masak terpakai ini.
Antaranya, kurangnya promosi serta pendedahan yang tidak meluas kepada golongan sasaran seperti suri rumah dan peniaga kedai makan.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak, faktor harga belian minyak masak terpakai yang agak murah juga menjadikan ia tidak menarik perhatan ramai.
“Contohnya, harga belian minyak masak terpakai yang ditawarkan sekitar RM1 sekilogram mungkin kelihatan kurang menarik minat orang ramai. Selain itu, sistem sokongan serta kemudahan untuk orang awam yang berminat mengumpul dan menjual minyak masak terpakai masih belum meyakinkan.
“Ini termasuklah ketidakseragaman daripada segi operasi kitar semula yang masih lagi dilihat sebagai aktiviti bersifat kecilan dan murahan. Isu piawaian mutu biodiesel berdasarkan American Biodiesel Standard ASTM D6751 juga menjadi punca tidak ramai pemain industri yang berani menceburi bidang ini secara telus,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, apabila teknologi penukaran minyak masak terpakai menjadi semakin ringkas dan lebih ramai pengusaha terlibat dalam industri minyak masak terpakai, cabaran tersebut boleh diatasi dan kesedaran orang awam boleh dipertingkatkan lagi.
Dijadikan biodiesel
Antara manfaat utama sering didengari berhubung kegunaan minyak masak terpakai ini adalah ia boleh dijadikan biodiesel.
Menurut Mohd Yusoff, minyak masak terpakai lazimnya akan dikumpul dan ditapis melalui beberapa peringkat sebelum melalui proses kimia untuk dijadikan bahan api kenderaan atau biodiesel.
“Minyak masak terpakai bertapis akan melalui proses kimia yang dikenali dengan nama transesterifikasi yang dilaksanakan dengan bantuan pelbagai katalis (pemangkin) bersifat asid, alkali dan enzim dalam proses homogeneous atau heterogeneous (satu proses dalam fasa fizikal-kimia yang sama serta fasa fizikal-kimia yang berlainan).
“Proses penukaran minyak masak terpakai kepada biodiesel adalah proses yang rumit, memakan kos dan bahan api,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, UPM turut membuat penyelidikan dan berjaya membangunkan minyak masak sebagai biodiesel bagi kegunaan mesin dan jentera kenderaan.
Menurut Mohd Yusoff, teknologi di UPM adalah hasil kajian selama lima tahun oleh penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
“Sebagai makluman, enjin diesel tidak memerlukan pengubahsuaian bagi menggunakan biodiesel memandangkan hanya 10 peratus biodiesel diperlukan untuk dicampurkan dengan 90 peratus diesel (B10) sebelum digunakan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh menjual minyak masak terpakai ke loji pepandu di Kampus UPM Serdang pada harga RM1 sekilogram.
“Secara amnya, 100 liter minyak masak terpakai boleh menghasilkan 90 liter biodisel dan 10 liter gliserol dan prosesnya memakan masa selama enam jam,” jelasnya.
Program Trash to Cash
Dalam memupuk kesedaran, peranan dan kerjasama semua pihak penting bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti sinki dapur dan longkang.
Tindakan ini akan hanya yang menyumbang kepada masalah sinki dapur tersumbat sekaligus turut menjadi punca kepada sistem pembentungan tersumbat.
Justeru sebuah syarikat yang membeli minyak masak terpakai iaitu syarikat NKH Bio Solution, milik bumiputera yang berpejabat di Bangi, Selangor, turut memainkan peranan dalam usaha menyedarkan masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama beberapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman di negeri Selangor menerusi program Trash To Cash.
Eksekutif Jualan syarikat itu Rozaimi Salleh memberitahu Bernama, program Trash To Cash anjuran JMB Residensi Puchongmas membolehkan penduduk di situ menjual terus minyak masak terpakai mereka kepada syarikatnya secara langsung.
“Bagi program Trash To Cash, kami tetapkan satu tarikh sesuai dan akan datang mengambil minyak masak terpakai dari penduduk. Harga untuk sekilogram minyak masak terpakai adalah RM2.50 dan kita bayar terus kepada penduduk. Jadi penduduk dapat menjana pendapatan selain dapat melahirkan penduduk yang hidup dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya
Menurut Rozaimi, hasil kutipan minyak masak terpakai akan dijual kepada pihak kontraktor bertauliah.
Beliau menambah, syarikat itu dapat mengutip minyak masak terpakai kira-kira 140 tan sebulan, meliputi kutipan dari Selangor, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang serta Johor.
Kesemua minyak berkenaan akan diproses untuk menjadi biodiesel serta dieksport ke negara Eropah, antaranya United Kingdom dan Perancis.
Menyentuh tentang kesedaran, Rozaimi berkata kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan minyak masak yang selamat banyak bergantung kepada tahap kefahaman individu akan penggunaan minyak masak yang betul oleh setiap isi rumah.
“Boleh dikatakan kesedaran warga kota lebih tinggi mungkin disebabkan lebih terdedah dengan kempen kesedaran penggunaan minyak masak yang selamat dan kesedaran amalan kitar semula minyak masak terpakai untuk biodiesel.
“Namun kesedaran peniaga berkaitan tahap penggunaan minyak masak yang selamat adalah amat rendah sama ada di bandar atau di kawasan luar bandar. Ini membahayakan pembeli yang membeli makanan yang menggunakan minyak masak melebihi had sepatutnya.
“Maka kempen kesedaran dalam kalangan peniaga perlu dilaksanakan untuk menjamin kesihatan awam yang lebih baik,” katanya.
Sumber : Bernama
ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Acik Doakan Kau Terus Dapat Kembar 3.” 5 Tahun Raya Berdua & Tahun Kenam Raya Berlima, Perkongsian Ibu Ini Cukup Menyentuh Hati!
Cabaran dalam hidup berumah tangga bukan sahaja pada kewangan semata-mata. Soal anak juga boleh menyebabkan pasangan suami isteri bertekak yang akhirnya mengundang kehancuran.
Suami isteri mana yang tidak mahu memiliki anak kan. Melihat pasangan lain bahagia dan gembira tatkala menimang cahaya mata, hati seolah-olah dipalu pilu. Lama menanti, puas berusaha namun yang dinanti tak kunjung tiba.
Air mata mengiringi doa yang diungkapkan setiap kali dahi menyentuh sejadah. Percaturan Yang Maha Esa tiada siapa yang mampu menduga. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu.
Bagi pasangan RaiHana Kadir dan pasangannya, MUhammad Hafiz, mereka sentiasa positif, tidak pernah putus asa dan akhirnya apa yang dipohon, dimakbulkan Allah SWT.
#cabaranrayabersama
5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah.. semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini.
Itu antara ungkapan yang dimuat naik Raihana menerusi laman facebooknya. Menurut Raihana, anak kembar tiganya diperoleh menerusi rawatan IUI.
Selepas mencuba sebanyak tiga kali barulah berjaya dan terus mendapat kembar tiga,” ujar Raihana yang sebelum itu amalkan pengambilan satu produk untuk betulkn kitaran periodnya.
Ada makcik doakan semasa di Mekah
“Saya tak pernah doa untuk dapat anak kembar, lagi2 kembar 3.. setakat teruja dengan orang lain yang ada anak kembar tu ada la.
Tapi saya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar 3 masa saya berada di Mekah menunaikan ibadah haji 2 tahun lepas.. bila saya dapat tahu saya mengandung kembar 3, tibe2 saya teringat makcik yang mendoakan saya tu, muka tak ingat tapi kata2 nya saya ingat sampai sekarang.
“Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik2 di sebelah saya menegur saya.. mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam2 lagi.. mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji.. alhamdulillah rezeki saya dan suami.. dan soalan famous selalu saya dapat adalah ‘anak dah berapa?’
“Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab ‘belum lagi cik, acik doakan saya ye’ jawapan yang selalu saya repeat bila dapat soalan serupa itu..
Terus salah seorang makcik disitu menjawab ‘acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3’. Terkedu kejap ‘ala cik, jangan la 3’ dalam hati saya boleh ke pregnant 3 orang.
‘Acik doakan kau ni’
‘Hihi ok cik.. aamiin..’
Lepas kejadian tu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa. Dan alhamdulillah doa acik tersebut dimakbulkan oleh Allah..
11/10/2018, LPPKN KL
selepas checkup dengan doc dan mendapat tahu saya pregnant 3 orang, saya suami isteri termenung, tersenyum, teruja dan semua ada.. saya tanya suami ‘bang, ok ke 3?’
Suami jawab ‘abang ok je, alhamdulillah rezeki’
‘Bang, nak tau tak masa kita pergi haji dulu, ada makcik ni doakan ayang pregnant kembar 3 bila balik malaysia ‘
‘Yeke?’ Terkejut dengan penyataan saya..
‘Aah..’
Ya Allah semua itu rezeki dari Kau.. Kau yang mengizinkan semuanya.. aku hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.. alhamdulillah lahirlah ketiga2 mereka dengan sihat.. semoga anak2 ini terus sihat dan menjadi pejuang2 islam akan datang.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi pengalaman selama ini dalam memberi semangat kepada semua wanita di luar sana yang masih belum memiliki cahaya mata biarpun sudah lama berkahwin mahupun baru.
“Semoga kalian juga direzekikan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. aamiin.. teruskan berdoa dan mohonlah orang sekeliling mendoakan kita jua.. semoga Allah permudahkan urusan kalian.. aamiin..
“Bukan sekadar yang berTTC, tetapi juga untuk semua yang tertanya2 bilakah rezekinya akan sampai.. Tukarkan situasi saya kepada situasi anda semua berkenaan rezeki. Kita akan down jika kita menunggu rezeki yang kita idam-idamkan tak muncul2, kita akan rasa kecewa jika benda yang kita nak tak dapat2.
“Macam dalam situasi berTTC, kita akan rasa down tiap kali kita datang period @ tiap kali kita test upt, upt selalu negatif.. (salahkan upt pulak ?) Siapa selalu rasa perasaan tu? Bagi saya, itu pengalaman biasa ?
Tipulah kalau saya kata saya tak pernah lalui. Dulu mula2 kawen, boleh dikatakan hari2 nangis (ni bila tau ada kenalan pregnant @ dorang up kat media sosial ?)
tiap2 hujung minggu nangis (biasa bila balik kg ?)
tiap hujung bulan nangis (ni bila period datang @ upt negatif ?)
bila teringat balik, macam rasa childish pun ada.. ?
sampai husband pun dah tak tahu nak cakap apa.
‘Dah la tu yang, abang dah tak tahu nak cakap apa dah’
Haha.. yela.. asik nangis je, mana taknya suami yang tension.
Tapi bila dah lama2, dah lebih setahun, saya dah kurang menangis.. macam dah boleh terima keadaan.. tapi… masih belum redha sepenuhnya.. kalau siapa yang baca posting saya semalam, perlu redha dengan IKHLAS, bukan redha tapi dalam hati sedih dan sumpah seranah..?
Dulu.. kalau ada kenduri, rasa malas nak pergi sebab tak nak dapat soalan cepumas ‘bila nak ada isi?, ‘belum mengandung lagi?, ‘eh, kan dah lama kawen, belum ada anak lagi?‘ Kadang nak menjerit je.. jawapan die pun kite tak tau, macam mana kita nak jawap soalan orang yang tanya tu kan.. em kadang tiba masanya waktu balik kg pun, kita rasa tak nak balik je sebab tak nak tengok isteri2 yang perutnya membesar bawa baby dalam tu.. sayu rasa hati .
Agak lama saya berperasaan begitu, tetapi bila saya betul2 redha dengan takdir saya, saya ubah mindset saya, bila ada kenduri, saya pergi.. balik kg pun, dah tak rasa apa2.. saya bina silaturrahim bersama keluarga dan kenalan. Bila orang tanya, saya akan jawap dengan tenang , ‘belum lagi, doakan saya ya’ (sambil tersenyum), bila kita jawap macam tu, confirm orang yang tanya tu akan jawap, ‘Insha allah ada rezeki anak lepas ni’..
apa yang kita perlukan adalah doa orang sekeliling sebab kita tak tahu doa siapa yang termakbul.. so, kenapa kita nak jauhkan diri dari orang sekeliling sedangkan dia boleh mendoakan kita.. saya mohon siapa yang berTTC jadikan rutin minta orang sekeliling doakan kita.. biar ramai yang doakan kita, insha allah segalanya dipermudah..?
Kepada yang selalu menanya soalan cepumas tu, tapis2 lah bila nak menyoal tu, kami juga ada perasan, kami juga inginkan anak tetapi dalam masa yang sama kami tak tahu bila rezekinya. Dalam masa yang sama, saya sentiasa positif walaupun kadang-kadang kecundang juga. Kalau sedih, saya akan pujuk hati untuk terima dan redha dengan ketentuan Allah.
“Pada wanita di luar sana, bersabarlah dengan ujian ini.. cari punca masalah dan carilah penyelesaiannya. Kalau dah lama kawen tapi belum ada rezeki, jumpalah doktor untuk ketahui apa punca lambat mengandung.
Sentiasa support isteri bila isteri tertekan lagi2 jika isteri stress dengan masalah ini. Suami pula kenalah pandai pujuk isteri supaya selalu happy dan tak fikirkn masalah yang ada,”ujar Raihana lagi.
Maaf jika posting kali ini ada yang terasa dengan setiap kata2 saya.. sesungguhnya ia adalah pengalaman dan perasaan dari hati saya sendiri.
Pengalaman dari,
Ibu kepada @rh_triplet
Buat Sendiri Serbuk Kunyit Homemade, Cukup Mudah, Hasilnya Lebih Wangi & Bebas Bahan Pengawet
Ada yang teringin nak buat sendiri serbuk kunyit? Mudah jer caranya. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh uez Tiez.
Selain lebih wangi dan bebas bahan pewarna dan pengawet, serbuk kunyit homemade juga lebih bersih dan original.
Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan share di sini cuba buat serbuk kunyit sendiri. Ini lah hasilnya. Dapat la 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyi yang tak seberapa banyak tu.
Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal. Tak sabar na guna untuk masak harini. Cara2 buat serbuk kunyit ada saya letak pada gambar. Kawan2 boleh rujuk situ.
Masa lockdown dan pkp ni elok lah bawa keluarga dan anak2 join sekali proses serbuk kunyit ni. Dapat la mereka belajar sesuatu. I promise you it will be their best memories 😊
Edited by 28/6/2021 (ramai tak perasan caption di bawah gambar ada cara2 prosesnya jadi saya taip di sini)
CARA2 BUAT SERBUK KUNYIT:
– Cuci sebersih2nya kunyit tu guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.
– Potong nipis2 dan jemur/kering kan (saya ambil masa 2 hari saja untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang). Na cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Ada kwn2 kata boleh. Saya lebih suka cara semulajadi. 😊
– Selepas kunyit betol2 kering gunakan pengisar utk bahan2 kering dan blanderkan kunyit tu sampai halus. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang berkali2 proses2 ni sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.
Kalau boleh kisar dan ayak berulang2 kali untuk dapatkan hasil yang lebih halus.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.