Sebagai seorang ibu sudah semestinya kita mengharapkan anak yang kita lahirkan akan menjadi seorang yang baik dan berjaya dalam hidup.
Namun sejujurnya, tanggungjawab mendidik anak ini bukanlah suatu tugas yang mudah.
Dalam hal ini, kita sebagai ibu perlu lakukan beberapa usaha dan perlu jadikan amalan agar konsisten dan berpanjangan dalam mendidik anak-anak.
Untuk itu, di sini ada 11 pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak yang boleh kita jadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
Ads
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
Ads
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
Ads
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.
Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.
Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh TNB ini.
Tak susah pun malah ia juga tidak menggunakan sebarang modal. Tak percaya, jom baca ni!
1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!
2. Pastikan filter penghawa dingin anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisien.
3. Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.
4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih
5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali
6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!
7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:
8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen
9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan
10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja
11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda
12. Suhu penghawa dingin yang paling efisien adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun
13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air Tip lain yang boleh anda lakukan:
Gunakan lampu meja untuk pencahayaan khusus sahaja. Boleh juga gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi bilik pada waktu siang.
Elakkan membuka peti sejuk dengan kerap kerana lebih tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu rendah.
Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan suhu rendah.
Tukar peralatan elektrik yang melebihi tempoh 10 hingga 15 tahun bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Tutup dan tanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Gunakan tangga ke aras terdekat bagi menjimatkan elektrik.
Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. 😉
Perginya seorang wanita bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil pastinya cukup terkesan untuk seisi keluarga meneruskan kehidupan tanpanya. Sama ada bagi si suami mahu pun anak-anak. Sekelip mata perjalanan hidup telah berubah 360 darjah. Begitulah yang dialami oleh Nazri Ahmad bila isterinya dijemput Ilahi pada tanggal 6 Februari 2021 yang lalu.
Apa yang lebih menyentuh perasaannya bila mana dia terbaca whatsapp Indah, anak perempuan mengadu tentang betapa dia sedih menguruskan pelbagai kerja di rumah. Sebagai ayah, hatinya seakan retak seribu dan merasakan betapa gagalnya menjadi ayah terbaik buat Indah.
Semalam baca whatsapp Indah.
Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain saya.
Hati retak seribu rasanya. Feels like a failed daddy.
Saya di Cheras on the way ke Bangi semalam masa ni, dan sepatutnya lepas setel di Bangi ada niat nak jumpa kawan sekejap di situ yang mai dari Kulim.
Tapi semua tu saya cancel. Perjalanan dari Cheras ke Bangi tu rasa macam jauh sangat. Dan dari Bangi patah balik ke Shah Alam tu speeding macam apa lagi. Lantaklah nak dapat surat speeding ka apa.
Nak cepat-cepat ja sampai rumah. Rasa macam Indah ni dah burn out. Luluh ja hati ni.
Dalam banyak anak, dia sorang ja yang betul-betul boleh buat abah jadi serba tak kena.
Harapnya ada sinar di sebalik semua kesedihan dan ketidakpastian dalam nak adapt semua benda baru ni.
Bahagia itu kita cipta dan akan datang sendiri nanti in sha Allah.
* Gambar pertama tu, tahun lepas. 2020.
Passed away. Sudden death | 6th Feb 2021
Saya tak pernah pun bebani anak dengan tugasan wajib di rumah handle adik-adik. Itu cuma rutin harian even semasa Natasha masih ada pun. In fact, tugasan tu mama sendiri yang assign for every kids of our own.
Pemergian mama tu satu yang mengejut tanpa sakit demam. Siang keluar buat kerja. Balik malam tu, tiba-tiba habis umur sampai ajalnya. Of course. Bebanan emosi masih terasa till now.
Rutin harian yang dah biasa pun, tiba-tiba jadi luar biasa letihnya. Rindu. Memori lama bersilih ganti datang dan pergi. Benda ni masih dalam proses healing.
Untuk umur semuda dia 12 tahun. Mestilah ada masa rasa letih. And it is a good thing anyway bila dia ada tempat nak luahkan.
Parenting setiap orang berbeza-beza. Just don’t simply compare it between you and me. Kita mungkin dalam situasi yang sama. Tapi jalan berbeza-beza. Indah dapat tahu cerita ni tadi. Dia kata tak baik tau simply cakap sebarangan.
Teka teki akhirnya terjawab, akhirnya ‘kekasih’ sebenar Syifa Melvin terbongkar.
Baru sahaja rangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama pasukan JDT pada hari Sabtu yang lalu, semalam sekali lagi merupakan kemenangan kepada pemain sayap JDT ini apabila sah menjadi suami kepada influencer terkenal, Syifa Melvin dengan sekali lafaz.
Pada majlis pernikahan berkonsep dalam taman tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.
Pada majlis itu, Safawi menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.
Majlis ijab qabul dan resepsi yang bertemakan serba putih dan menutup aurat itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat kedua belah pihak serta media.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT dan Sabah FC.
Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.
Untuk makluman, Syifa Melvin merupakan adik kepada Syatilla Melvin dan adik ipar kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...