Ibu Kena Ajar Anak Tip Pantas Kupas Bawang Putih, 6 Cara Ni Rugi Kalau Tak Tahu!

Share

Sifat bawang putih yang kecil dengan ulasnya yang runcing membuatkan ia cukup sukar dikopek. Bukan itu sahaja, malah ia mengambil masa untuk memasak dengan lebih pantas.

Disebabkan itulah ada wanita yang sanggup membeli bawang putih yang sudah siap dikopek. Selain cepat dan mudah, tak perlulah anda fokus pada ulas bawang yang kecil dan menyukarkan.

Namun ada caranya untuk anda kopek bawang putih dengan lebih pantas. Pastinya ia lebih menjimatkan masa anda di rumah. Anak-anak pasti tak merungut kalau diminta mengupas bawang. Kerja jadi mudah. Cuba ni!

Rendam Air
Salah satu cara adalah dengan merendamkan bawang putih di dalam air. Leraikan satu labu bawang putih dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi air. Biarkan seketika kemudian barulah dikupas kulitnya. Lihatlah hasilnya.

Goncang
Cara ini sedikit berbeza namun sangat membantu. Leraikan satu labu bawang putih dengan menekannya dengan kuat. Kemudian golek-golekkan dengan tapak tangan. Apabila kesemuanya sudah terpisah, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncangkan dengan kuat beberapa kali. Buka dan lihat hasilnya, bawang anda sudah sedia terkopek dengan sendirinya.

Guna Pisau Rata
Pisahkan butiran bawang putih satu persatu dan tekan menggunakan pisau rata. Pastikan permukaan landas rata dan sekata. Tekan dengan pisau dan hasilnya bawang putih dan terkopek. Buanglah kulitnya.

Panaskan Dalam Microwave
Jika anda memiliki microwave di rumah, masukkan bawang putih ke dalam microwave dan panaskan selama beberapa minit. Hasilnya kulit akan mengelupas dengan sendirinya.

 

Bungkus Kain
Menggunakan kain juga adalah petua yang mujarab. Pisahkan labu bawang putih satu persatu kemudian bungkus bawang putih dengan kain. Buat bunjut kemudian gosokkan dengan menggunakan tangan. Ini akan membuatkan kulit bawang menggelupas dengan mudah.

Alat Silikon
Yang perlu anda tahu, sejenis alat khas dicipta untuk memudahkan proses mengupas kulit bawang ini. Silikon khas ini boleh anda dapati di kedai menjual peralatan dapur. Masukkan seulas bawang putih ke dalam bekas silikon kemudian tekan dan golekkan.