
Baru-baru pernah viral kek yang dimasak menggunakan bahan yang sangat ringkas. Hanya dengan menggunakan tiga bahan hatta dua bahan sekali pun, kek boleh dihasilkan.
Rasanya juga tidak menghampakan, enak dan gubu pula teksturnya. Ini sebagaimana yang berjaya di sediakan oleh Rafidah Abdul Halim.
Melihat hasil kek yang dimasak olehnya dengan menggunakan 3 bahan memang cukup menggujakan.
Jadi apa kata, kita sedia untuk hidangan menu petang. Pasti anak-anak menggemarinya.
Bahan-bahan:
1 cawan telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila
Cara Buat:
1. Mix telur dan gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan kaup balik.
3. Kukus 30minit
Kerepek Daun Kaduk Pun Sedap Buat Kudapan. Khasiat Pun Banyak!

Tentu ramai yang mengenali daun kaduk. Ia antara ulam-ulaman yang mempunyak banyak khasiat. Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dengan selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).
Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis).
Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.
Malah menjadi sebagai ulam-ulaman dan penyedap rasa masakan untuk seisi keluarga. Selain bayam brazil dibuat kerepek, daun kaduk pun boleh.
BOLEH BUAT KEREPEK
Daun kaduk ini enak dibuat kerepek. Rasanya pun sedap. Nak tahu cara nak buatnya, ikuti resipi ni. Apa kata buat untuk minum petang ni.
Untuk daun 20 helai
3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 bj telur
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 cwn air (adunan jgn cair, jgn pekat)
Masukkan semua bhn2 kecuali daun kaduk..jadikan adunan mcm nak buat pisang goreng.
Memang rangup! Rasa pun sedap. Sesuai buat kudapan. Boleh cuba buat di rumah. Memang seisi keluarga suka kerepek ni.
Selamat mencuba!
Kredit: Zulzila Ali dan petuaibu.com
Kerabu Pucuk Kari, Ramai Dah Rasa Kata Sedap. Kena Cuba Sendiri Baru Tahu!

Biasanya bila daun kari dipetik, lain tidak bukan tujuannya untuk dijadikan bahan dalam menyediakan masakan kari.
Namun jarang sekali kita dengar daun kari boleh dijadikan kerabu. Umumnya kalau sebut kerabu yang biasa kita makan adalah seperti kerabu mangga, kerabu sotong Dan sebagainya.
Pun begitu, menurut perkongsian resipi daripada Nurul Nadzirah, kerabu pucuk daun kari mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.
Malah setelah dicuba, ramai akui sedap dan menyelerakan. Jadi apa kata anda pula cuba untuk menyediakan menu ini untuk keluarga.
RESEPI KERABU PUCUK DAUN KARI
Bahan – Bahan
Kelapa parut
8 biji cabai Melaka (Cili)
Cabai besar (Cili Merah)
Air asam jawa
Belacan sikit (bagi yang suka, tak masuk pun tak apa)
(Blend semua bahan di atas)
Isi ikan, udang(di rebus asing-asing)
Kerisek,garam,cukup rasa sedikit..
Bawang besar di hilis/potong nipis
Cara penyediaan :
1.Daun kari di leraikan ramas, gaul rendam dengan air garam (dalam 15minit) untuk buang bau.
2.Bilas dan tapis daun kari.
3.Gaulkan dengan semua bahan dia atas.
Nurul pertama kali buat tengok pucuk daun kari banyak tanya mak selain ulam boleh buat kerabu Sedapp Yakmat kena kuah gulai perhhh tak pandang lauk lain
Selamat Mencuba
Hmmmm… Sedapnya Resipi Sup Tulang, Simple Tapi Mudah. Letak Kicap Sambal Lagi Power. Azie Kitchen Kongsikan Caranya!

Asyik makan kari dengan sambal tumis je mesti bosan kan. Petang ni apa kata tukar menu juadah berbuka. Cuba resipi Sup Tulang Sedap, perkongsian dari Azie Kitchen. Pasti membuka selera anak-anak petang nanti.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
https://www.facebook.com/1841072332819726/videos/1897849543808671/
Share!
Oleh: Azie Kitchen