Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Orang ramai diminta untuk membantu mengesan pelajar itu segera.

Kali terakhir Muna dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama sekolahnya.

Ibu Mohon Bantuan ‘Dashcam’ Cari Anak Hilang Dari Asrama!
Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut ibunya, Juliana Johari, 42, Muna Qaisara dilapor hilang dari asramanya di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. Malah menurutnya lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.

“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.

Ads

“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.

Ads
Ibu Mohon Bantuan ‘Dashcam’ Cari Anak Hilang Dari Asrama!
Muna Qaisara Muhammad Budiman berusia 15 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tersebut pada Ahad.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.

Ads

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: Sinar Harian

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI