Ibu kanak-kanak dua beradik termakan keropok ada racun tikus rayu doakan anak kembali sembuh. Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar, Kulim, Kedah.
Ibu Kanak-kanak Dua Beradik Termakan Keropok Ada Racun Tikus Rayu Doakan Anak Kembali Sembuh
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
“Saya rayu orang ramai titipkan doa buat dua beradik ini semoga segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.
“Terima kasih dan semoga ada doa dalam kalangan kalian yang dikabulkan Allah SWT.”
Begitu rayuan Nurain Hasnorizal, 25, mengenai perkembangan dua anaknya yang kini kritikal dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus.
Dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah itu, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun masih tidak sedarkan diri dan di bawah pemantauan doktor.
Katanya, doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya tetapi mereka akan cuba yang terbaik.
“Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya yang tidak stabil.
“Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah ‘teruk’,’ katanya.
Mengenai perkembangan Muhammad Luth Syauqi pula, Nurain berkata, anak keduanya itu masih dalam keadaan koma.
“Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma.
Ads
“Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya,” katanya yang juga operator kilang.
Nurain berkata, ketika kejadian dia menyedari anaknya masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian, anak bongsunya diserang sawan.
Katanya, dia turut memeriksa keadaan anak sulungnya yang dalam keadaan serupa selain mulut berbuih.
“Saya lihat ada plastik makanan ringan dan yakin mereka sudah termakan keropok dicampur racun tikus itu yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet.
“Berikutan keadaan kritikal, mereka dipindahkan dari Hospital Kulim (HK) ke HPP,” katanya.
Ads
Turut kelihatan di perkarangan HPP adalah sanak saudara mangsa yang menemani Nuraini.
Bercucuk tanam sayur-sayuran memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika hendak menuai hasilnya. Pasti terasa puas hati, hilang terus rasa penat. Pun begitu, tidak semua boleh bercucuk tanam. Apatah lagi jika tinggal di kawasan perumahan yang sudah pastinya ruang tanah adalah terhad.
Tapi tidak bagi Puan Emma Azie Aziz, baginya walau ruang tanah dikediamannya terhad namun sejak enam bulan lalu telah pelbagai jenis tanaman diusahakannya. Tambah menarik perhatian, sayur-sayuran yang ditanam nampak begitu subur.
Nak tahu bagaimana tipsnya, ikuti perkongsian ini.
Siapa seperti saya tinggal rumah teres macam-macam sayur nak tanam, 6 bulan yang lalu saya suka tanam bunga.. Suami perli, tanam bunga bukan boleh di makan..akhirnya inilah hasilnya sayuran silih berganti.
Baja guna baja organik buat sendiri. Kangkung + ikan + gula merah peram 2 minggu dah boleh guna.. Nak cantik biar sebulan..
Cara guna :
pertama: 10 ml 1 litter air..siram atas tanah..
Kedua : Bancuh 5 ml 1 liter air spray keseluruhan pokok seminggu sekali.. Letak baja organik sebulan sekali
Media tanam saya buat sendiri daun-daun kering dan sisa-sisa dapur letak paling bawah sebab nak tunggu jadi kompos jenuh tunggu bahagian atas letak tanah hitam yang dah jadi tanah kompos.
sumber : Emma Azie Aziz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan adalah matlamat utama ibu bapa. Lantaran itu, ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja dalam memastikan anak-anak dapat persekitaran pembelajaran yang sempurna. Sebagaimana yang ditonjolkan oleh ibu bapa SK Subang Bestari 2 yang sanggup korban cuti hari minggu untuk datang hias kelas anak. Memang inspirasi cara mereka yang sepakat ini.
Menurut laporan, gps bestari bagi menarik minat murid ke sekolah, seramai 200 ibu bapa, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari 2 berganding bahu membersihkan kelas dan menceriakan persekitaran.
Pengarah aktiviti yang juga Yang Dipertua (YDP) PIBG, SK Subang Bestari 2, Mohd Sani Awang berkata, aktiviti gotong-royong keceriaan kelas dan sekolah yang bermula seawal jam 8 pagi dianjurkan PIBG pada 6 Januari lalu dsertai semua ibu bapa murid sekolah itu.
“Penyertaan ibu bapa yang ramai ini merupakan satu kejayaan kepada aktiviti dijalankan dan saya ucapkan syabas kepada mereka yang sanggup berkorban cuti hari minggu.
“Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah umumnya serta murid di kelas berkenaan,” katanya.
Kata beliau, keceriaan dan kebersihan kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar.
“Pakar psikologi ada mengatakan bahawa kelas yang bersih dan ceria juga boleh memberikan suntikan motivasi kepada murid. Murid akan fokus kepada pelajaran yang diajarkan kerana mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang,” katanya kepada GPS Bestari.
“Program yang telah memasuki tahun kedua ini juga turut memberi hadiah kepada kelas yang paling ramai kehadiran ibu bapa murid,” katanya.
Sumber: www.gpsbestari.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik dan popular ini, Janna Nick yang sering meraih perhatian peminatnya.
Walaupun kadang kala, Janna Nick terpalit dengan kisah yang tak sedap didengar termasuk penampilannya namun hakikatnya dia seorang yang menghargai keluarganya.
Sikapnya yang tidak berkira dan sentiasa santuni keluarga adalah antara asbab rezekinya mencurah.
Selain ucapan hari jadi, Jannah sempat memberi kata-kata semangat kepada adiknya untuk berjaya bergelar doktor. Sweetnya jannah adiknya dengan baik. Patutlah rezeki mencurah tak pernah berkira dengan keluarga.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.