Sebut sahaja tentang bekal anak ke sekolah, pastinya kita terbayangkan keenakkan air tangan ibu kan. Melihat si ibu bersusah payah bangun awal pagi untuk menyediakan segala kelengkapan.

Namun kali ini admin nak cerita tentang air tangan seorang ibu ini dikongsi oleh lima pelajar cukup menyentuh hati. Kisah ini dimuat naik oleh Guru bernama Mohd Fadli Salleh.

“Ibu, Jika Sempat Sediakan Bekal. Ajar Juga Anak Berkongsi Rezeki.” Guru Ini Kongsi Kisah Sebekas Nasi Goreng Dikongsi 5 Pelajar!

Aku rasa, orang yang paling bahagia melihat gambar ini ialah si ibu yang memasak untuk bekal anaknya ini.

Bekas kosong dibawa pulang dan bila anak bercerita,

“Bu, bekal tadi adik makan dengan kawan-kawan adik. Kawan-kawan adik kata masakan ibu sedap.”

Esoknya pasti si ibu memasak lagi dengan penuh bersemangat. Kawan-kawan mereka ini, bukan tak ada duit untuk makan. Tapi bila ada yang mengajak makan, mereka pakat makan beramai-ramai.

“Ibu, Jika Sempat Sediakan Bekal. Ajar Juga Anak Berkongsi Rezeki.” Guru Ini Kongsi Kisah Sebekas Nasi Goreng Dikongsi 5 Pelajar!

Makan beramai-ramai ini menambah selera. Betul tak?

IKLAN

Malah, masa aku ambil gambar mereka, sempat lagi murid ini mempelawa aku,

“Cikgu nak tak? Jom makan sama-sama.”

Allahu. Jujur sungguh anak-anak ini. Tiada sedikit rasa penting diri. Tiada rasa tamak dan ingin makan sorang-sorang.

Aku menyeru pada ibu bapa sekalian, kaum ibu khususnya. Jika kalian ada kesempatan untuk sediakan bekal makanan untuk anak-anak, tolong sediakan. Sediakan lebih sedikit ya.

Paling penting, ajar anak mengajak kawan dia makan bersama. Ajar anak berkongsi rezeki. Itu amalan yang sangat mulia.

Murid yang membawa bekal ini bukan dari golongan kaya raya. Bekal makanan dia pun cuma nasi goreng biasa sahaja.

IKLAN

Tiada apa yang istimewa. Namun sikap anak itu yang dididik baik supaya berkongsi sangat aku kagumi.

Banyak sahaja murid yang membawa bekal sedap dan mahal. Spaghetti, nugget, sosej dan makanan yang lebih mahal serta sangat menyelerakan.

“Ibu, Jika Sempat Sediakan Bekal. Ajar Juga Anak Berkongsi Rezeki.” Guru Ini Kongsi Kisah Sebekas Nasi Goreng Dikongsi 5 Pelajar!

Namun waktu pulang, bila si ibu memeriksa bekal makanan anak mereka, lebih dari separuh bekal makanan itu berbaki. Tidak habis!

Maka si ibu mula tawar hati untuk memasak yang sedap-sedap kerana seringkali membazir dan anak tidak habiskan makanan.

Tolong ajar anak berkongsi. Ajar anak berkawan. Ajar anak supaya habiskan bekal yang dibawa.

IKLAN

Kami guru di sekolah saban hari mengingatkan murid agar berkongsi bekal. Terutama dengan murid yang miskin dan kurang berkemampuan.

Kalian ajar anak-anak di rumah, kami di sekolah pula ingatkan. InsyaAllah, generasi yang lebih cakna bakal kita lahirkan.

Begitulah.

#MFS
– Sebekas nasi goreng dikongsi lima. –

“Ibu, Jika Sempat Sediakan Bekal. Ajar Juga Anak Berkongsi Rezeki.” Guru Ini Kongsi Kisah Sebekas Nasi Goreng Dikongsi 5 Pelajar!

#KitaLahMalaysia

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI