Pelbagai jajan yang dijual dipasaran menyebabkan sesetengah ibu bapa rungsing kerana anak-anak cukup menggemarinya. Jajan sebegini mengandungi banyak bahan oerasa yang tidak baik untuk kesihatan anak-anak.
jadi sebagai ibu bapa kena alert makanan yang macam mana menjadi pilihan anak-anak. Justeru, ibu-ibu kenalah kreatif sikit.
Sekali pandang, jajan ini seperti kuih gunting. Teksturnya rangup dan sesuai dijadikan finger food. Yang penting tak keras, barulah baby boleh makan dengan mudah. Ibu-ibu pun tak perlu risau anak tercekik.
Jom kita cuba resepi snek bayi sihat tanpa garam, gula atau bahan perasa MSG oleh puan Nur Adiba Amira yang dikongsikan menerusi Facebook beliau.
Keropok sihat utk anak, bebas Segala bahan perasa yg x bagus utk kesihatan anak, xperlu risau, anak bebas utk makan jajan homemade ni, sambil berangan tgk View luar ka, ank sy ni kuat berangan betul😂
Step by step ada Di setiap gambar, Scroll dari gambar Terakhir dahulu utk step pertama…
5. Sediakan kuali dan panaskan atas api.
6. Goreng dalam minyak banyak (deep fry).
7.Mula-mula guna api besar, bila dah nampak gelembung tu bolehlah kecilkan api.
8.Angkat bila dah keperangan.
Toskan dan tunggu sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.