Ibu Ni Koma Selepas Jantung Terhenti Ketika Lahirkan Anak Ketiga.

Share

Seorang ibu rela mempertaruhkan nyawanya hanya untuk kehidupan si anak. Ketika melahirkan, pelbagai komplikasi boleh terjadi sama ada menerusi kelahiran normal mahupun pembedahan. Bolehlah diibaratkan nyawa seorang ibu dihujung tanduk, setiap detik dan saat yang dilalui ketika bersalin dalam keadaan bahaya dan serba sulit demi kelahiran zuriat yang tercinta. Nyata cukup besar pengorbanan wanita bergelar ibu.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Berkongsi kisah duka daripada seorang suami dan bapa kepada tiga anak, berkata isterinya, Nurul Azhani Abu Hassan @ Hussain, 35, yang juga guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) memerlukan penjagaan rapi dan perlu diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam dan membuang kahak secara kerap.

“Keadaan ini terjadi selepas melahirkan anak kami secara pembedahan, isteri saya pengsan dan koma hingga kini, menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja demi menjaganya dan anak-anak sepenuh masa,” kata Muhammad Shazuan Md Saad, 36.

Beliau berkata sebagaimana memetik kenyataan di Berita Harian, setiap pagi menjadi rutin harian dia menguruskan anak-anak berusia 11, sembilan termasuk anak bongsu mereka yang berusia tiga bulan yang dinamakan Muhammad Zakuan Adha.

Pengsan & Jantung Terhenti 30 Minit

“Selepas lahirkan anak menerusi pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, isteri saya pengsan dan jantungnya terhenti selama setengah jam sebelum disahkan koma oleh doktor, dia langsung tidak dapat melihat atau mendukung anak yang dilahirkan.

Katanya, saudara mara serta jiran banyak membantu meringankan kerja-kerja menguruskan anak-anak termasuk mereka sudi menjaga Muhammad Zakuan Adha secara bergilir-gilir.

“Kakak kepada isteri saya banyak membantu saya sekeluarga selepas isteri saya koma, selain itu jiran saya yang dikenali sebagai Mak Lang Jah bersama anaknya turut membantu menjaga anak saya.

“Saya masih menumpang tinggal di rumah mentua saya, ibu mentua saya Maimunah Ahmad, 75, tidak dapat berjalan kerana masalah saraf, saya dan isteri yang menjaganya sebelum ini,” katanya.

Wan berkata, isterinya perlu minum susu khas yang berharga RM50 untuk satu tin dan menggunakan lampin pakai buang.

Katanya, elaun sebagai siak sebanyak RM700 sebulan, digunakan untuk persekolahan anak-anak dan membeli susu serta lampin pakai buang untuk anak bongsunya.

Manakala katanya, wang untuk membeli tiub, ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang adalah hasil sumbangan saudara mara dan kenalan.

“Pihak hospital ada bekalkan kira-kira 60 tin susu cukup untuk keperluan dua bulan isteri saya, selepas ini saya perlu beli sendiri, setiap hari sebanyak satu tin susu perlu diberikan kepada isteri saya, ini bermakna untuk susu sahaja saya perlu ada RM1500 sebulan belum termasuk lampin pakai buang sebanyak RM200 sebulan.

“Saya juga perlu menyewa ambulans setiap kali isteri saya ada janji temu dengan doktor di hospital, seperti bulan lepas saya perlu bayar sewa ambulan sebanyak RM400 untuk bawa isteri saya ke HSAH, Sungai Petani, tidak lama lagi ke Hospital Sik dan bulan November ke HSAH semula,” katanya.

Jika Sedar Akan Hilang Ingatan

Wan berkata, dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membina rumah baharu mereka ketika ini kerana hilang sumber pendapatan selain perlu menjaga anak-anak dan isteri.

“Doktor kata sekiranya isteri saya mampu sedar kembali, dia mungkin akan hilang ingatan dan tidak mengenali kami, bagaimanapun saya serahkan semuanya kepada Allah, saya hanya mampu berdoa,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Muhammad Shazuan, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0193523308 atau menerusi akaun nombor BSN (0211541000051668).

Sumber : Kosmo & Berita Harian

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club