Cekodok pisang makan panas-panas dan lembut memang sedap! Jika ada pisang di rumah tu apa kara cuba resipi ini.
Ikuti perkongsian dari puan,Akma Razali ini sangat sedap, gebu dan luaran pun rangup. Paling best, kurang berminyak dan enak di makan. Confirm licin, anak-anak suka!
Nak share resepi buat cekodok pisang paling simple. Uma mantuhak (ibu mertua) saya ajar, dah jadi kesukaan saya & anak2, masa panas tekstur nya rangup di luar & sangat lembut di dalam, dah sejuk pon lembut sedap di makan.
Ads
Bahan-Bahan
16 biji Pisang Emas 3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai. 2 sudu tepung goreng pisang adabi (kat pic saya guna jenama lain sebab dah habis kat kedai yang adabi) Secubit garam.
Ads
Nota: Saya tak letak gula sebab pisang emas dah manis, kalau nak letak pun boleh, terpulang pada citarasa masing-masing.
Ads
Cara penyediaannya
16 biji pisang emasDah lenyek tambah secubit garam3 senduk tepung beras + 2 sudu tepung goreng adabi (saya suka yang adabi sebab wangi) tapi dah habis kat kedai pakai yang ada jeGaul molek guna tanganBasahkan tangan lepastu jemput kan bulat2 dalam kuali yg dipanaskn minyak tadiBulat-bulat je.Kaup balik kacau dengan senduk.Lebih kurang la rupaHa dah siap, simple sangat bahan nye
Dah masuk hari raya ke lima ni ada tentu dah bosan dengan menu rendang dan kuah nasi impit setiap sejak kali Raya. Apa kata buat hidangan sup tulang. Makan panas-panas memang sedap.
Bila sebut hal sup tulang, mesti ada yang nak tahu bagaimana hendak masak sup tulang yang sedap dengan kuah yang pekat. Ini kerana, kebanyakan sup tulang mempunyai kuah cair dan tidak berapa kaw!
Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi daripada Fazniza Razali. Dia berkongsi mengenai resepi sup tulang yang sedap dan pekat dengan mencampurkan 2 bahan rahsia. Apakah bahan tersebut dan bagaimana cara penyediaannya?
Bahan-Bahan A:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar
Kisar semua bahan A sampai halus
Bahan-Bahan B (Bahan Rahsia Kepekatan Kuah):
3 batang saderi
1 batang lobak merah
Kisar semua bahan B sampai hancur
Bahan-Bahan C:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
air
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.
Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.
Apabila sudah empuk, masukkan ubi kentang, batang sedari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
Dah masak semua bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Okay dah siap sup tulang kita ni! Bahan-bahan B lah yang membuatkan sup tulang jadi pekat. Rasa dia memang sedikit lain dari yang lain dan sedap! Cubalah!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Fazniza Razali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Beberapa hari ni, asyik hujan je kat luar. Perasan tak? Waktu sejuk-sejuk macam ni, dapat makan bubur ke nasi air memang superb la, kira layan je time makRan. Ye tak?
Selalu nak makan je tunggu la balik kampung ke, pergi Golok baru dapat. Sekarang ni dah tak payah, buat sendiri je senang! Bukan takat lepas craving sendiri, nak makan lebih bermangkuk-mangkuk pun tak apa!
Orang kata, masak tu biar makan sampai puas! Haa kiranya dah buat nasi air tu, biar lauk dia tu lengkap. Barulah sedap nak ‘layan’! Hehe. Jom jengah cara nak buatnya, resipi hasil dari perkongsian dari Puan Riyn Nisrien ini. Tengok gambar pun dah sedap, apatah lagi kalau ada depan mata kan? Hehe
Disebabkan teringin maka jadi lah nasi air thai or nasi air golok…xpasty yg mne satu nma nye..biasa time blik kg beli je…org thai sndri yg jual…kali nie try buat sndri…first time buat n terus jadi..puas haty sgt buat..tambh2 klau suami puji sedap n mkn bertambah2 hilng rasa penat kn..😂😂
Saya edit resepi …resepi nie sgt simple…sy pom xtau nk tulis respi nie mcm mne😅
Resepi Nasi Air Golok
Bahan-bahannya :- – beras nasi air /beras hancur -isi ayam -serbuk lada merah -bawang goreng -ikan bilis -minyak bawang putih -Daun sup -serbuk lada hitam -telur masak separuh
Cara-caranya :-
Beras tu sy xsukat pom…terpulang masing2 nk buat banyak mne…air pom agk2 je…ayam tu nk rebus skli dgn nsi or blh rebus asing…bler dh jdi nasi air/bubur tmbh gram n gula skit…bgi ad rsa je bukn secukup rasa..
Sebb nnty nk mkn kita cmpur dgn bhn2 laen jdi la sckup rsa..cntoh ikn blis greng pom dh msin kn..
-mnyk bwg putih tu sy just greng bwg puth dlm mnyk je..
-serbuk lada merah tu sy beli siap kt kg..blh jugk bli cili flakes n blender kering..
-telur tu buat je telur msak spruh..
Yang laen tu nk buat pom blh nk beli pom blh…bleh rujuk gmbr ye..😀
Selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.