Ibu Ni Cipta Nasi Cupcake Bila Anaknya Tak Ada Selera Makan. Yang Lain Pun Boleh Cuba!

Share

Anak demam memang seleranya tiada. Tapi sebagai ibu bimbang juga kita kalau seharian anak tidak mahu makan.

Cuba ikut apa yang ibu ini sediakan untuk anaknya yang kurang sihat agar kembali berselera untuk menjamah nasi.

Dia cipta menu Nasi Cupcake dan telah dikongsikan di akaun fbnya. Jado jom kita ketahui cara penyediaan menu istimewa ini.


Assalamualaikum semua…
Disebabkn ramai yg wasap sy mnx sy sediakn resepi mknan baru untuk anak,dan memandangkn Adam pon tak nak mkn nasi arini,kurang selera makan sebab batuk n selsema,so ibu sediakn mknan baru untuk Adam..

Yg dok wasap sedih2 tu,dah! Jgn nk sedih sgt ok.. nah resepi baru! Mudah,ringkas tapi sedap!

Hehehe…nie sy sediakn sekali resepi untuk baby bawah 1thn..mak2 semua boleh buat untuk baby ye..ok jom kome try buat..

Nasi cupcake

Bahan-bahan:
Nasi putih
butter
serbuk lada sulah
isi ikan/ayam (yg dah siap digoreng/kukus)
susu kotak
1biji telur
cheddar cheese
sdikit garam

Cara-cara;
1. Gaul nasi putih dgn butter dan isi ikan/ayam.

2. Pukul telur dan campur dalam susu,kacau sebati.

3. Masukkan nasi yg dah digaul td kedalam cup,tuang pula susu yg dah dicampur telur td,kemudian tabur cheese parut.

4. Panaskan oven 160°c 10min. Dan bakar selama 20min..

5. Siap

Untuk baby:-
Bahan-bahan;
nasi putih
unsalted butter
serbuk lada sulah
isi ikan/ayam (yg sudah digoreng/kukus)
fresh milk
1biji telur
cheese block (bega)
sedikit serbuk bilis ( pengganti garam)

Cara2 boleh rujuk kt atas.. 🙂

sumber :Bella Nabila