Sifat bawang putih yang kecil dengan ulasnya yang runcing membuatkan ia cukup sukar dikopek. Bukan itu sahaja, malah ia mengambil masa untuk memasak dengan lebih pantas.
Disebabkan itulah ada wanita yang sanggup membeli bawang putih yang sudah siap dikopek. Selain cepat dan mudah, tak perlulah anda fokus pada ulas bawang yang kecil dan menyukarkan.
Namun ada caranya untuk anda kopek bawang putih dengan lebih pantas. Pastinya ia lebih menjimatkan masa anda di rumah. Anak-anak pasti tak merungut kalau diminta mengupas bawang. Kerja jadi mudah. Cuba ni!
Rendam Air
Salah satu cara adalah dengan merendamkan bawang putih di dalam air. Leraikan satu labu bawang putih dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi air. Biarkan seketika kemudian barulah dikupas kulitnya. Lihatlah hasilnya.
Goncang
Cara ini sedikit berbeza namun sangat membantu. Leraikan satu labu bawang putih dengan menekannya dengan kuat. Kemudian golek-golekkan dengan tapak tangan. Apabila kesemuanya sudah terpisah, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncangkan dengan kuat beberapa kali. Buka dan lihat hasilnya, bawang anda sudah sedia terkopek dengan sendirinya.
Guna Pisau Rata
Pisahkan butiran bawang putih satu persatu dan tekan menggunakan pisau rata. Pastikan permukaan landas rata dan sekata. Tekan dengan pisau dan hasilnya bawang putih dan terkopek. Buanglah kulitnya.
Panaskan Dalam Microwave
Jika anda memiliki microwave di rumah, masukkan bawang putih ke dalam microwave dan panaskan selama beberapa minit. Hasilnya kulit akan mengelupas dengan sendirinya.
Bungkus Kain
Menggunakan kain juga adalah petua yang mujarab. Pisahkan labu bawang putih satu persatu kemudian bungkus bawang putih dengan kain. Buat bunjut kemudian gosokkan dengan menggunakan tangan. Ini akan membuatkan kulit bawang menggelupas dengan mudah.
Alat Silikon
Yang perlu anda tahu, sejenis alat khas dicipta untuk memudahkan proses mengupas kulit bawang ini. Silikon khas ini boleh anda dapati di kedai menjual peralatan dapur. Masukkan seulas bawang putih ke dalam bekas silikon kemudian tekan dan golekkan.
“Kita Dah Jadi Sebuah Keluarga.” Makhlok Macho, Abang Yang Penyayang Kongsi Berita Kehamilan Isteri
Kisah adik-beradik ini pernah tular sebelum ini apabila si abang menunjukkan keprihatinan dan sikap penyayang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa .
Dikenali sebagai ‘Makhlok Macho’ di laman sosial, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari sangat famous di laman sosial kerana sering menghasilkan video bersama adik istimewanya iaitu Afiatul Salsabila.
Dia yang digelar si abang penyayang berkongsi video gelagat nya menyakat si adik begitu mencuit hati benar-benar menarik perhatian pengguna media sosial.
Sehingga kini, aksi dua beradik ini tetap menjadi perhatian warganet. Walaupun si abang sudah pun mendirikan rumah tangga, namun hubungannya dengan adik tetap utuh.
Sikap sporting isteri yang turut serta di dalam setiap video menunjukkan dia boleh menerima insan istimewa ini.
Terbaru Bengah berkongsi berita gembira yang isterinya kini sedang berbadan dua. Berita tersebut dimuat naik di dalam instagramnya.
Apa yang melucukan, jika sebelum ini dia sering dimarahi isteri tetapi kali ini isterinya menangis kesukaan.
Syukur Alhamdulillah atas kurnian rezeki ini..
.
Kita (suami) nak tanya lebih lebih takut isteri stress. Kita diam jela.. nak bagitahu umum macam terlalu awal. Harini pergi klinik buat pemeriksaan.. dan isteri cakap “KITA DAH JADI SEBUAH KELUARGA” awww… pedih mata kena jerebu! 🥺
.
Macam biasa la.. Suami dah plan nak bagi bunga pada isteri tanda kasih dan sayang suami pada isteri. Suami akan jaga isteri dan anak kita.. yang ni kelakar sikit. bagi bunga ros pon kena marah! 😅 bagi dua jambak bunga terus menangis! 😂 suami tahu kesukaan isteri ialah dapat hadiah bunga.. 😊🌸
.
Terima kasih yang memberi ucapan dan yang mendoakan juga. jangan penat berhenti berdoa.. Aku dah jadi Ayah.. amin ya rab. Allah Sayang 🌸
.
ALLAH HUAKBAR
.
Sukar nak digambarkan dengan kata kata perasaan ni. level berapatah perasaan ni.. 😭
.
Alhamdulillah.. Terima Kasih Cinta. Suami Sayang Isteri.. 🌹
.
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak
#MakhlokMachoJr
View this post on InstagramA post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on
View this post on InstagramA post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on
View this post on InstagramA post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on
Tahniah kepada pasangan ini, pasti Afiatul tak sabar nak menimang anak saudara.
sarancak Congratsssss!! Afiathor la paling happy dapat makhluk baru boleh buli ni! 😂
sushika_hq alhamdulillah tahniah bengah & cik bunga.. kami jgk tumpang gembira.. ❤️
allysavienetta Alhamdulillah..Tahniah bengah dan cik bunge. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak tgu jr bengah+cik bunge 👪
taritahanami Tahniah, Alhamdulillah. Teringat dulu2 masa pregnant, bagitau my ex tapi… Dia langsung tak happy. Tetiba teringat pulak kisah lalu. Tak mcm @makhlokmacho siap bagi 2 jambak bunga ros lagi. Alhamdulilah moga terus jadi suami yang sentiasa menjaga hati isteri. Saling menyayangi. Anyway, my life much much better and happier than before now. Alhamdulillah 😍
suzanabaharom Tahniah akhirnya berita sungguh gembira buat kalian berdua.. moga Allah permudahkan urusan cik Bunga semasa hamil nanti
Sumber: makhlokmacho
Fobia Anak Kena HFMD 3 Kali Berturut-Turut Dalam Masa 5 Bulan, Wajib Sediakan Beg Kelengkapan Setiap Kali Keluar!
HFMD yang masih belum menampakkan tanda-tanda untuk surut semakin membimbangkan ibu ayah. Nak bawa anak keluar berjalan atau hanya
sekadar membeli barang keperluan rumah juga buat ibu ayah makin risau.
Sikap berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan perkara yang membolehkan kuman dan virus ini dijangkiti seperti penggunaan troli di mall dan indoor playground sebaiknya dielakkan. Ini penting!
Selain itu ibu ayah juga perlu bersihkan tangan anak-anak sebaik bermain. Mahu lebih yakin lagi, ibu bolehlah mencontohi doktor manis ini demi memastikan anaknya bebas virus ini.
Anaknya yang sudah tiga kali terkena jangkitan HFMD ini dalam masa 5 bulan buat dia semakin takut. Fobia dengan situasi ini, Hani Mynis sediakan beg lengkap khusus untuk elakkan HFMD setiap kali keluar. Wajib contohi!
Beg jalan Aqil (& pencegahan HFMD)
Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kitorang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal
setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground” ?).
Oleh itu, kitorang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kitorang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.
Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni ?
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajibkan bawa dalam beg jalan Aqil ni, hani buatkan post panjang lebar ni.
List Barang Wajib Ada:
Penting:
1. Antibacterial wipes
Ni kiranya barang paling penting yang wajib ada dalam beg jalan Aqil ?. Hani gunakan untuk lap troli, ‘baby chair’ kat restoran atau kedai makan, atas meja makan kat restoran/kedai makan pun hani lap kadang2 terutamanya kat kawasan Aqil akan pegang.
Dalam beg ni juga ada tisu basah.
2. Hand sanitizer
Benda kedua penting. Hani lebih suka Hand sanitizer jenis spray macam ni. Senang nak guna. Hani sembur kat tangan dia sejurus dia masuk kereta dari mana-mana tempat yang kitorang pergi (dari pasaraya/taman permainan/indoor playground) sebab dia dalam kereta suka makan biskut.
3. Gel aloe vera
Untuk pelbagai kegunaan macam hani pernah share dalam post “medical kit Aqil” sebelum ni. Punyalah berkesan, untuk medical kit Aqil pun ada untuk beg jalan Aqil pun ada benda alah ni. Terutamanya untuk merendahkan suhu badan dia kalau badan dia dedor dalam kereta atau demam dalam perjalanan ke klinik.
4. Sapu tangan / napkin
5. Plastik sampah (bonus kalau wangi ?)
Untuk masukkan pampers anak yang dipakai, atau masukkan baju kotor
Lagi-lagi sekarang musim HFMD tengah merebak, kalau terpaksa masukkan Aqil dalam troli, sebelum itu kitorang lap dulu di bahagian pemegang dan tempat yang boleh dia capai dengan ‘antibacterial wipes’.
Hani sembur juga ‘hand sanitizer’ pada tangan Aqil sebelum dia duduk dalam troli dan sejurus kitorang masuk ke dalam kereta lepas membeli belah ni.
Sekarang tengah musim ni, kalau boleh elakkan lah bawa anak ke ‘indoor playground’ terutamanya untuk anak kecil bawah 3 tahun. Huhu mereka paling mudah terjangkit sebab antibodi masih lagi belum berkembang sepenuhnya.
Lagi-lagi kalau anak sejenis yang masukkan semua barang dalam mulut, bola-bola dalam “ball pit” tu pun dia nak masukkan dalam mulut.
P/s: Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we
can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.
Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin
anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.
Kredit: Hani Mynis
Suami Ni Ada Cara Didik Dirinya Agar Dapat Kurangkan Beban Isteri Urus Kerja Rumah. Memang Awesome!
Perkongsian daripada seorang lelaki yang juga merupakan seorang suami ini harus dibaca dan difahami oleh pasangan suami isteri yang lain. Penulisannya cukup ringkas namun padat, bagaimana dirinya boleh cuba memahami situasi isterinya yang sibuk dan dengan sendirinya tidak kekok untuk melakukan pelbagai kerja rumah demi meringankan beban isterinya.
Nyata tanggungjawab dalam mengurus rumah tangga harus dipikul bersama dan bukannya meletakkan di atas bahu si isteri semata-mata. Apatah lagi jika isteri turut membantu suami menambahkan sumber pendapatan keluarga.
Untuk itu, baca artikel penuh yang ditulis oleh lelaki bernama Muhammad Hassan ini dan semoga memberi input dan impak positif dalam mengurus rumah tangga pada masa kini.
Saya cuba didik diri sendiri, jika balik kerja isteri tidak hidangkan air atau lambat masak untuk sedangkan saya lapar, saya akan cuba kedapor buat air sendiri dan pelawa isteri nak minum air apa atau makan apa, saya akan cuba sediakan. Kadang-kadang kita(suami) juga perlu memahami keadaan isteri lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya dan mempunyai anak kecil.
Mereka bukanlah malas untuk sediakan semua itu setiap hari. Ada yang dah kahwin 10 -15 tahun, suasana akan banyak berubah. Anak mungkin 3 atau 5. 5 orang anak 5 ragam. saya adik beradik 12 orang, pasti ragamnya tidak sama. bayangkan kalau 5 orang semuanya masih kecil. 2 serang diruang tamu, 2 lagi serang di bahagian dapor, 1 lagi jadi sniper dalam bilik mak ayah,saya sudah boleh bayangkan keadaan seorang ibu ketika itu.
Kadang-kadang kita suami tidak perlu buat apa-apa lagi hatta ubat gigi tidak payah lagi picit, langsung gosok gigi sahaja. Sekarang mungkin isteri terlalu penat dengan kerja rumah, lagi penat jika isteri bekerjaya, balik rumah langsung perlu buat apa yang patut untuk suami dan anak-anak.
Hari ini Saya didik diri saya bukan lagi untuk isteri perlu memahami kehendak saya, sebaliknya saya perlu berusaha untuk memahami apa yang dapat mengurangkan beban isteri. Masak, sediakan air, menyapu, mop lantai, kemaskan katil, basuh baju, bukan lagi tugas wajib isteri, sebaliknya saya perlu faham itu juga tanggungjawab saya.
Salah satu keretakan rumahtangga adalah disebabkan masing-masing tidak mahu memahami pasangan, masing-masing cuba untuk pasangan memahami kehendak diri sendiri. Sebenarnya ini salah,ini punca keluarga tidak bahagia. Saya dan kita semua perlu berubah, perlu berusaha memahami pasangan, memahami dalam hal yang positif dan tidak bertentangan dengan ugama. Letak jiwa pasangan dalam jiwa kita. Sebagaimana awal berkenalan dahulu.
“Mana air? aku balik penat2 dari kerja kau tak faham ke ? masak pun Lambat!”
Saya slalu dapat PM begini, suami balik kerja marah isteri, lepas marah , pukul , langsung keluar rumah cari kawan. Ini salah , cukup salah. Kita perlu faham kenapa lambat masak, kenapa lambat sediakan air. Cuba satu hari ‘mengintip’ isteri dirumah. Apa dia buat dari pagi sampai petang. Jika anak sorang mungkin boleh terima, jika anak 5?. Ada kita pergi dapor tengok keperluan untuk memasak? Ikan, ayam, sayuran dan barang2 lain. Ini cukup salah jika saya tidak belajar bagi masa untuk ke dapor tengok apa perlu dibeli, bukan tunggu isteri yang senaraikan.
Masalah perut jangan jadikan satu isu besar, kadang-kadang lucu jika suami isteri bergaduh sebab lambat masak, lambat hantar air. Yang kita kena ‘gaduh’ kenapa hari ini tidak solat dhuha, kenapa abang hari ini tidak solat berjemaah di masjid, kenapa hari ini isteri tidak tutup aurat dengan sempurna dan banyak lagi kita perlu ‘gaduh’ dalam hal yang lebih besar terutama tentang akhirat.
kata orang lama, “suami isteri perlu ‘gaduh’ , sebagaimana lidah lagikan tergigit, tetapi ‘tergigit’ jangan sampai jadi ulcer, lambat nak baik nanti, perlu jumpa doktor untuk rawat.
BERSYUKURLAH PUNYAI PASANGAN YANG SANGAT MENGHARGAI KITA.
-EncikMatt-
sumber : Muhammad Hassan