Ibu Mengidam Sangkaya, Jom Cuba Buat Sendiri Di Rumah. Confirm Senang Jer!

Share

Kata orang waktu tengah mengandung macam-macam perkara dan makanan yang diidamkan. Ada yang mudah dan ada pula yang sukar. Tetapi mahu tidak mahu, kenalah penuhi mak buyung kan. Bimbang nanti kempunan pula.

Jika ada ibu-ibu yang tengah teringin nak makan Sangkaya tapi tidak mahu beli. Sebaliknya mahu rasa hasil air tangan sendiri tak perlu bimbang. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Ikut sahaja resipi yang dikongsikan ini.

Resipi Sangkaya Home Made

Bahan-Bahan:

6 helai daun pandan -ambil airnya sahaja

1 biji telur

250ml susu cair

250ml air

150gm gula pasir

2 sudu makan tepung jagung

Secubit garam

Cara Memasak:

1. Kisarkan daun pandan bersama air secukupnya dan tapiskan. Ambil airnya sahaja.

2. Campurkan telur bersama gula. Kacau sebati.

3. Masukkan susu, air daun pandan, tepung jagung dan sedikit garam. Gaulkan hingga sebati.

4. Tuangkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil selama 20 minit. Pastikan adunan sentiasa dikacau.

5. Apabila ia menjadi pekat, tutup apinya dan sejukkan.

6. Ketika menghidang, letakkan sedikit susu cair di atasnya untuk rasa lebih umphh.

7. Roti pula pastikan ia dikukus untuk mendapatkan hasil yang lembut seperti Sangkaya.

Kongsi Tip

# Jangan Kukus Lama
Jangan kukus roti terlalu lama kerana akan membuatka roti terlalu lembik. Cukup hanya 5 hingga 10 minit sahaja dan lihat samada roti yang anda kukus lembut atau tidak.

# Kacau Sentiasa
Pastikan adunan sentiasa dikacau ketika berada di atas api. Ini bagi mendapatkan hasil adunan yang lebih sebati dan enak rasanya.

# Gunakan Api Kecil
Api perlahan membolehkan adunan dimasak dengan lebih baik. Paling penting tidak hangus dan terlalu pekat.

# Tapis Daun Pandan
Daun pandan yang dikisar pula pastikan ditapis sebanyak dua kali. Ini bagi membolehkan kesemua hampasnya tidak tertinggal malah lebih bersih.

# Warna Berlebih
Jangan letak pewarna berlebihan sebab warna hijau yang ‘kuat’ buat rasa pandannya sedikit pahit. Cukup sahaja warna hijau lembut malah rasanya lebih elok.

Foto: Viral Oh Viral