Ajal maut di tangan tuhan, tidak kira usia muda atau tua bila-bila masa sahaja kita akan dijemput pulang ke negeri abadi. Apatah lagi ketika pandemik ini, nyawa seseorang begitu mudah direntap tanpa dijangka.
Inilah yang terjadi pada pasangan suami isteri yang pada awalnya terasa teruja menanti kelahiran anak sulung mereka ke dunia. Namun tanpa diduga si isteri menjadi korban Covid-19 hingga meranapkan impian si ibu untuk menatap wajah anak sulung yang dikandung.
Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin.
Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.
“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.
“Bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.02 kilogram itu pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sebelum kesihatannya merosot.
“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya.
Bayi Dalam Keadaan Sihat
Gambar sekadar hiasan
Aiman yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, bayi mereka masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan sihat.
Ads
“Buat masa sekarang keluarga arwah isteri di Pendang akan menjaga anak kami memandangkan saya dan keluarga di Pulau Pinang perlu menjalani kuarantin,” jelasnya.
Tambahnya, arwah mahu menamakan anak mereka dengan nama Lilly Elleyna yang diberikan sejak awal kehamilannya.
“Saya sedih kerana kehilangan arwah isteri ketika usia perkahwinan kami baru lebih setahun dan baru menerima kelahiran cahaya mata pertama.
“Saya reda dan perlu lebih kuat untuk menjaga anak pertama kami ini walaupun dia tidak sempat rasa kasih sayang ibunya. Saya juga berharap keluarga dapat mendoakan dan beri semangat kepada saya,” katanya.
Jenazah Allahyarham Izzati Najah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Tengah, Pendang dekat sini pada pukul 12 tengah malam semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Ads
Menakala memetik petikan berita di Harian Metro, kakak iparnya turut berasa sedih di atas permergian Izzati Najah dan turut memaklumkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan hanya mereka yang bekerja terlibat, bahkan anak-anak turut menerima tempias. Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah.
Terbaru Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka kepada semua pelajar kecuali bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan sahaja.
Justeru, selepas ini, pihak sekolah mengambil keputusan untuk memberi kerja sekolah secara online. Namun timbul isu kesukaran untuk mencetak kerja rumah yang diberikan , terutama bagi mereka yang tidak memiliki peralatan seperti laptop dan sebagainya.
Namun, isu ini mudah untuk ditangani. Saudara Fizie JoeKer berkongsi cara untuk memudahkan ibu bapa dan anak-anak mencetak terus menggunakan handphone tanpa perlu guna laptop.
#PKPday27
Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu..😊😊
Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu..jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya…😅😅
Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni..
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)
✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)
✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat hp korang,cari kat dalam playstore)
Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting.. Siaapppp!!! 😁😁
Senang je kan.. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat korang boleh share.. tak payah mintak izin.. dipersilakan.. ermm😑😑
Ketika hamil, ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil jumlah makanan yang mencukupi malah makanan yang berkhasiat untuk membantu otak anak berkembangan dengan baik.
Disebabkan itulah ibu perlu mengambil jenis makanan yang segar dan berkhasiat tinggi untuk merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan.
Buah-buahan antara yang diwajibkan ambil ketika hamil. Namun bagaimanapula dengan buah durian? Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak berkongsi nutrisi terbaik untuk merangsang otak bayi dalam kandungan serta ulasan mengenai buah durian ini untuk ibu hamil.
Bolehkah ibu hamil makan durian?
Dalam pada itu, Dr Rizal juga turut mengulas mengenai pengambilan durian ketika hamil. Dan bagaimana pula untuk perkembangan sel darah merah kepada fetus dalam kandungan ibu?
” Kandungan durian ini ada macam-macam jenis. Ada pelbagai khasiat yang berbeza. Jika betul-betul teringin ambillah durian dengan isi yang berwarna kuning kerana tinggi beta kerotinnya berbanding isi yang bewarna putih.
” Pun begitu elakkan mengambil durian pada jumlah yang banyak kerana boleh memberi kesan pada bayi. Cukup hanya ambil pada jumlah yang sedikit sahaja.
” Malah pengambilan nenas juga tiada sebarang kajian ia boleh memberi kesan kepada bayi. Ambillah pada jumlah yang sedikit, jangan berlebihan,” kongsi Dr Rizal.
Jangan dilupa pengambilan makanan dengan nutrisi zink yang tinggi kerana ia membantu perkembangan otak bayi.
Antara makanan dengan kandungan zink yang tinggi adalah seperti tembikai, ayam, bayam, badam, dark coklat, ikan salmon begitu juga dengan ikan kembung yang sama khasiatnya dengan ikan salmon.
Ibu hamil juga dinasihatkan makan makanan dengan vitamin C yang tinggi untuk menghasilkan kulit anak dan bayi yang cantik ketika hamil.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Batuk walau dianggap sakit biasa-biasa sahaja, namun jika berminggu-minggu menanggung deritanya memang perit juga dirasakan.
Puas dimakan pelbagai ubat, andai tidak serasi bolehlah dicuba petua ini dengan menghasilkan minyak untuk diusap di beberapa bahagian tubuh. Dikatakan, cara rawatan ini dapat membantu meredakan batuk bagi yang serasi.
Jadi apa kata ketahui cara penyediaan minyak tersebut yang dikongsikan oleh wanita ini untuk merawat batuk cucunya.
Cara buat minyak bawang putih yang saya buat untuk cucu batuk…
Alhamdulillah.. . Memang mujarab…
Cara penggunaan:
Usapkan 2 kali ke telapak kaki dia, lalu betis, belakang dan dada… langsung lega batuk nya…
Caranya buat minyak bawang putih
1 – mula-mula ambil sebuku bawang putih lalu dibakar dalam kuali dan tutup…. Bakar agak-agak dah naik baunya dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan..
2 – ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak diatas bawang yg sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 menit…
( boleh gunakan minyak yang anak biasa pakai. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh. Saya guna minyak kelapa masak sendiri)
3 – tumbuk hancurkan bawang kedalam minyak tadi. Hingga Bawang sudah menjadi lembut. Dah boleh oleskan ke telapak kaki anak, ke betis belakang serta dada anak .
Insha Allah anak akan merasakan reda batuk nya dan batuk akan sembuh dengan izin Allah.. Cuba lah.. Mudahkan .
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.