Ajal maut di tangan tuhan, tidak kira usia muda atau tua bila-bila masa sahaja kita akan dijemput pulang ke negeri abadi. Apatah lagi ketika pandemik ini, nyawa seseorang begitu mudah direntap tanpa dijangka.
Inilah yang terjadi pada pasangan suami isteri yang pada awalnya terasa teruja menanti kelahiran anak sulung mereka ke dunia. Namun tanpa diduga si isteri menjadi korban Covid-19 hingga meranapkan impian si ibu untuk menatap wajah anak sulung yang dikandung.
Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin.
Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.
“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.
“Bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.02 kilogram itu pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sebelum kesihatannya merosot.
“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya.
Bayi Dalam Keadaan Sihat
Aiman yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, bayi mereka masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan sihat.
“Buat masa sekarang keluarga arwah isteri di Pendang akan menjaga anak kami memandangkan saya dan keluarga di Pulau Pinang perlu menjalani kuarantin,” jelasnya.
Tambahnya, arwah mahu menamakan anak mereka dengan nama Lilly Elleyna yang diberikan sejak awal kehamilannya.
“Saya sedih kerana kehilangan arwah isteri ketika usia perkahwinan kami baru lebih setahun dan baru menerima kelahiran cahaya mata pertama.
“Saya reda dan perlu lebih kuat untuk menjaga anak pertama kami ini walaupun dia tidak sempat rasa kasih sayang ibunya. Saya juga berharap keluarga dapat mendoakan dan beri semangat kepada saya,” katanya.
Jenazah Allahyarham Izzati Najah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Tengah, Pendang dekat sini pada pukul 12 tengah malam semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Menakala memetik petikan berita di Harian Metro, kakak iparnya turut berasa sedih di atas permergian Izzati Najah dan turut memaklumkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Sumber :Utusan Malaysia & myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500
nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club