Ibu Mentua Mengadu Mata Mula Rabun, Bantu Dengan Penawar Semulajadi Ini, No 3 Paling Senang!

Share

Jangan katakan ibu mentua, mata kita sendiri yang sudah memasuki angka penghujung 30an dan 40an ini mula semakin kabur.

Sesekali kita jarang dapat membaca tulisan yang jauh. Masalah silau usah cakaplah. Adakalanya memandu pada waktu malam seakan sudah tidak mampu diteruskan.

Faktor usia antara penyebab terbesar masalah rabun yang kita hadapi. Melakukan kerja-kerja seperti melihat komputer pada waktu yang lama, membawa dan membuat kerja pada waktu malam dengan cahaya yang kurang antara penyebab mata semakin tidak sihat.

Sudahnya mata mula semakin kabur dan objek juga semakin kurang jelas kelihatan. Sebenarnya ada penawar semulajadi yang dapat mengurangkan dan mengembalikan semula mata yang sihat. Anda patut cuba 10 cara ini.

Lobak merah
Lobak merah sememangnya petua semulajadi merawat mata yang rabun sejak dulu lagi. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein
(nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata).

Jika anda mengalami masalah penglihatan, makanlah lebih banyak lobak. Tak kiralah samada dimakan mentah, rebus atau minum jusnya setiap hari.

Teh
Siapa suka minum teh memang punya penglihatan yang cerah. Mana taknya, teh dapat mencegah katarak mata. Malah teh juga membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Kata doktor pakar, jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, inilah
yang akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Wap Nasi
Ini pula sebahagian daripada petua mak-mak kita dulu. Ketika memasak nasi, halakan mata kita ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Tapi kenalah amalkan selalu.

Telur
Telur juga baik merawat mata kerana sebatian sulfur, protein dan cysteine yang terkandung di dalamnya membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Tak salah kalau nak makan telur sehari sekali untuk jaga mata tetapi jangan berlebihan.

Sayur Sawi
Ini juga sebahagian daripada petua nenek kita. Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Sayur Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan serta menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Walnut
Aneka kekacang sebenarnya cukup baik untuk mata. Pun begitu kacang Walnut adalah yang terbaik kerana mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.