Kejayaan takkan datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan doa. Itu yang dilakukan oleh anak muda bernama Luqman Suhaimi ini.
Lahir dalam keluarga susah menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib mereka. Anak ke 8 dari 11 beradik ini tidak bersandarkan omongan kosong semata-mata. Sebaliknya, dia mahu membuktikan kejayaan akan dikecapi jika disusuli dengan kesungguhan.
Tidak hairanlah dia bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di London dalam bidang kejuruteraan dengan mendapat tajaan penuh.
Menerusi catatannya di laman instagram, Luqman berkongsi kehidupan mereka adik-beradik.
Mengakui kesusahan ibu ayah antara penguat semangatnya untuk berjaya, Luqman memberitahu ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja sendiri mengambil upah membuat papan tanda. Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Justeru, dia mahu buktikan anak golongan susah boleh berjaya jika mengutamakan pelajaran kerana itu yang akan mengubah nasib keluarga.
“Bukan mudah berada dalam keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik beradik. Ketika rakan-rakan lain pergi bercuti, saya pula hanya mampu berharap dapat mengunjungi pasaraya terdekat semasa cuti hujung minggu.
Ads
“Tetapi saya sangat teruja bila ayah belanja kami adik-beradik makan KFC, itupun sekali dalam tempoh beberapa bulan,”ujar Luqman menerusi kapsyennya.
Malah menurut Luqman lagi, keluarganya juga sering berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah disebabkan ibu ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.
“Jadi masa kanak-kanak saya banyak dihabiskan dalam kejiranan yang berbeza. Saya selalu sahaja terlambat pergi ke sekolah kerana ayah terpaksa menghantar kami adik-beradik ke 3-4 sekolah yang berlainan.
“Sebagai seorang kanak-kanak, saya mempunyai keinginan dan selalu merasa cemburu apabila orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan. ”Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?” Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalan tersebut.
Ads
“Saya terpaksa bekerja keras dalam subjek biologi sewaktu di sekolah menengah dan selalu berharap untuk bertanya pada ayah jika saya boleh mengikuti kelas tambahan. Tetapi, saya tidak sampai hati untuk bertanya padanya kerana saya tahu duit yang ada perlu digunakan untuk menyara adik-adik yang masih kecil,”jelasnya lagi.
Maish segar diingatannya bila mana suatu pagi semasa dalam kelas bahasa Inggeris, cikgu bertanya soalan yang sememangnya dia sudah dapat menjangkanya. “Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?”
Ketika itu, Luqman tahu dia tidak boleh minta dari ibu ayah kerana adik-adik yang lain juga memerlukannya untuk perbelanjaan yuran sekolah mereka.
Ads
“Jadi saya perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan wang. mula-mula saya menjual t-shirt sewaktu di sekolah. Dari situlah, saya mula mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan semasa di sekolah.
“Sehingga usia saya menginjak ke 16 tahun, kehidupan saya mula berubah. Saya mula benci untuk bangun pagi ke sekolah tetapi saya tersedar bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tak bernasib baik dan tidak berpeluang untuk belajar.
“Pernah saya menangis kerana terlalu ingin memakan KFC, tetapi tetapi apabila melihat nasi + telur + kicap pada pinggan, saya rasa beryukur kerana masih mendapat makanan. Saya selalu merungut kerana tidak pernah mempunyai bilik sendiri tetapi apabila melihat bumbung di atas kepala, saya rasa bersyukur mempunyai tempat berteduh.
Hasil daripada rasa bersyukur walau hidup serba kekurangan, sekarang saya dalam perjalanan ke London, mengejar impian segulung ijazah di bawah biasiswa Petronas. Sekarang bukan sahaja saya mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk diri sendiri, tetapi juga saya dapat menghulurkan sedikit bagi membantu keluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih Petronas kerana memberikan saya peluang menyambung pelajaran. Paling penting, terima kasih kedua-dua ibu ayah yang telah banyak berjasa. Jika mereka memberikan apa yang saya mahukan dulu, mungkin saya tidak dapat mempunyai apa yang saya ada sekarang.
Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan juga kekurangan. Walaupun ada ketika kita melihat orang lain lebih banyak kelebihan berbanding kita namun sebenarnya pasti di sebalik kejayaan itu terselit kelemahan yang terpaksa diharungi.
Seperti kisah seorang pemuda ini, mungkin ramai yang melihatnya kekurangannya kerana tidak mampu melihat namun di sebalik itu, pemuda yang bernama Thew Ming Soon ini berjaya membuktikan bahawa dia juga mampu berjaya seperti orang lain.
Pemuda yang berasal dari Johor Darul Takzim ini telah membuktikan bahawa kecacatan yang dihadapinya bukanlah alasan untuk dirinya berpeluk tubuh kepada takdir sebaliknya jika ada usaha, pasti kejayaan akan menyusuli.
Baru-baru ini, Thew Ming Soon telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) di Majlis Konvokesyen UM Kali ke -62.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Universiti Malaysa, Threw Ming Soon telah berkongsi tentang cabaran yang dihadapi apabila pandemik Covid.19 melanda Malaysia dan ketika itu mod pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian.
“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan,” ujurnya berkongsi cerita.
Biarpun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran yang baru, dia tidak pernah berputus asa.
Sebaliknya mencari penyelesaian agar mampu menjalankan pengajian seperti mana sahabat yang lain. Tanpa motivasi dan semangat yang jelas, mustahil semuanya boleh berjalan lancar.
Tambah Ming Soon lagi, matlamat utamanya untuk menyelesaikan pengajian adalah,
“Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga.”
Rezeki bukan sahaja berbentuk harta dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga termasuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan dan kegembiraan.
Begitu juga buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri. Muat naik terkini Datuk Dr Sheikh Muszaphar menarik perhatian ramai di instagramnya.
Beliau memuatnaik video isterinya berbisik kepadanya berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Nyata bisikan itu adalah memberitahu bahawa mereka bakal menimang cahayamata ke-7! Rezeki buat pasangan ideal ini!
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar, 50 tahun, dan Dr Halina, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eussoff dan Sophea Emilia berusia dua tahun.
Kerana faktor kemiskinan, ramai pelajar yang terabai pengajian mereka dan mungkin hanya segelintir sahaja yang betul-betul cekap dan kental untuk bertahan dan berjaya.
Di Filipina, seorang murid bernama Harold Labutong merupakan salah seorang daripada murid yang mempunyai semangat keazaman yang tinggi untuk belajar.
Meskipun datang dari keluarga miskin, murid lelaki ini akan menggunakan apa sahaja yang ada untuk mengatasi masalah kekurangan kelengkapan pelajarannya. Ianya langsung tidak mematahkan semangatnay untuk belajar.
Satu hari, murid ini memerlukan pemadam untuk membetulkan kesilapan dalam penulisan. Dia telah meminjam sebuah pemadam daripada rakannya. Rentetan dari itu, rakannya telah memberitahu bahawa pemadam sebenarnya diperbuat daripada selipar.
Setelah itu, Harold telah cuba menggunakan selipar sebagai pemadam.
Bermula dari saat itu, dia sentiasa membawa sebelah selipar untuk dijadikan pemadamnya dan diletakkan atas meja sewaktu di sekolah.
Menurut gurunya, Harold ialah seorang pelajar yang rajin belajar. Tetapi keluarganya sangat miskin sehinggakan sebatang pensil pun terlalu mahal buat mereka.
Pensil yang ada pada Harold digunakannya sehingga ia menjadi sangat pendek dan sukar untuk dipegang dengan betul. Tetapi Harold tidak mahu membuangnya kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk belajar.
Pelajar ini nekad untuk berjuang berhabis-habisan untuk mengatasi kekurangan serta kesukaran yang dihadapi.
Sebenarnya, ada ramai lagi pelajar-pelajar miskin seperti Harold di dalam kelasnya. Masing-masing menghadapi kekangan dan cabaran yang berbeza.
Sejak Harold menyedari seliparnya boleh dijadikan sebagai pemadam, dia telah berkongsikan tip tersebut dengan rakan-rakannya yang lain sehingga kaedah memadam ini menjadi sangat popular.
Semoga kisah kanak-kanak ini boleh memberikan insprirasi buat kita dimana keazaman mereka untuk belajar dan berusaha meskipun serba kekurangan amatlah terpuji.
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni.Baru-baru ini, sebuah video...