
Halia sememangnya diakui banyak khasiatnya pada tubuh. Selain sebagai bahan utama dalam membuang angin dalam badan, halia juga mempunyai sifat anti radang yang memberi kelebihan pada tubuh.
Blog syifa.info berkongsi rahsia paling mudah untuk atasi masalah sakit lutut. Bolehlah sarankan pada ibu atau mentua yang alami masalah sakit lutut. Mudah sahaja caranya. Hanya gunakan halia sebagai kuasa utama merawat. Jom cuba.
Kami kongsikan cara merawat sakit lutut menggunakan bahan yang mudah didapati iaitu halia. Halia antara bahan yang berkesan untuk mengurangkan rasa sakit kerana halia mempunyai sifat anti radang.
Bahan-bahan:
Minyak zaitun
Serbuk halia atau halia segar
Caranya:
1. Ambil 2 sudu minyak zaitun dan panaskan selama 4 minit.
2. Masukkan 1 sudu serbuk halia ke dalam mangkuk tersebut.
3. Sapu pada lutut atau sendi yang sakit dan cuci selepas beberapa jam.
Boleh juga balut lutut dengan kain pembalut untuk lebih rasa selesa dan kesannya.
Ada baiknya anda mencuba dahulu kaedah ini. Jika semakin berkurangan bolehlah diulangi lagi sehingga makin pulih. Selamat mencuba.
Sumber: www. syifa.info
Anak Disahkan Kanser Selepas Jatuh, Kini Tumor Terus Membengkak. Ibu Ni Gigih Beri Bahagia!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, apatah lagi andai ujian penyakit kanser yang ditakuti ramai ini ditanggung oleh anak kecil seusia Khairul Haziq Dinzly Bin Khairuddin, 10 tahun atau mesra disapa Haziq.
Berkongsi kisah seorang anak kecil yang tabah melawan kanser semenjak 2018, mari kita bersama Puan Zuraida Bt Majid, seorang ibu yang tabah mendepani ujian yang amat besar ini. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini akan memberi inspirasi buat keluarga yang lainnya dan didoakan juga semoga adik Haziq diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Terus Positif Bersama Melawan Kanser
Saya redha, tawakkal jika ada kejaiban dari Allah untuk Haziq sembuh saya bersyukur. Jika sebaliknya saya redha dengan ujian ini.
Saya pujuk hati sendiri dan bercakap kepada diri saya, dunia ni semua pinjaman Allah, tiada yang kekal. Di sana saya akan bahagia kerana saya ada anak syurga. Kata-kata ini menjadi azimat untuk saya terus tabah dan kuat melawan kenser bersama Haziq.
Namun saya juga manusia biasa, sekali sekala hati disapa dengan rasa terlalu sedih, pilu dan terasa begitu berat menanggung ujian ini.
Back to Allah saya tutup mata, saya gambarkan kehidupan saya di akhirat. Saya menangis sepuas puasnya dan berdoa agar Allah kuatkan hati dan mental. Saya akan peluk Haziq dan bisik “ ujian Allah, banyak kan zikir dan berdoa “ walupun saya tahu Haziq tak boleh mendengar dan melihat tapi mata hati dia kuat untuk teruskan perjuangan ini.
Desak Berkahwin
Actually saya kahwin buat kali kedua atas desakan Haziq sebenarnya. Kami kenal dua tahun, special ayah tiri ni di mata Haziq mungkin keikhlasan ayah tiri menyebabkan Haziq rasa selamat dan selesa. Sebelum Haziq sakit ( 8 bulan sebelum sakit ) Haziq kerap desak saya kahwin dengan alasan “ Darjah 1 Haziq nak masuk asrama tahfiz, baca quran sekolah tu jauhhhh sangat, mama tak ada Haziq nanti. Mama kawin Haziq boleh jadi abang “
Bayangkan anak umur 6 tahun bercakap macam ni kepada seorang maknya. Saya agak tekejut bukan sekali dua Haziq desak saya berkahwin.
Berat Mata Memandang…
Saya nikah dengan ayah tiri Haziq January 2018, Haziq jatuh sakit pada July 2018. Waktu ni saya rasa macam batu terhempap atas kepala bila ingat balik memory bersama Haziq ketika sihat. Baru lah saya faham kenapa Haziq nak sangat saya ada family baru.
Rezeki Haziq, ada ayah tiri sebaik baiknya boleh terima seperti anak sendiri.
Jika Haziq masuk wad kami bergilir jaga Haziq di ward begitu juga dengan follow up Haziq berjumpa dengan neuro HKL.
Sebelum sakit Haziq budak yang sangat hyperaktif. Boleh kayuh basikal, hiking, berlari dan bersukan. Anak yang mulut becok, anak yang banyak akal dan dia juga adalah budak yang bijak.
Namun selepas sakit beginilah keadaannya, kurang bercakap seolah down. Bahkan apabila Haziq cuba untuk bangun tapi tidak berupaya (mata tak boleh nampak dan telinga tidak lagi boleh mendengar). Nak bercakap tapi tak mampu. Masalah saraf membuatkan dia tidak mampu untuk berjalan.
Itulah dugaan yang ditanggung oleh anak kecil ini, berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Mengimbas kembali detik awal bagaimana Haziq mendapat tahu menghidap Brain Tumor, siapa sangka dengan tiba-tiba semuanya terjadi.
“Haziq jatuh di sekolah pada 15 July 2018 masa ni umur Haziq berusia 7 Tahun. Cikgu beritahu Haziq terjatuh ketika berlari.
“Pada 17 July 2018 saya bawa Haziq ke ParkCity Medical Centre jumap dengan Dr Sallehuddin Pakar Paeds. Dr suggest kita buat pemeriksaan mata dan physio. Laporan physio mengata kan Haziq tiada masalah saraf dan refer ke Mata. Pemeriskaan mata dijalankan, Dr Lee Ming Yueh Pakar Ophthalmologist bagi tahu 70% Haziq dah hampir buta.
“Waktu ni saya rasa nak rebah dan saya blur bila dr. tu marah saya sebab saya tak perasan anak saya dah hampir buta.
“Haziq tiada tanda tanda dia sakit. Dia tak mengadu sakit kepala, tak demam. Cuma 2 atau 3 bulan sebelum sakit dia kerap tidur sehingga 3 jam (siang)
“MRI dibuat dengan segera. 17 July 2018 jam 1030 malam Dr Sallehuddin pakar paeds beri tahu Haziq Brain Tumor, Neuroblastoma type 2 dan refer ke Pakar Neurosurgery sehingga kini.
Perkembagan kesihatan
July – Dec 2018
Masih boleh berjalan, bercakap, melihat
20 Dec 2018 haziq bagi tahu “ mama mata Haziq dah buta, Haziq tak Nampak “ dia meraba raba waktu tu.
January – June 2019
Haziq selalu cakap Bila Allah nak pulang mata Haziq. Waktu ni mata tottaly dah buta
July – Dec 2019
Tak bole nak bangun urus diri sendiri kena papah sebab tak nampak. Masih boleh pergi sekolah dengan bantuan guru ketika di sekolah. Pada ketika ini juga telinga Haziq semakin kurang pendengaran.
January – Dec 2020
Tak bole urus diri dan terpaksa mengguna lampin pakai buang. Tak boleh mendengar mahu pun berjalan. Kerap sawan, tidur seharian, kerap demam dan tidak mampu ke sekolah.
MRI – 25 January 2021
Dr bagi tahu tumor membengkak dan membesar menyebabkan Haziq semakin lemah, air dalam takungan kepala dah penuh. Perlu buat shunt masuk alat untuk air keluar ke perut.
Bukan Mudah Buat Keputusan
Jalan untuk saya buat pilihan bukan semudah kita pilih. Haziq ada 8 ketumbuhan dalam kepala dan ketumbuhan tu bukan satu tempat dia banyak tempat sehingga ke saraf tunjang, Dr sendiri cakap pembedahan ni high risk. Ye semua pembedahan ada high risk. Cuma saya tak yakin. Dan,sehingga kini Haziq teruskan follow up di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, DR Azmi B Alias Pakar Neurosurgery
Harapan Buat Ayah Kandung
Jujur saya katakan, sejak hari pertama Haziq sakit saya dah msg dan call ayah kandungnya bagi tahu Haziq sakit. Tiada respon dari keluarga pihak sana, tidak pasti la mengapa beliau tidak mahu berjumpa anak kandung. Mungkin ada sebab tersendiri yang kita tak tahu. Cuma harapan saya jenguklah Haziq agar dapat membahagiakan Haziq pada waktu-waktu begini. Tambahan pula hari ini merupakan hari lahir Haziq (9 Februari )dan mohon didoakan agar Haziq kembali sihat.
Untuk parents yang ada anak sakit :
Sebenarnya, sifat sabar ini akan MENDEKAT KAN jiwa hamba-Nya kepada Yang Maha Esa.
Tidak mungkin seseorang itu bersabar melainkan dia SENTIASA teringatkan ALLAH SWT,
kerana sabar adalah PENAWAR yang mendekatkan diri kita pada-Nya.
Di dalam Al Quran ada satu surah yang amat menekankan aspek sabar yang hasilnya membawa ke syurga.
Kepada orang-orang yang bersabar, ALLAH SWT juga bakal mengurniakan kebaikan berterusan dengan pahala yang berpanjangan.
Erti sabar sebenarnya tidak semudah seperti menyebutnya kita tahu itu semua,
Sentuhannya perlu datang daripada HATI yang REDHA. Bukan sekadar lafaz kita redha. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa dalam hati setiap hamba² Nya.
Ingatlah sifat sabar ini begitu dipandang tinggi oleh ALLAH SWT.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar. InsyaAllah
Allah humma Ameen.
Usah Bertangguh Nak Buat Senarai Maklumat Peribadi, Andai Pergi Dulu Tak Susahkan Orang. Wanita Ini Kongsi Caranya.

Rezeki, jodoh dan maut semuanya ditangan Tuhan, kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang. Begitulah juga dengan apa yang kita miliki di dunia ini.
Sehubungan itu, untuk menghadapinya sudah pastinya kita membuat perancangan agar pemergian kita tidak menyusahkan keluarga yang menguruskan harta pusaka.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, telah membuat beberapa maklumat peribadinya termasuk password nombor account bank, telefon dan sebagainya di dalam satu file.
Katanya untuk tidak menyusahkan orang yang menguruskan pemergiannya nanti.
Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian ini.
ANDAI AKU PERGI DULU
Memandangkan kini hanya aku sendirian tanpa Suami di sisi, perancangan rutin kehidupan menjadi semakin complicated dan perlu direncana dengan teliti.
Segala kebarangkalian yang bakal berlaku pada masa hadapan perlu diambil kira daripada segala sudut agar tidak mengusutkan orang sekeliling. Khususnya demi kesenangan hidup anak-anakku QRST.
Senaraikan segala maklumat penting, ID & password. Taip dan seterusnya print. Simpan rapi dalam file. Maklumkan kepada ahli keluarga terdekat, andai berlaku apa² terhadap diri ini boleh rujuk file sekian sekian.
Sedikit sebanyak dapat juga memudahkan urusan dan tidak menyusahkan ramai pihak.
Perlu kita simpan segala maklumat dengan cara sebegini. Lebih baik ianya ditaip dan dicetak kerana tahan lebih lama berbanding dengan hanya menconteng pada helaian kertas yang akan hilang entah kemana.
Andai simpan di memory handphone, bimbang suatu hari nanti handphone pula diserang virus, rosak atau dicuri orang hilang jejak tanpa dikesan.
Bukan sekadar persediaan menghadapi kematian.
Seandainya sesuatu yang tak dijangka berlaku kepada kita. Sebagai contoh accident yang menyebabkan koma berpanjangan atau hilang ingatan. Pada saat dan ketika itu otak sudah tidak mampu mengimbas segala kata laluan.
Mana mungkin dengan menggunakan kecanggihan teknologi dapat membaca aliran sistem otak menyelongkar maklumat masa lalu. Mustahil.
Caranya mudah.
1. Buka laptop / komputer
2. Buka program Microsoft Word
3. Rajinkan jari jemari anda menaip aksara
Pastikan di sekitar anda tiada mata yang memerhati kerana maklumat itu adalah rahsia. Sulit dan peribadi.
Just my two cents. The choice is yours.
Mati bila-bila masa. Apakah persediaan kita.
Sumber: Shahida Daud
“Kalau Rezeki Selalu Bocor Atau Susah Lekat Cuba Tanya Isteri…- Lelaki Ini Kongsi Kisah Rezeki Melayang Gara-Gara Buat Isteri Menangis.

Hidup berumah tangga ada kalanya berlaku pergeseran. Itu lumrah, namun kena saling bertolak ansur dan jangan bersikap ego.
Sering kali kita mendengar bahawa perkahwinan antara salah satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan.
Namun, jika tersalah percaturan boleh membuatkan rezeki anda sempit. Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.
Perkongsian seorang suami bernama Mohd Fhais mungkin boleh dijadikan teladan. Akibat meninggikan suara dan ego untuk meminta maaf menyebabkan dia mengalami masalah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Bukan perlu menyembah dan mengikut segala telunjuk isteri, cuma adil dalam berkongsi hidup.
Jangan hanya tahu mengarah dan meminta itu ini sedangkan isteri juga tahu erti penat. Kalau sudah namanya suami isteri, kena saling bekerjasama, bantu membantu barulah kehidupan lebih harmoni.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Natijah Tinggi Suara Pada Isteri
Pagi tinggi suara, tengahari tu dapat balasan. Serik ! Ini last lepas ni memang tak nak lagi tinggi suara dengan isteri.
Semalam jadual agak padat, pagi nak pergi KL, lepas tu tengahari ada temujanji di melaka jadi agak rushing pagi tu. Kebetulan isteri cuti, dapatlah cover jaga aish kat rumah.
Biasalah isteri kita ni kalau cuti mana boleh duduk diam, banyak kerja rumah dia nak siapkan. Dalam fikiran dia mesti fikir masa cuti lah boleh nak siapkan semua kerja rumah nanti dah kerja susah.
Tapi suami ni tak sedar benda tu. Yang suami tahu bila isteri cuti adalah peluang untuk suami buat kerja dia pulak. Itu lah yang padat sangat jadual semalam, semua nak di buat dalam satu hari.
Akibat terlalu rushing, sorang kat dapur sorang kat depan, aish pun duk menangis. Huru hara betul pagi semalam. Tanpa sengaja tertinggi suara pada isteri.
Walaupun bukan keluar kata-kata marah tapi nada agak tinggi. Cukup buat isteri terasa, dia jadi sedih, air mata meleleh keluar, nampak dia tersedu-sedu, kesat-kesat hidung.
Tapi ego buat-buat tak nampak, terus capai kunci kereta keluar rumah. Dah nampak isteri sedih tapi tak terfikir nak minta maaf. Memang mendapatlah!
Dalam satu hari sahaja semalam dapat 2 surat saman, 1 saman parking DBKL, 1 lagi saman parking MBMB. Rezeki melayang keluar gara-gara buat isteri menangis. Menyesal tak minta maaf awal-awal. Ini baru balasan fizikal.
Balasan dari segi dalaman pula, jiwa tak tenang. Dari keluar rumah ke KL sampai patah balik ke melaka hati tak keruan. Ada sahaja yang tak kena. Buka radio kuat tapi rasa sunyi. Terbayang-bayang air mata isteri mengalir.
Allahu.. besar sungguh natijah seorang isteri pada suami. Sejurus jejak je kaki di rumah saya terus minta maaf pada isteri. Walaupun masa tu mood dia dah ok, saya minta maaf juga sebab muka nampak ok tapi hati belum tentu ok. Tak nak dia pendam perasaan senyap-senyap nanti susah laluan rezeki suami.
Nasihat saya kalau ada terasa macam rezeki tu selalu bocor atau susah nak lekat cuba tanya isteri baik-baik, kalau ada terguris hati minta maafkan dulu sebelum berhempas pulas bekerja.
Belajar dari pengalaman ini usaha keras macam mana pun mencari rezeki ia akan jadi sia-sia kalau kita tak berusaha untuk sedapkan hati isteri dahulu.
Mohd Fhais
Isteri penanda aras rezeki kita
p/s : Post ini halal untuk di kongsi dengan pasangan korang supaya lebih ramai yang tahu natijah tak jaga hati isteri ni.