Menyediakan menu nugget yang dibuat sendiri pastinya tidak timbul lagi rasa was-was tentang khasiat makanan itu. Malah kita juga menjadikan menu nugget ini lebih berkhasiat bilamana turut mencampurkan pelbagai pilihan sayur-sayuran di dalam ramuan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Wan Murni, menurutnya bila dia menyediakan sendiri nugget tersebut boleh dijadikan salah satu trik untuk pastikan anak-anaknya makan sayur. Ini memandangkan ramuan nugget yang dihasilkan akan dicampurkan bersama beberapa sayur-sayuran terpilih.
Mungkin cara ini juga boleh kita praktikkan untuk anak-anak kita pula. Untuk itu, jom ketahui resipi untuk menghasilkan nugget yang enak ini. Jom semak.
“Nugget homemade untuk anak 4 orang…Tak dok la bazir bahagian dada ayam tu..anak-anak biasa nak bahagian peha jer..jadi mok buat laa sesuatu ditamboh dengan sayur-sayur..deme memang dok makan mane sayo. Jadi belend sekali isi ayam,deme dok tahu laa..”
Wan MurniResepi:(ikut suke jer)
Isi ayam
1 biji lobok merah(carrot)
2 biji ubi ketang
1 biji telur (kalu tak bergerak dikisar, masukkan lagi satu biji)
Daun sup(penambahh rasa)
Garam
Lepas belend, tambah tepung ubi kayu 2 sudu besar. Lepas itu kukus selama 25 minit
2)bhn salut
Telor
Serbuk roti
Lepas salut, goreng dan siap.
sumber : Wan Murni via MAHN