Ibu Ni Kembali Slim Bila Dapat Turunkan 8kg. Mudah Je Caranya, Tapi Semangat Kena Kental!

Share

Pernah mencapai hingga 65kg berat badannya, membuatkan wanita ini tekad untuk berbuat sesuatu agar kembali langsing. Jujur dikatakan, bagi seorang wanita yang telah mempunyai beberapa orang anak, bukan mudah untuk mendapatkan kembali berat badan seperti anak dara. Jadi andai dapat diturunkan beberapa kg sekali pun, sudah memberi rasa kepuasan dan semangat untuk terus berusaha mendapatkan berat badan ideal.

Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian ibu ini yang berjaya menurunkan 8kg agar turut menyuntuk inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana untuk turut sama mengambil langkah mengawal berat badan.


Meh nadia bagi tips turunkan berat. Ni cara saya. Jadi siapa nak cuba boleh. Tak mau cuba jangan bunyi banyak. Untuk siapa yang belum berjaya kuruskan badan wajib cuba. Tapi kena BETUL – BETUL nak buat tau.

Nak slim kena ada usaha. Kalau dah suka dengan bentuk badan sekarang tak perlu jaga makan tau.Nak kurus kena ada tindakan. Macam haritu memang nadia nekad betul. Tapi kurangkan benda manis ni memang bagus la. Untuk kesihatan jugak bila dah kurus ni. Cantik dapat, sihat pun ye jugak.

Biasa korang keluar makan minum air manis dan beraiskan? Nadia cut terus! Kat luar minum air suam je ok. Kat rumah memang la minum air suam. ( Ada la cheat day tapi memang jarang )

Tips kurus

1. Cut terus air manis.

Banyakkan minum air suam. Kat kedai minum air suam. Meja lain minum air manis pelbagai rasa. Meja kitaorang paling sihat ?

2. Kurangkan nasi.

Lebihkan lauk dan sayur. Jangan tambah nasi.

3. Tak payah makan kek, coklat dan lain – lain buat sementara waktu ( dah la kek dan choc memang benda fav )

Ada jugak nadia makan tapi sila la kurangkan. Macam dulu kerap makan. Asal pergi 7e ambil coklat. Bila anak dan suami shopping kat 7e, nadia tak ambil apa- apa.

4. Lepas tu beli la penimbang. Sentiasa timbang. Awak akan bersemangat nak turunkan berat lagi bila angka tu mengecil.

5. Sila konsisten. Nadia bukan turun dalam masa sebulan tau. Berbulan ni baru 8kg. Dia kena ada usaha berterusan sampai nampak hasil. Lama lama banyak la berat tu turun.

6. Jaga makan je memang boleh kurus. Tanpa pil kurus. Nadia memang tak ambil pil kurus ye!

7. Ada yang tanya ada exercise tak? Tak beria pun. Takda kelas zumba dll. Jalan jalan kat tempat jogging je. Tu pun jarang sangat. Sebab batasan anak kecik. Jalan pun dukung dia.

Jadi marilah kita sihat dan slim. Jangan biarkan badan membesar tau.

sumber : Nadia Mustaffa