Di bulan Rejab yang mulia ini ada diantara kita yang mengambil kesempatan untuk menggantikan puasa. Ibu yang menyusukan anak tidak terkecuali turut menggantikan puasa.
Bagaimana nak memastikan ibu tidak lapar dan boleh bertahan sepanjang berpuasa ganti? Ini panduan yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom.
Bagi ibu yang menyusukan anak pasti terfikir-fikir bagaimana agaknya cabaran ketika berpuasa. Boleh juga guna untuk ibu menyusu yang berpuasa sunat atau nak bersedia untuk Ramadan nanti.
Ads
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.
Ads
3. Ambil jumlah protein secukupnya
Ibu menyusu yang berpuasa selalunya kurang ambil protein waktu sahur, jadi pastikan ibu ambil protein secukupnya.
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.
Ads
5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ambil kurma sewaktu berbuka
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga dengan lebih cepat kepada ibu menyusu.
Disarankan ambil dalam jumlah segenggam kurma (ikut saiz tangan sendiri) dan minum air kemudian solat dahulu supaya ibu tidak tergopoh makan sekaligus banyak.
7. Breast compression
Bila pam rasa susu tu macam tak nak keluar atau bayi macam meragam waktu menyusu, ibu boleh buat breast compression. Breast compression membantu susu keluar dengan lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak sayang anak kan sehingga ada segelintir ibu bapa ikut aja kemahuan anak. Hakikatnya ramai yang tak tahu bahawa jika manjakan anak, apabila dewasa nanti, anak ini akan mempunyai perasaaan cemas yang tidak menentu. Sikap ini akan menjejaskan kecemerlangan personaliti anak-anak nanti.
Sebelum terlambat, ibu bapa perlu berubah dalam mendidik anak-anak. Sebagaimana perkongsian oleh Pendidikan Ilmu Keibubapaan, Dr Taufik Razif yang menyifatkan cara didikan ini sebagai Helicopter Parenting. Moga jadi iktibar bersama dalam mendidik anak-anak.
Jangan manjakan anak sangat
Meraung raung si Solahuddin ni nak saya pakaikan seluarnya. Bukannya dia tak reti tapi saja nak bermanja dengan saya.
Solahuddin masih meraung minta saya pakaikan seluarnya. Saya keraskan hati. ” Nak, Abi bukan tak sayang kamu nak. Abi cuma taknak manjakan kamu secara berlebihan. Abi taknak jadi Helicopter Parent yang merosakkan anak sendiri kerana kasih sayang yang terlalu mendalam dan berlebihan! “
Antara contoh Helicopter Parenting :
⛔ Semua benda kita buat untuk anak ⛔ Semua permintaan anak kita tunaikan ⛔ Tak sanggup langsung tengok anak susah ⛔ Tak ajar langsung anak berdikari ⛔ Semua aktiviti anak kita masuk campur ⛔ Anak kita jadikan Bos dalam rumahtangga
Saya bukan saja saja taknak jadi Helicopter Parenting ni. Saya takut kesan buruk pada si Solahuddin je.
Bila saya jadi Helicopter Parent, ada kemungkinan besar anak saya ni akan mempunyai masalah cemas tak menentu ( anxious all time ) bila dah dewasa nanti.
Ni efek Helicopter Parenting yang paling saya takutkan terjadi pada anak saya. Jadi biarlah dia menangis sekarang ketika saya masih ada disini daripada dia menangis suatu hari nanti ketika saya tak ada lagi disisi
p/s : Jom ingatkan mak ayah yang lain juga kerana ramai lagi mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah diroboh, hanya tinggal kenangan. Tiada lagi banglo megah milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang dahulunya tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya.
Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Sudah Diroboh, Hanya Tinggal Kenangan
Banglo dua tingkat yang pernah menjadi syurga bagi penyanyi Seri Dewi Malam ini kini hanya tinggal longgokkan pecahan batu selepas dirobohkan oleh pemilik baharu dua bulan lalu.
Memetik portal Hibglam dan juga menerusi TikTok Hibglam yang kelihatan hanya tembok batu coklat kiri kanan yang masih tertera nombor rumah 42 yang bersisa, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti dengan zink hijau, menandakan kerja-kerja kontraktor sedang dijalankan. Difahamkan pembeli hanya inginkan tanah dan bukan banglo tersebut, selain turut membeli lot bersebelahan kediaman tersebut.
Menurut pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan, beliau telah menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar milik sekitar awal tahun ini.
“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli oleh sebuah syarikat. Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,” katanya ketika ditemui HibGlam.
Tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan pada hujung minggu dan perincian mengenai projek berkenaan juga tidak dipaparkan di bahagian luar premis. Melalui celah pintu pagar zink setinggi lapan kaki itu, jelas kelihatan sebuah jengkaut masih ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja pembersihan sisa runtuhan.
Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman tersebut diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial. Namun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut ataupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.
Usaha untuk mendapatkan komen waris Allahyarham juga belum berhasil apabila panggilan kepada Aliff tidak dijawab. Sementara itu, seorang kenalan terdekat Allahyarham menyatakan barangan peribadi arwah terutama yang berkaitan dengan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.
Kredit foto: Harian Metro
Perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran. Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” ujar seorang sumber yang enggan dikenali.
Sebuah Kenangan
Ketika hayatnya, Allahyarham Sharifah Aini sering mengundang rakan-rakan dan anak-anak tahfiz menjamu selera di banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu. Menurut sumber tersebut, tujuan Aliff menjual rumah agam tersebut adalah kerana terlalu besar untuk mereka empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan yang tinggi.
Namun, Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian Sharifah Aini akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014. Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook. Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Sebagai penghibur yang cukup menjaga nilai eksklusif, Sharifah Aini mengakui jarang keluar rumah kecuali untuk bekerja atau menghadiri majlis penting. Kediaman tersebut juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Banglo tersebut dilengkapi perpustakaan, dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah. Allahyarham juga mempunyai ruang khas untuk menyimpan pakaian, aksesori serta barangan peribadi lain yang seakan-akan galeri pameran.
Tahniah diucapkan buat pelakon Izreen Azminda yang selamat melahirkan cahaya mata keempatnya di sebuah pusat perubatan pada 24 Julai lalu.
Menerusi Instagramnya, Izreen memuat naik gambar si comel namun tidak berkongsi wajah bayi yang sudah pun diberikan nama, Andika Yusof.
Menurut perkongsian Izreen, anak keempatnya itu berada dalam keadaan baik dengan berat 3.02kg.
“Assalamualaikum semua. Saya Andika Yusof. Lahir 24/7/24, 3.02KG.
“Saya boy tau, yang mana auntie-auntie yang teka girl tu tak pe, mama saya aminkan je. Insyallah next ada rezeki lagi,” tulisnya.
Menerusi entri itu, Izreen turut berkongsikan beberapa keping gambar anaknya itu serta sempat berseloroh mengidamkan anak perempuan pula selepas ini.
Wajah putih mulus dan gebu itu sudah sepertinya sama seperti abang-abangnya sebelum ini. Comel.
Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.