“Jantung macam nak luruh,” itulah reaksi Farisha Amirah Zainal sejurus dimaklumkan oleh pengasuh bahawa bayinya berusia 9 bulan dilarikan sekumpulan penjenayah sekitar jam 5.30 petang kelmarin.
Rentetan masih trauma wanita berusia 24 tahun itu nekad berhenti kerja demi menjaga anaknya, Noor Raisya Mohamad Rahimi secara sepenuh masa dan serik bagi orang lain untuk jaganya selepas ini.
Imbas kembali detik kejadian, pengasuh yang juga jirannya maklumkan bahawa cucunya sendiri disyaki telah melarikan Noor Raisya. Susulan itu Farisha dan suaminya berurusan dengan pihak polis sehingga jam 9 malam, sebelum dia pulang ke rumah untuk solat agar diberi petunjuk.
Meskipun anak mereka belum lagi ditemui, namun nalurinya sebagai ibu tetap mengatakan bayi itu akan pulang ke pangkuannya dengan selamat.
Ads
Lebih sejam kemudian akhirnya mereka dapat panggilan, bahawa Noor Raisya telah ditemui dalam sebuah van yang dipercayai sedang menghala ke sempadan Thailand melalui jalan negeri Pantai Timur.
Farisha menyifatkan insiden itu sebagai mimpi buruk, kerana anak mereka mungkin dijual kepada sindiket jika lambat dikesan pihak polis. Difahamkan seramai 5 individu terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Apa yang paling mengejutkan, cucu pengasuh yang melarikan bayi Farisha tersebut hanya berusia 14 tahun. Suspek dikatakan sempat mandikan Noor Raisya, sebelum dibawa lari sehelai sepinggang ketika neneknya tengah menunaikan solat Asar. Bahkan tidak jauh dari kawasan rumah mereka, sebuah van putih telah standby untuk ‘menjemput’ remaja terbabit.
Ads
Kredit : FB & IG Farisha Amirah & Malaysia Gazette
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yg buat dari dia baby sampailah anak tu besar…kita yg jadi suami, terus serah bulat2 tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing tu atas bahu isteri…
“Tgok anak jadi mcm tu sbb cara awk salah dlm membesarkan dia…”
Isteri salah sbb anak nakal…isteri salah sbb anak hyper…isteri salah sbb anak kurang pandai…isteri salah sbb anak out of control…
Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?
Bukan bila dia dah besar, bru kita nak marah2 dia…bukan bila dia dah besar, bru kita nak tangan2kan dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia…
PERANAN AYAH
Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan…
Dari situ kita dah kena bersama2 isteri utk membesarkan dan menguruskan anak…
Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah2…suruh ajar anak keje sekolah, kita kata sibuk…suruh main dgn anak, suruh layan anak, buat la sejam…pastu xtahan, xnak dah, xbleh dah, terus pass kat isteri…
Ya, kita sibuk cari rezeki…ya, kita kluar bekerja…ya, kita balik rumah dah mlm…ya, kita letih dan penat…
Tapi itu anak kita dan kita perlu utk mendidik dan membimbingnya…ianya lebih dr sekadar menyediakan kewangan dan keperluan utk anak tersebut…suami perlu bersama isteri dlm soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…
Jadi suami ni, jgn hanya tahu utk buat anak, tahulah sekali utk menjaga dan menguruskan anak…
Lain orang lain bentuk rezekinya, termasuklah dalam memiliki zuriat. Ada orang, dilimpahkan rezeki dengan anak yang ramai, malah ada juga diberi ujian tidak peroleh zuriat hingga ke hari ini.
Yang ada ramai anak, akan ada satu tahap mereka akan merancang kembali untuk ‘berehat’ sementara atau hadkan jumlah anak, malah bagi yang belum ada rezeki pasti akan mengambil pelbagai cara untuk mendapatkan cahaya mata. Jom dengar jawapan dari Ustaz Azhar Idrus tentang hal ini!
RANCANG KELUARGA & KEHENDAK ALLAH
SOALAN :
Jika pasangan suami isteri mengamalkan perancang keluarga adakah berkemungkinan mereka mendapat zuriat?
JAWAPAN :
Sungguhnya diantara hikmah berkahwin itu adalah mendapatkan zuriat. Oleh kerana itu makruh hukumnya merancang keluarga.
Tempat makruh merancang keluarga itu apabila adalah ia menggunakan qaedah yang diharuskan syarak.
Ada pun jika menggunakan qaedah yang dilarang syarak seperti memudaratkan nyawa dan kesihatan maka hukumnya adalah haram.
Pasangan yang mengamalkan perancang keluarga hendaklah bertawakkal kepada Allah dan meyakini bahawa tidak akan berlaku suatu perkara dan tidak boleh dihalang suatu perkara melainkan dengan izin dan kehendak Allah.
Mendapat zuriat bagi pasangan yang merancang keluarga adalah harus jika Allah berkehendak.
Artinya : Sungguhnya seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Sungguhnya aku mempunyai seorang hamba perempuan yang berkhidmat bagi kami dan dan menjaga tanaman kami. Dan adalah aku menidurinya dan aku tidak suka kalau dia hamil. Maka bersabda Rasulullah : Hendaklah engkau ‘azal daripadanya jika kamu menghendaki. Maka sesungguhnya Allah akan menjadikan bagi hamba perempuan itu apa yang telah ditakdirkan baginya. Kemudian daripada itu datang semula lelaki itu akan Rasulullah dan berkata : Sungguhnya hamba perempuanku itu telah hamil. Maka Rasulullah bersabda : Sungguhnya aku telah beritahu akan kamu bahawasanya Allah akan menjadikan apa yang telah ditakdirkan baginya.” (Hadith Muslim)
Berkata Imam Nawawi :
قوله صلى الله عليه وسلم للذي أخبره بأن له جارية يعزل عنها (إن شئت ثم أخبره أنها حبلت) إلى آخره فيه دلالة على إلحاق النسب مع العزل لأن الماء قد سبق وفيه أنه إذا اعترف بوطء أمته صارت فراشا له وتلحقه أولادها
Artinya : “Sabdanya pada hadith lelaki yang melakukan azal dengan hamba perempuan dimana akhirnya hamba itu hamil hingga akhir hadith menjadi dalil atas dihubungkan zuriat yang terjadi ketika melakukan azal kerana sungguhnya mani terkadang terlepas ke dalam rahim. Dan pada hadith ini bahawasanya apabila mengaku dengan jimak hambanya maka jadilah hamba itu sebagai firash baginya dan dihubungkan segala anak kepadanya.” (Kitab Syarah Muslim)
Dan telah menyebut oleh Syeikh Ramli :
ولو وطئ وعزل حرم) النفي (على الصحيح) ؛ لأن الماء قد يسبقه ولا يشعر به
Artinya : “Dan jikalau jimak oleh suami dan melakukan azal nescaya haram menafikan zuriat atas yang sahih kerana sungguhnya terkadang terlepas mani ke dalam rahim dan tidak sedar ia.” (Kitab Tuhfatul Muhtaj)
KESIMPULAN
Hukum merancang keluarga adalah diharuskan oleh syarak dengan qaidah yang tidak memudaratkan nyawa dan kesihatan diri.
Yang menentukan segala kejadian yang berlaku ialah Allah bukannya makhluk dari kerana sungguhnya makhluk hanyalah merancang.
Jika perempuan yang mengamalkan perancang keluarga itu hamil maka anak tersebut adalah anak yang sah bagi suaminya jika ada berlaku persetubuhan.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan ramadan adalah bulan ibadah untuk seluruh umat islam melakukan ibadah bagi merebut peluang mendapat pahala berlipat kali ganda. Begitu juga dengan perkongsian oleh pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang telah muat naik beberapa keping gambar di istagramnya. Beliau juga berkongsi sambutan hari ibunya dan meraikannya dengan makan bersama dan solat terawih bersama ibu tercinta.
Terawih bersama ibu
After Iftar Tadi Sempat Ber Terawih With My Beautiful Mother And My sister. I’m also bring my Helpers Maryam And Nia…..Mereka Suka Solat Terawih. Alhamdulillah my telekung and my sister Telekung from our Mama. Cantik Kan??? Our mama belikan Khas Utk Kami Di Bulan Ramadhan .Alhamdulillah Mummy Becca Suka Sgt2,Lembut And Sejuk Jer Material kain.
Pagi tadi balik From Live kat @borakkopitiam@tv3malaysia sempat Singgah Umah My Mama,Nak Share Dapat Bunga Ni. Sharing Is Caring…. Pastu Ajak Mama Buka Puasa Kat Umah today, So Saya And Hubby akan Saling bantu Membantu memasak,Ingat Nak Buka Luar,Tapi kami rasa Sayang plak Nak Tinggalkan Solat Terawih,Paham2 je la kan,Kalau dah BerBuka Dekat Luar,Borak2 dah seronok Pasti Tertinggal Solat Terawih nanti, Sayang Rasa. So blanja Mama Saya makan Saya Dan Suami Memasak Je Today.