Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga

Sedih, pilu dan menyayat hati melihat wajah satu persatu keluarga ini. Ahli keluarga ini diduga dengan penyakit kanser dan penyakit jantung.

Sementelah itu, sumber kewangan yang terhad menjadikan hidup mereka lebih menyedihkan apabila kos rawatan yang tinggi.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

CABARAN HIDUP

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Kisah keluarga ini tular menerusi perkongsian Zuraini Kamal  di media sosial meruntun jiwa wargamaya.

Kala, ramai antara kita mengeluh dan merungut kerana hidup susah sebaliknya ada yang angkat tangan dan minta kepada Allah memohon kekuatan menghadapi kepayahan hidup.

Menurut Zuraini Kamal, ibu, ayah dan kakak menghadapi masalah kesihatan, dua anak dari keluarga ini nekad untuk mengumpul dana untuk kos rawatan. 

Ads

Katanya lagi, anak ke empat yang baru berusia 14 tahun telah menjadi tonggak keluarga untuk sumber pendapatan.

ANAK-ANAK BERNIAGA UNTUK KUMPUL DANA RM25 RIBU BAGI PEMBEDAHAN KAKI IBU

Pagi ini saya di Padang Serai. Ziarah Keluarga Haniza Pesakit Kanser Otak Tahap 3.
Saya pernah kongsikan Kisah Rahim, anak no 4 yang berusia 14 tahun. Beliau menjadi tonggak keluarga yang membantu sewaktu ibu sakit terlantar dan si ayah pula mengalami Serangan Jantung.

Si Ibu, Haniza pesakit Kanser Otak. Suami menghidap Masalah Jantung (sering keluar masuk wad disebabkan mengalami Serangan Jantung)
Anak no 3, Farah ain berusia 16 tahun. Baru belajar di tingkatan 4. Mempunyai masalah jantung.

Anak yang Sulong, Siti Suraya berusia 24 tahun. Disahkan menghidap Kanser Payudara pada tahun 2020. Beliau sudah menjalani Pembedahan, Rawatan Kimoterapi dan Radioterapi di Hospital Pulau Pinang.

KISAH MERUNTUN JIWA

Ads

Kagum melihat kasih seorang anak ini. Dia sanggup menahan lapar demi memastikan duit perbelanjaan kos rawatan ibunya mencukupi.

Rahim mengakui tak makan di sekolah. Akan balik rumah kalau ada makanan baru makan. Dia akan duduk dalam kelas dan tidak rehat bersama rakan-rakannya.

Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga

Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga

SUMBANGAN

Ads

Sekiranya ada sahabat yang sudi untuk menyumbang kepada keluarga ini boleh terus bank in ke Akaun berikut

Nama Bank : RHB Bank
No Akaun: 15210300055103
Nama : HANIZA BINTI OMAR
HP: 0108068269

Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan yang dilaluinya.

Sumber: Zuraini Kamal

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Ibu & Kakak Hidap Kanser, Ayah Sakit Jantung, Anak Ini Ikat Perut Kumpul Duit Perubatan Keluarga

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI