
Hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman kembali jernih apabila mereka dilihat berkumpul dalam sebuah majlis aqiqah anak kedua Shila.
Menerusi Insta Story ibunya, beberapa momen manis ketika majlis berlangsung turut dikongsikan olehnya.
Majlis akikah buat anak kedua Shila bersama Ubai MZ, Rhea Akira yang kini berusia empat bulan dilihat cukup meriah dengan tema merah jambu.
Malah Shila dan keluarga juga turut dilihat mengenakan warna sedondon merah jambu sedondon.
Majis penuh meriah itu pastinya bertambah indah dengan penyatuan semula ahli keluarga ini yang dinantikan ramai malah mendoakan yang terbaik buat keluarga Shila.
Sekadar info, kemelut keluarga Shila menjadi bualan apabila penyanyi itu didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo yang terletak di Hulu Langat.
Walau bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa dia hanya berniat untuk mencari rumah baharu yang lebih kecil untuk ibunya dan keluarga.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ini Khasiat Surah Al-Ikhlas Yang Kita Kena Alert. Ayat Yang Ringkas Tetapi Luar Biasa Manfaatnya!

Al-Quran merupakan panduan dan petunjuk kepada setiap muslim. Hebatnya lagi, dapat memberikan kebaikan bagi mereka yang rutin membacanya.
Mungkin kita sering mendengar bahawa membaca Al Quran berfaedah untuk kesihatan mental, emosi, spiritual, dan fizikal. Begitu juga dengan surah Al-Ikhlas. Biarpun ayat yang pendek dan ringkas tetapi maafaatnya luar biasa.
Ikuti perkongsiannya.
“Khasiat Surah Al-Ikhlas”
1 -Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2 – Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
3 – Menghindari Kesukaran
a – Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b -Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
4 – Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
5 – Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a – Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b – Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
6 – Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
7 – Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
8 – Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
9 – Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
10 – Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
Alhamdulillah
Kredit: Pakar Diari Hati
Berebutlah Jaga Orang Tua. Jangan Disebabkan Harta Tak Seberapa, Kita Adik Beradik Bergaduh, Bermasam Muka.

Sejak kecil kita diberikan kebahagiaan oleh ibu bapa, manakala adik beradik pula didik supaya saling kasih sayang dan bergaduh semasa sendiri. Bak kata, abang jaga adik, adik sayang abang kakak. Justeru lahirlah sebuah keluarga bahagia.
Namun, hanya disebabkan harta pusaka ajer, ada segelintir ahli keluarga mula bermasam muka. Hubungan adik beradik mula renggang.
Sebagaimana perkongsian ini, peringatan buat kita bahawa, usahlah berebut harta ibu bapa, tetapi berebutlah untuk menjaga orang tua ketika mereka masih hidup. Selain itu, usahalah cari harta atau aset sendiri, jangan mengharap harta pusaka yang tidak seberapa!
Ikuti perkongsian ini.

Pesan kat adik-beradik kita..
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset..
Bagi ada harta dengan nama sendiri.
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnti.. jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jgn fikir, jgn berharap.. jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..
Jangan..
Sebab nanti bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup² bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt² “hak” kita…
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini.
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka..
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orANg tua kita kan.
Tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”.
Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Moga kita muhasabah dengan peringatan ini.
Kredit: Shahros
Suami Isteri Positif Covid-19, Empat Anak Masih Kecil Tiada Siapa Jaga. Tarik Perhatian Untuk Dibantu!

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di lihat menerusi kemas kini di akaun Facebooknya memaklumkan seorang ayah kepada lima orang anak yang dikenali sebagai Ikhwan sedang menjalani kuarantin di rumah sementara isterinya dan seorang anaknya berusia sebulan menerima rawatan di hospital.
Menurut beliau lagi, keadaan itu menyebabkan Ikhwan terpaksa menjaga anak-anaknya walau sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ikhwan telah disahkan positif covid dan sedang dikuarantin dirumah. Ketika dia bercakap dengan saya, terasa betapa risau dan kusut dirinya. Isteri dan bayi berusia sebulan telah dimasukkan ke hospital, tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun dirumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid pagi esoknya.
“Saya amat terkejut bila mendapati pesakit covid yang sepatutnya dikuarantin, tetapi harus bergerak ke sana sini dirumahnya untuk menjaga keperluan anak-anaknya, termasuk memberi makan bayi berusia setahun kerana tiada orang dewasa lain dirumah.
“Banyak perkara perlu saya selesaikan dalam jam-jam berikutnya. Saya perlu segera menguruskan ambulans untuk membawa anak-anak ini membuat ujian calitan kerana tiada sukarelawan yang sanggup membawa mereka ke hospital atas sebab keselamatan.
“Jika tiada ambulans, saya sendiri perlu membuat ujian calitan kepada semua anak-anak dirumah ini seperti yang disyorkan Klinik Kesihatan.
“Ikhwan sememangnya tidak perlu berada diposisi ini untuk menjaga anak-anaknya. Saya terpaksa menguruskan permit perjalanan untuk ibunya di Puchong ke Wangsa Maju untuk membantunya. Seterusnya, rumah juga perlu disanitasi. Setelah melalui banyak kesukaran, akhirnya semua selesai,” menurutnya dengan panjang lebar.

Keadaan Semakin Serius
Yee Kew menjelaskan lagi, “Pagi ini, saya dan pembantu datang ke rumahnya dengan memakai PPE penuh, lengkap dengan pelitup muka, kit ujian calitan covid. Ketika dalam perjalanan, saya diberitahu, keadaan Ikhwan bertambah serius. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemah serta tertekan.”
“Saya katakan kepada Ikhwan, bertenang! Semuanya akan baik-baik sahaja.
Nasib baik, pasukan sanitasi tiba tepat pada masanya dan ambulans juga sampai serentak.
“Selesai proses sanitasi rumah, Ikhawan dan anak-anaknya sudah sedia untuk ke hospital dengan ambulans,”katanya lagi.
Mohon Doakan
Yee Kew juga mohon agar kita semua sama-sama mendoakan agar keluarga ini segera sembuh.
“Marilah kita sama-sama doakan, kesembuhan yang cepat kepada keluarga Ikhwan. Saya menantikan saat untuk berjumpa dengan anak-anak perempuannya yang comel dan membesar dengan kuat dan sihat!
“Inilah kehidupan seorang ahli parlimen ketika pandemik!,” kongsinya.
Sumber : Dr. Tan Tee Kew
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club