“Jantung macam nak luruh,” itulah reaksi Farisha Amirah Zainal sejurus dimaklumkan oleh pengasuh bahawa bayinya berusia 9 bulan dilarikan sekumpulan penjenayah sekitar jam 5.30 petang kelmarin.
Rentetan masih trauma wanita berusia 24 tahun itu nekad berhenti kerja demi menjaga anaknya, Noor Raisya Mohamad Rahimi secara sepenuh masa dan serik bagi orang lain untuk jaganya selepas ini.
Imbas kembali detik kejadian, pengasuh yang juga jirannya maklumkan bahawa cucunya sendiri disyaki telah melarikan Noor Raisya. Susulan itu Farisha dan suaminya berurusan dengan pihak polis sehingga jam 9 malam, sebelum dia pulang ke rumah untuk solat agar diberi petunjuk.
Meskipun anak mereka belum lagi ditemui, namun nalurinya sebagai ibu tetap mengatakan bayi itu akan pulang ke pangkuannya dengan selamat.
Lebih sejam kemudian akhirnya mereka dapat panggilan, bahawa Noor Raisya telah ditemui dalam sebuah van yang dipercayai sedang menghala ke sempadan Thailand melalui jalan negeri Pantai Timur.
Farisha menyifatkan insiden itu sebagai mimpi buruk, kerana anak mereka mungkin dijual kepada sindiket jika lambat dikesan pihak polis. Difahamkan seramai 5 individu terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Apa yang paling mengejutkan, cucu pengasuh yang melarikan bayi Farisha tersebut hanya berusia 14 tahun. Suspek dikatakan sempat mandikan Noor Raisya, sebelum dibawa lari sehelai sepinggang ketika neneknya tengah menunaikan solat Asar. Bahkan tidak jauh dari kawasan rumah mereka, sebuah van putih telah standby untuk ‘menjemput’ remaja terbabit.
Kredit : FB & IG Farisha Amirah & Malaysia Gazette
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini