Rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. 8 tahun membina rumah tangga bersama, namun rezeki untuk menimang si kecil bernama anak masih belum ada. Begitu pun pasangan suami isteri ini cukup reda dan terus sabar menanti.
Terbaru Achey Bocey, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahya telah mengambil seorang anak angkat perempuan.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu nyata memberi kegembiraan dan sinar buat pasangan ini.
Ringan tulang bantu isteri
Sifat penyayang dan penuh keibubapaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya. Apa lagi bila Achey sendiri sangat rajin dan ringan tulang membantu isterinya.
Nyanyi lagu untuk anak
Terbaru dia memuatnaik video mencuci pakaian si kecil sambil menyanyi. Pelbagai reaksi pengikut dilaman instagramnya. Rata-rata memuji dan tak kurang ada yang sebak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Achey.
Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat kelak.
Sumber: Ig Achey Bocey