Merialisasikan bilik impian anak sering menjadi antara agenda ibu ayah untuk memastikan anak-anak selesa dan seronok berada di dalam bilik mereka.
Ini sebagai mana yang dilakukan oleh ibu ini, menjelmakan sebuah bilik impian anaknya dengan konsep 3 in 1, bilik tidur, bilik bermainan dan juga bilik belajar.
Menariknya lagi, semua itu dilakukan secara DIY bersama suaminya. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
D.I.Y paling mencabar! Play room + Study room + Bed room.
Ramai yang minta wanie upload gambar penuh DIY ni. Wanie mengambil masa seminggu untuk siapkan bilik ini. Bilik agak kecil dengan keluasan bilik hanya 8 kaki x 9 kaki.
Barang-barang utama yang wanie gunakan adalah papan, kayu dan paku. Kerja-kerja membina, menukang, mencantum siap dalam 2 hari sahaja. Kerja-kerja mendeko yang agak lama sebab berperang dengan husband punya idea..haha.
Ads
Safety.
Perkara paling penting membuat play room ini adalah keselamatan anak-anak bila bermain. Wanie kalau boleh taknak ada benda tajam, keras ataupun benda yang boleh mendatangkan kecederaan.
Lantai.
Wanie gunakan foam mat bagi mengurangkan risiko kecederaan jika terjatuh. Gelongsor pula, wanie letak getah paip di pemegangnya. Di bawah gelongsor, wanie letak beanbag dan foam mat juga. Pemijak tangga juga wanie tampalkan foam mat untuk keselesaaan masa memanjat.
Play room.
Ketinggian dari lantai ke lantai play room 1.4 meter sahaja. Ketinggian dalam play room juga 1.4 meter. Kalau buat tinggi sangat, wanie pula yang masuk main dalam tu.. haha. Dalam playroom pula , mula-mula nak biarkan kosong sahaja. Tapi si anak request nak kitchen set pula. Survey survey harga kitchen set tu bole tahan yahudi harganya..haha. So, nak jimat punya pasal, buat la pakai kotak dan plywood . Janji dia bole memasak sudahlah.
Ads
Bed room.
Cadangnya taknak buat tapi fikir anak ada 3 orang, bilik pula ada 3 je, so letak lah satu tilam kat situ dengan almari baju pun ada sekali. So, penat-penat main dia terus tidur.
Ads
Study room
Wanie dapat idea untuk invisible kan meja. Di hujung tilam yang ada tulis ‘good night’ tu, meja sebenarnya. Bila nak study, boleh turunkan. Bila nak tido, lipat semula ke atas. Sebelahnya wanie letak rak untuk susun buku-buku sekolah.
Toys storage.
Memandangkan bilik tu kecil, wanie minimumkan barang-barang. Wanie cari storage yang kecil sahaja. Lagi besar storage, lagi banyak la mainan, lagi bersepah la bilik, lagi kuat la suara wanie menjerit. Haha.
Budget.
Anggaran semua sekali wanie tak dapat nak kongsikan sebab banyak guna barang-barang yang sedia ada di rumah. Rasanya anggaran kasar dalam rm 400++ kot. Material deko bilik yang agak banyak beli.
Bagi yang sukakan aktiviti berkebun, mencuba untuk menanam apa sahaja di rumah tentunya menjanjikan satu kepuasan berganda.
Ilham menanam kangkung yang sifatnya menjalar di balkoni rumah mungkin tidak terfikirkan oleh kita.
Ibarat satu cabaran paling mudah, tanaman yang dirasakan sukar untuk ditanam ini sebenarnya cukup mudah untuk hidup subur. Tanam di balkoni rumah pun mampu hidup segar dan bugar.
Ini cara yang dikongsikan oleh Baja AB Plus Premium. Paling menarik tak perlukan kos hebat pun, hanya guna penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.
2. Sediakan penapis yang sama saiznya dengan besen di bahagian bawah.
3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh).
5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. Pastikan paras air kena pada akar pokok.
6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
7. Pokok kangkung sudah boleh dituai apabila memasuki minggu ke 3 dan 4.
Selamat mencuba!
Sumber – Baja AB Pus Premium
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cikgu bukan Islam ajar tulisan Jawi buat ramai warga maya kagum. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Cikgu Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
Buat Ramai Warga Maya Kagum
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Setiap orang pastikan mengimpikan untuk kekal bersama pasangan hidup hingga hujung nyawa. Sama juga buat pasangan penyanyi dan penyampai radio, Mawi dan isteri, Nora’ Asikin Rahmat.
Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tips keharmonian dalam rumah tangganya bersama isteri tercinta.
Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.
“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.
Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Nora’ Asikin atau Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...