“Ibu Mertua Saya Terbaik Di Dunia.”- Fasha Sandha
Rezeki itu datang daripada pelbagai cara. Ramai daripada kita meletakkan rezeki hanya pada duit sahaja. Sebenarnya nikmat yang Allah ada pelbagao cara ia termasuk memilik mertua yang baik hati.
Baru-baru ini diadakan sambutan hari jadi ayah mertua pelakon Fasha Sandha, menerusi hantaran di Instagram milik pelakon ini menunjukan hubungan yang mesra dengan keluarga mertuanya.
Apa yang menarik perhatian apabila dihujung video, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, kelihatan manja di samping ibu mertuanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL BERKAITAN: “Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bukan itu sahaja, Fasha yang juga isteri kepada pelakon Aidil Aziz juga sering memuat naik gambar mertuanya di Instagram miliknya jelas membayangkan betapa dia rapat dengan mertuanya.
Tidak mustahilah sebelum ini menerusi hantaran terdahulu, Fasha pernah luahkan rasa hatinya dan memuji bahawa ibu mertuanya, Rokkiah Md. Noor seorang yang baik.
Bertuah memiliki ibu mertua yang baik dan penyayang, jauh di sudut hati Fasha meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dimilikinya.
“Ibu mertua terbaik di dunia adalah ibu mertua saya.
Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis, dan selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.
Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya tu dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Kami selalu bersyukur ada ibu mertua yang terbaik. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki , bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you.”
Apa yang jelasnya, bukan semua berpeluang mendapat ibu mertua yang memahami dan menyayangi diri menantu bagaikan anak sendiri. Moga kita doa baik-baik semoga mendapat mertua yang baik-baik.
EXTRA : TIP PIKAT HATI MERTUA
1. Skill Angguk-angguk, Geleng-geleng
Yang ni memerlukan kekuatan mental. Setujulah apa pendapat mereka. Tak perlu nak bantah sangat. Bukan lama pun kat kampung tu. Tak perlu nak berbalah atau berhujah sangat tentang perkara-perkara yang kita tak sebulu dengan pendapat mereka. Menang tak untung, kalah tak rugi.
2. Berlakon Sikit
Kotlah kita ni memang bangsa pemalas atau anak manja, tapi bila balik kampung mertua tunjuklah rajin sikit Rajin-rajinlah menolong di dapur. Tolong basuh pinggan ke goreng ikan ke.
3. Tunjuk Skill Memasak
Mak mertua ni bukan apa, bila dia tengok menantu pandai jaga makan minum suami. Legalah dia. Maknanya takdelah anak lelaki dia merana tiap-tiap hari makan mamak je
4. Beri Hadiah/ Buah Tangan
Setiap kali balik kampung tu janganlah berlenggang. Bawalah sikit buah ke kuih ke. Kalau ada rezeki lebih belilah apa-apa hadiah untuk mertua. Tak perlu yang mahal pun. Bila tiba hari-hari istimewa macam Hari Ibu, Hari Raya atau Hari Ulangtahun mertua, berilah hadiah seadanya.
5. Rajin-rajin Berbual
Bila mereka berkumpul sembang-sembang petang tu join-lah. Jangan asyik buat hal sendiri je. Rajin-rajinlah berbual dengan mak mertua, boleh jugak korek rahsia anak lelaki dia. Berbual dengan ipar duai pun digalakkan tapi kena ingat balik tips angguk-angguk geleng-geleng tu tau.
Diharap perkongsian tip ini boleh memberikan anda peluang untuk mendekatkan diri dengan keluarga mertua.
Sumber: fashasandha
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club