Ibu Meninggal Dunia, Achey Berhenti Tepi Jalan Menangis, Sedekah Al-Fatihah -“Lagi Berapa Hari Je Lagi Mak Nak Raya”

Share

Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74,menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital 5ultanah Aminah Johor Bahru.

Berita duka tersebut diterima Achey ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di sebuah acara.

Achey sempat memuat naik hantaran video di laman sosial Instagram (IG), ketika dia memberhentikan motor di tepi jalan dan menangis teresak-esak.

“Innalillahiwainnaillahirojiu..Mak baik, mak pergi pada bulan yang baik. Kami reda, Ya Allah,” katanya menahan sebak sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibu tercinta.

Allahyarham Ngaisah mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.

Berkongsi berita sedih itu, Achey berkata, dia mengetahui keadaan arwah semakin nazak ketika mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya, malam tadi.

“Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.

“Namun, saya mendapat berita arwah meninggal dunia ketika atas motosikal dalam perjalanan pulang.

“Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian ‘syurga’ saya.

“Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya pulang ke Kuala Lumpur sekejap, namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, berkongsi arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak dialami boleh semakin surut.

“Saya agak lama berada di Johor Bahru untuk menjaga arwah, namun, perlu pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Saya lihat keadaan arwah semakin baik, jadi, saya pulang bagi menyelesaikan tugasan yang dijanjikan.

“Namun, tahap kesihatan arwah semakin merosot apabila sel kanser sudah merebak seluruh badan, malam ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi kakak, Nordewiyani Hazrani Nasir.

“Ikutkan, saya belum puas berbakti pada arwah, namun, soal ajal dan maut ketentuan Allah. Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Saya dan keluarga reda, arwah meninggal dunia pada bulan baik. Mengenangkannya membuatkan hati saya lebih tenang,” katanya dengan nada sebak.

Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.

Sumber : Instagram @acheykintangkintung, Berita Harian

Whoaa menariknya Kidzania ni! Nak tahu apa ada di sana? Jom tonton!

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!